Bab 39

59.8K 1.4K 23
                                    

Teksi exora yang dinaiki berhenti dihadapan kawasan rumah banglo 3 tingkat. Khayzrul Kim melihatnya dengan pandangan pelik. Ni rumah siapa pula ni ? Bukan nak ke hotel ke ? bisik hatinya. Tengku Farish yang perasan akannya berdehem. Mata lelaki itu memandang Khayzrul Kim

" takyah nak pelik sangat lah muka tu " tegur lelaki itu dan berlalu keluar dari teksi dan diikuti juga keempat orang yang berada di dalam teksi itu lagi. badannya yang terasa lenguh digeliatkan sedikit.

Kesemua beg dikeluarkan dan selesai sahaja Tengku Fahmi membayar tambang teksi, teksi itu pun berlalu pergi meninggalkan mereka. Kaki Tengku Fahmi diatur memasuki kawasan rumah itu dan dalam beberapa tapak melangkah, matanya tertancap pada seorang lelaki tua . Bibirnya mengukir senyuman

" Assalamualikum.... Pak Man " Tengku Fahmi memberi salam dan lelaki tua yang berada di dalam kawasan rumah itu memandang ke arahnya

" eh Tengku Fahmi " kata Pak Man dan menghampiri Tengku Fahmi. Mereka bersalaman dan berpelukkan

" Ya Allah... lamanya tak jumpa Tengku Fahmi. " ujar lelaki tua itu dan pelukkan dileraikan. Matanya singgah pula kesemua yang berada dibelakang Tengku Fahmi.

" amboii.... makin cantik dan hensem dah anak dara dengan anak teruna ni yee ... " katanya lagi . Tengku Farish dan Tengku Fariesha hanya tersenyum. Kedua beradik itu menyalami tangan lelaki tua itu. Khayzrul Kim yang teragak-agak menghulur juga tangan untuk bersalaman.

" ni siapa pula Tengku Fahmi ? " soal Pak Man. Sedap matanya memandang lelaki muda dihadapannya ini. Muka macam cina.

" ni kawan Farish merangkap pula pekerja saya di syarikat. Nama dia Khayzrul. Dan Khayzrul, ni Pak Man. Tukang jaga rumah dan bersihkan halaman-halaman rumah ni. " terang Tengku Fahmi dan Khayzrul Kim masih blur. Otaknya tidak berfungsi kala ini.

" nak cerita kang panjang ceritanya Khayzrul. Nanti dalam rumah jelah aku story okay ? " bisik Tengku Farish ditelinga sahabatnya itu dan lelaki itu hanya mengangguk

" abang, apa bising-bising siapa yang datang " tegur pula seorang wanita tua yang baru tiba. Dia terkejut.

" Ya Allah Tengku Fahmi dan Tengku Maria.... " . Tengku Maria hanya tersenyum dan kaki menghampiri wanita tua itu lalu dipeluk. Rindu.

" Mak Mainun sihat ? " soal Tengku Maria masih dalam situasi (?) pelukkan

" Alhamdullilah... kami suami isteri macam ni lah Tengku Maria " jawab Mak Mainun dan pelukkan dilepaskan.

" eh. Yang dok berdiri sini dah kenapa ? Jom lah masuk cuaca panas ni " suara Mak Mainun lagi dan mereka hanya mengangguk

mereka semua masuk ke dalam rumah sambil tangan memegang beg masing-masing. Langkah sahaja ke dalam rumah banglo itu, mata Khayzrul Kim membulat. Cantik....... matanya meliar memandang sekeliling perhiasan di ruang itu.

" rumah ni sentiasa bersih setiap kali bila saya balik ke sini. Pak Man, Mak Mainun. Terima kasih sangat-sangat sebab jaga rumah ini. Pak Man dan Mak Mainun lah pekerja paling lama yang bekerja di rumah ni masa arwah orang tua saya ada lagi. Terima kasih sangat-sangat sebab bersihkan rumah kedua orang tua saya ni Pak Man, Mak Mainun . Saya sampai tak tahu nak balas jasa apa pada Pak Man dan Mak Mainun " kata Tengku Fahmi panjang dan air jernih mula bergenang ditubir mata. Tak dapat dikatakan, terlalu banyak sangat Pak Man dan Mak Mainun buat kerja di rumah ini. Rumah banglo 3 tingkat kot. Besar, luas pula tu.

" Tengku Fahmi tak payah berterima kasih dan balas jasa kami. Kami berdua buat semua ni semuanya ikhlas. Pak Man pun dah anggap arwah ayah kamu macam sahabat Pak Man sendiri. Dan kerja semua ni pun kami dah biasa buat " balas Pak Man dan bahu Tengku Fahmi ditepuk perlahan.

Isteri Atas Kertas  ( COMPLETED )    #Wattys2016Where stories live. Discover now