Bab 7

76.7K 2.8K 46
                                    

Kedengaran bunyi kereta Tengku Farish diluar membuatkan Aryssa bangun dari sofa. Dia harus berterus terang dengan Tengku Farish.kata-kata Aeryn tadi semuanya tidak benar. Nampak sahaja Tengku Farish masuk ke dalam rumah tidak mengendahkan dirinya itu terus dia menghampiri Tengku Farish dan tangan lelaki itu dipegang kejap. Tengku Farish yang merasakan tangannya dipegang terus matanya menoleh ke arah Aryssa. Wajah bengis mula tertayang di wajahnya itu

" kau ni dah kenapa pegang-pegang tangan aku bagai ?!!! Aku nak naik atas lah !!! "

" awak, saya nak awak dengar apa yang saya cakap. apa yang kekasih awak katakan tu semua tak betul. Sa..saya berani bersumpah awak " terang Aryssa dengan suara mendatar dan mata mula berkaca-kaca. Dia mahu Tengku Farish percaya akan kata-katanya. Walaupun sesakit mana hati Aryssa melihat kemesraan Tengku Farish dengan Aeryn tetapi dia tidak pernah ingin membalas dan untuk mengapa-apakan gadis itu

" Hahahahaha. Kau pikir aku percaya apa yang kau katakan ?!! Kau bersumpahlah sebanyak mana pun aku tetap tak percaya akan kau !!! Kau fikir aku tak tau kau kahwin dengan aku sebab harta kan ?! KAN !!! " tengking Tengku Farish dan tangannya yang dipegang  Aryssa ditarik kasar. Meluat melihat wajah Aryssa.

" Ya Allah awak , saya tak pernah fikir nak kahwin dengan awak semata-mata harta. Saya ikhlas kahwin dengan awak hakikatnya kita ini dipersatukan tanpa kenal antara satu sama lain dan disatukan atas keluarga awak. K..kalau awak rasa saya kahwin dengan awak kerana harta awak salah. Awak silap. Saya ikhlas kahwin dengan awak dengan hati yang terbuka " akhirnya menitis juga airmata Aryssa dihadapan Tengku Farish. Perasaannya tidak dapat dibendungkan lagi.

Tengku Farish tergamam. Ini kali kedua dia melihat Aryssa mengalirkan airmata dihadapannya. Masa malam pertama dan hari ini. Ahhh!! Aku tak boleh cepat belas kasihan pada dia!!. Aku nak buat dia derita seperti mana aku rasa semasa Aeryn meninggalkan aku disebabkan mendapat tahu aku akan berkahwin.

" kau cakaplah macam mana pun perempuan !!! Menangis lah sampai airmata darah sekali pun !! Aku takkan pernah percaya !!! "  Tengku Farish ingin berlalu pergi dari situ tetapi Aryssa memegang tangannya sekali lagi. Tengku Farish merentap tangannya kuat dan menyebabkan Aryssa jatuh terduduk di lantai.


Sudah seminggu Tengku Farish dan Aryssa tidak berteguran. Sudah pelbagai cara juga Aryssa cuba untuk berbaik dengan Tengku Farish. Perang dingin yang sekarang ini lebih teruk dari perang dingin yang selalu dia dengan Tengku Farish. Dulu Tengku Farish ada juga menegurnya dan menjamah makanan yang dimasak. Tetapi sekarang, selepas sahaja kejadian tangan Aeryn terkena milo panas terus perubahan Tengku Farish bertukar seratus peratus.

Bunyi derapan tapak kaki menuruni tangga membuatkan Aryssa memandang ke arah tangga. Tengku Farish yang bersiap hendak pergi kerja dipandang lama. Dengan lafaz bismillah dia menghampiri lelaki itu. Tengku Farish yang perasan Aryssa menghampirinya hanya buat bodoh.

" a.. awak, jom kita breakfast ? " ajak Aryssa.

" aku takda selera nak breakfast dekat rumah tambah lagi dengan kau ! Memang tak lah !! " jawab Tengku Farish lalu terus keluar dari rumah.

Aryssa mengeluh lemah. Hendak menangis tetapi airmata tidak keluar pula kerana dah beberapa hari dia mengalirkan airmata disebabkan Tengku Farish. Dia sudah penat. Penat dengan pelbagai cara dia cari dan dia lakukan untuk membuatkan mereka bertegur semula. Ralit Aryssa mengelamun. Iphone6 yang berbunyi menandakan ada orang call membuatkan Aryssa mengeluarkan dari poket seluarnya. Terpapar nama ibu mertuanya di screen telefon bimbitnya itu.

" assalamualaikum mummy " jawab Aryssa

" waalaikumusalam... Aryssa. Aryssa sihat sayang ? " soal Tengku Maria. Rindu akan menantunya itu seorang.

Isteri Atas Kertas  ( COMPLETED )    #Wattys2016Where stories live. Discover now