Bab 37

55.8K 1.3K 15
                                    

Tengku Farish menelek jam dipergelangan tangannya. Pukul 10.30 pagi. Haihh mana si Khayzrul ni.... flight pukul 11. Mundar mandir Tengku Farish dibuatnya menunggu sahabatnya seorang itu. Oh ya lupa ... Tengku Fahmi ada juga mengajak Khayzrul pergi ikut ke Langkawi juga dan sebab itu lah Tengku Farish sekarang ini menanti kelibat Khayzrul yang tidak kelihatan lagi di KLIA. Tengku Maria yang melihat anak lelakinya mundar mandir mula bersuara.

" Farish. Duduk jelah dulu hadoii... mummy yang tengok kamu ni pun jadi sakit kepala. Nanti muncul la si Khayzrul. " pening dilihat Tengku Farish mundar mandir dari tadi. Macam tunggu bini . padahal tunggu kawan je pun.

" ish mummy ni... kita flight pukul 11 tau. Sekarang dah pukul 10.30. Nanti terlepas apa pun tak boleh nanti " balas lelaki itu

Tengku Maria hanya menggeleng kepala. Haih.. susah betul nak dengar nasihat orang si Tengku Farish ni. Ikut kepala dia je

Tak lama kemudian Khayzrul Kim yang dari jauh berlari ke arah mereka sambil tangan menarik luggage. Tengku Fariesha yang memandang ke arah lelaki itu tidak berkedip matanya...

Mamat kpop ke ni ..... bisik hati Tengku Fariesha dan matanya masih tak lepas memandang ke arah Khayzrul Kim.

" huh.... huh... sorry auntie auncle and Farish sebab lambat. Tunggu teksi lama sangat tadi tu yang sampai lambat ni. Sorry again. " kata Khayzrul termengah-mengah dan matanya terarah pada Tengku Fariesha pula. Ya ampun....adakah ini jodoh ? Bibirnya mengukir senyuman yang manis dihadapan Tengku Fariesha

Tengku Fahmi yang lihat adiknya dan Khayzrul Kim bertentangan mata terus membuatkan dia berdehem. Tapi sayang... tidak disedari oleh kedua orang itu.

" hoiii !! Nak pandang lama-lama tak boleh. Haram " tegur Tengku Farish

teguran Tengku Farish terus menyedarkan Tengku Fariesha dan Khayzrul Kim. Mereka berdua berdehem kecil bagi menghilangkan degupan jantung memasing. Tengku Fahmi dan Tengku Maria yang melihatnya hanya tersenyum.

" err sorry beb. Aku sengaja ehhhhh!!! Tak tersengaja pandang adik kau lama-lama " Khayzrul Kim mengurut belakang lehernya. Alahai... malunya. Kantoi lah dekat Tengku Maria dan Tengku Fahmi terusya anak dara dorang dua.

" hm. Aku maafkan. Lain kali jaga mata sikit. " jawab Tengku Farish dengan nada serius hakikatnya dia pun suka juga lihat Khayzrul Kim bila bertentang mata dengan Tengku Fariesha. Maklum lah... first time beb nampak Khayzrul Kim macam ter-falling in love sama perempuan. Selama dia berkawan dengan lelaki itu sekali pun tak pernah nampak lelaki itu ada hubungan dengan mana-mana perempuan.

Sedang ralit mereka berbual kosong, kedengaran bunyi pengumuman mengenai pesawat mereka yang bakal berlepas tidak lama lagi.. Sejurus itu,mereka semua bergerak menuju ke balai perlepasan.





*****************************************




Maya yang berjalan terkedek-kedek ke arahnya membuatkan dia tertawa kecil. Lawak pula bila dilihat Maya berjalan. Geli hati dibuatnya. Razriq yang baru muncul hanya melihat gelagat anak buahnya Maya dengan Aryssa. Bibirnya mengukir senyuman.

" happ Maya !! Buat apa tu haa ? " teguran Razriq secara tiba-tiba mengejutkan Aryssa dan Maya. Mata mereka berdua menghala ke arah Razriq. Maya yang lihat sahaja PakSu nya menayang sengih menampakkan empat batang giginya. Dua atas dua bawah.

" bbaa baaa bbaaa ". Maya menepuk-nepuk tangannya dan digepakan tangan. Meminta Razriq mendukungnya.

" alolo.... anak buah PakSu nak suruh PakSu dukung ye... " kata Razriq dan Maya yang seakan faham menganguk kepalanya dua kali. Razriq mendukungnya. Aryssa yang masih duduk dilantai itu dia pandang.

" boleh bangun tak tu ? Kan Razriq dah cakap. Kalau nak duduk duduk atas sofa. Airish tu perut dah besar. Duduk lantai nanti nak.bangun tak boleh " suara Razriq lagi dan tertawa kecil. Mak buyung dihadapannya ini makin chubby bila lihat. Pipi tu ha yang chubby

Aryssa mendecit. " elee... boleh lah bangun. Bukannya tak boleh. " balasnya dan perlahan-lahan dia bangun. Perutnya yang besar itu membuatkan dia sedikit sukar untuk bangun tapi dia gagah juga.

" boleh tak ? Hahaha " soal Razriq dan kedengaran tawa sedikit

" boleh-boleh. Jangan risau okay "

Lelaki itu hanya menggeleng kepala. Maya yang sudah terlentok didukungannya dipandang sekilas. Mengantuk dah lah nii ini budak. belakang Maya ditepuk perlahan. Untuk meniduri Maya.

" Airish Razriq. Ni akak ada goreng kentang dengan nugget . Duduk lah kamu berdua " tegur Kak Intan dan tanganya memengang dua pinggan. Pinggan . Pinggan yang berisikan (?) kentang dan nugget di letak atas meja kopi lalu punggung dihenyak ke sofa

Arysaa mengambil tempat disebelah Kak Intan mana kala Razriq pula di sofa berhadapannya dengan Kak Intan. Lelaki itu membaringkan Maya di ribanya.

" laaaa maya tidur kee... ? Akak ingat dia jaga masa adik pegang dia tadi "

" ehh takda lah. Tadi masa adik sukung tengah tepuk dia lah kasi tidur. Ni dah tidur ni " balas Razriq

" hmm yela. Ni Airish macam mana pula ? Airish dah 9 bulan kan ? Tapi lambat pula bersalin. Due Airish bila ? " tanya Kak Intan pada Aryssa

" due 5 haribulan kak. Alaa sekarang baru 3 haribulan. Awal lagi " jawab Aryssa dan tangan kanannya mengusap perutnya lembut. Terasa tendangan anaknya di dalam perut.

" tapi setengah orang tak ikut due bersalin awal. Airish takda rasa sakit apa - apa ? " soal Kak Intan Lagi dan Aryssa hanya menggeleng kepala. Tudungnya yang terasa senget dibetulkann.

" okay lah tu. Tapi ingat Airish. Kalau rasa nak bersalin dah terus cepat bagitahu akak atau Razriq "

" ye akak. Airish ingat.... risau sangat Kak Intan dengan Airish ye ? Hehehe " suara Aryssa dan tertawa kecil

" risaulah Airish oii. Orang mana je tak risau " . Aryssa yang mendengarnya terasa terharu. Awwww... terus dipeluk Kak Intan. Dah dianggap Kak Intan macam kakaknya sendiri.

" assalamualaikum .... "

kedengaran orang memberi salam membuatkan Kak Intan, Razriq dan Aryssa memandang ke orang itu. Abang Adam.

Abang Adam menghampiri mereka dan Kak Intan seperti biasa menyalam suaminya masa Abang Adam nak ke tempat kerja dan balik. Lihat sahaja itu, Aryssa tiba-tiba teringatkan kenangannya bersama Tengku Farish. Masa dia bahagia bersama Tengku Farish, masa lelaki itu hendak ke tempat kerja dia salam. Digosok baju kerja lellaki itu. pikirannya masih mengingati kenangan-kenangannya bersama Tengku Farish. Rindu. Rindu pada lelaki itu. Sebak didada cuba dikawal. Airmata yang mula hendak membasahi tubir mata dihapus terus.

Razriq yang mula perasan airmuka Arysaa sudah bertukar pada sedih dia tegur

" Aryssa okay ? " tanya Razriq pada Aryssa.

Arysaa hanya tersenyum sumbing (?) . Kak Intan dan Abang Adam memabdang ke arahnya dipandang sekilaa

" okay okay. Aryssa okay je. Takda apa lah. " Aryssa menjawab dengan nada suara dikawal. Segala kesedihan yang datang padanya sebentar tadi dibuang jauh-jauh. Helaan berat dilepaskan...





















Hello guyss !! Ahhh sis minta maaf sesangat sebab late update. 😩😩😩 sis busy 😢😢😢. btw yg ramai sangat comment suruh update tu haaa ni sis dah update and sorry cause tak reply comment you all. I'm really busy 😭😭😭. Dan sorry juga sebab dari tadi publish then unpublish bnyak kali disebabkan line tak betul sikit and ada buat perangai sikit ini wp.

Okay done melalak semua dan merapu bagai. Hope you all enjoy okay baca ini bab. Chaiyok-2 😉😉😉😉

Isteri Atas Kertas  ( COMPLETED )    #Wattys2016Where stories live. Discover now