Bab 13

81.4K 2.3K 27
                                    

Aryssa mencelikkan matanya bila terasa tangan melingkari pinggangnya. Wajahnya begitu dekat dengan Tengku Farish dan hidung mereka bersentuhan. Pelukkan Tengku Farish dipinggang cuba dirungkaikan perlahan-lahan lalu terus bangkit dari katil dan melangkah ke kamar mandi. Selesai membersihkan diri dan mengenakan pakaian, Aryssa turun ke bawah pula.

Tiba di tingkat bawah, matanya meliar sekeliling ruang tamu. Kosong. Kakinya melangkah ke arah dapur pula. Mak Bedah dan Tengku Maria yang sedang menghidangkan sarapan itu disapa.

" Good morning mummy, Mak Bedah " sapa Aryssa lalu mengukir senyuman.

" eh Aryssa. Good morning too. Farish tak bangun lagi ke Aryssa ? " tanya Tengku Maria sambil tangannya lincah meletakkan makanan dan minuman di atas meja makan.

" tak bangun lagi lah mummy. Nak kejut dia tadi tak sampai hati pula ". Tengku Maria hanya mengangguk dan tidak lama kelamaan muncul pula Tengku Fahmi dan Tengku Fariesha di dapur

" good morning semua. Hmmm sedapnya bau.... masak apa ni untuk breakfast ? " soal Tengku Fariesha

" masak bihun goreng ,Fariesha. Mak Bedah tahu tu makanan kesukaan Fariesha kan " suara Mak Bedah pula dan Tengku Fariesha terharu. Tidak sangka Mak Bedah masih ingat lagi makanan kesukaannya itu walaupun sudah lama dia belajar diluar negara.

" Mak Bedah ingat lagi makanan kesukaan Fariesha. Terharu kejap lah hehehe ". Tengku Fahmi menggelengkan kepala. Diambil tempat di meja makan. Tengku Maria pula menuangkan teko berisikan air kopi ke dalam cawan Tengku Fahmi.

" Good morning semua. Sorry late, terlajak tidur pula. Ada wife kot nak kejutkan kita ni " tegur Tengku Farish yang baru sahaja tiba di dapur. Aryssa mencebik. Farish menghampiri Aryssa yang membelakanginya. Rapat.

" good morning " bisik Tengku Farish lalu pipi Aryssa dicium sekilas. Aryssa ralit membancuh air teh o pada Tengku Farish terus terhenti perbuatannya. Jantung mula berdegup laju. 'Adakah aku bermimpi ?'. ' ish Aryssa. Dia just belakon je tu. Kau kena ingat.'

" euwwwww. Abang buat sawit (sweet) pula... merosakkan mata adik je dekat sini " kata Tengku Fariesha dan lengannya ditampar lembut dengan Tengku Maria.

" bising jelah budak ni. Sibuk. Lain kali tutup mata tu kalau dah tau merosakkan mata tu " perlahan  Tengku Maria berkata pada Tengku Fariesha. Tengku Fariesha pula seperti biasa lah memuncungkan mulut. Dah boleh sangkut hanger mulutnya tu.

" ha Aryssa Farish, apa tunggu lagi ? Sini lah duduk sarapan " . teguran Tengku Maria menyedarkan Tengku Farish dan Aryssa. cepat-cepat Aryssa membancuh teh o pada Tengku Farish dan setelah itu cawan berisikan air teh o itu dibawa ke meja makan. Tengku Farish  masih tidak berganjak dari situ tidak dihiraukan. Terus sahaja gadis itu menghenyakkan punggung ke kerusi. Tengku Farish tertawa kecil melihat gelagat Aryssa lalu dia pun turut ke meja makan dan duduk bersebelahan Aryssa.

" abang. Nanti Fariesha nak pinjam kak Aryssa kejap boleh tak ? Nak ajak keluar shopping " suara Tengku Fariesha lalu sesudu bihun goreng disuapkan ke dalam mulut.

Baru sahaja Tengku Farish ingin menyuapkan bihun ke dalam mulut terus terhenti bila adiknya bersuara meminta izinnya.

" boleh je. But abang akan follow sekali " .

" betul ni ?! Abang tak main-main ? " soal Tengku Fariesha teruja dan Tengku Farish hanya mengangguk. Bihun goreng yang terbantut dijamah tadi selamat masuk ke dalam mulutnya kali ini.

" Akak. Nanti kita shoppimg okay ? " kata Fariesha lalu mengeyitkan matanya pada Aryssa. Aryssa hanya tersenyum dengan gelagat adik gadis itu.




Isteri Atas Kertas  ( COMPLETED )    #Wattys2016Where stories live. Discover now