Special Bab (iv) last

57K 1.3K 23
                                    

Suasana  yang riuh rendah dengan anak menantu dihalaman rumah banglo itu membuatkan Tengku Fahmi dan Tengku Maria tersenyum bahagia. Rasa tenang hati tua mereka berdua bila kedua anak mereka sudah pun berumah tangga. Mata Tengku Maria terarah ke arah Aryssa. Senyuman yang terukir dibibirnya perlahan-lahan hilang. Lihat sahaja Aryssa  membuatkan Tengku Maria teringat akan arwah sahabatnya Pn Naziha. Tanpa disedari airmata bergenang ditubir mata dan perlahan-lahan mengalir ke pipi. Tengku Fahmi yang perasan akan itu terus disentuh tangan isterinya.

" Mar ? Kenapa Mar menangis ni ? " soal Tengku Fahmi dan perasaan risau mula bertandang. Risau bila takda angin,ribut atau hujan tiba-tiba sahaja Tengku Maria mengalirkan airmatanya. Tengku Maria hanya mampu menggeleng kepala dan setelah itu barulah dia menoleh ke arah Tengku Fahmi. Kesedihannya cuba ditahan.

" Mar rindu dekat arwah Ziha. Dah lama mereka suami isteri pergi meninggalkan kita semua. Kalau lah mereka ada mesti dorang bahagia sangat bila tengok anak mereka dengan anak kita bahagia dan juga lihat cucu mereka Firash. ". tangan Tengku Maria diusap oleh Tengku Fahmi .Memberi kekuatan pada isterinya. Bukan Tengku Maria sahaja malah dia pun turut merindui kedua arwah.

" Mar, dah jangan bersedih Mar tak baik. Bukan Mar sahaja rindu dekat arwah tapi abang pun rindu juga. Kita yang masih hidup ini teruskan dengan kehidupan kita dan kita pun dah tua. Kita pun tak tahu lama mana kita hidup dimuka bumi. Sebab itulah abang kalau boleh sebelum kita takda abang nak kita penuhkan diri kita dengan amal ibadat. Sebab amal ibadat yang akan dibawa ke sana nanti. Bukan harta. Dah jangan bersedih. Nanti apa pula anak menantu cakap bila tengok Mar menangis. Dah taknak sedih. " Tengku Maria hanya mengangguk perlahan dan tak sampai beberapa saat muncul Aryssa dan Tengku Farish ditepi mereka berdua. Terperanjat juga Tengku Fahmi dibuatnya bila tiba-tiba sahaja muncul Aryssa dan Tengku Farish.

" mummy ? Mummy okay tak ? Kenapa mummy menangis ? " tanya Aryssa dan tangannya menyentuh bahu Tengku Maria. Tengku Maria hanya menggeleng. Firash yang berada di pegang Aryssa itu diambil. Rambut si kecil diusap lembut.

" mummy takda apa lah. " matanya beralih ke arah menantunya pula Aryssa. Berharap menantunya tidak curiga dengannya. Kalau lah tahu dek Aryssa yang dia rindukan kedua arwah orang tua menantuny itu pasti Aryssa pun turut sedih

" ohhh ingat apa lah tadi. Terkejut juga Aryssa tengah main dengan Firash tetiba Aryssa nampak mummy nangis. " Tengku Farish yang berada ditepi Aryssa hanya tertawa kecil. Tengku Fahmi pula sibuk mengagah Firash yang dipegang Tengku Maria.

" Aryssa ? Mummy tengok kamu ni macam makin kurus je ni ? Kamu sakit ke Aryssa ? " teguran Tengku Maria membuatkan Tengku Farish memandang ke arah isterinya. Ya.Dia pun turut perasan yang isterinya sedikit kurus. Nak kata sakit sihat je tengoknya.

" sayang sakit ke ? Kalau sakit abang bawa pergi klinik " tanyaan Tengku Farish hanya dibalas dengan gelengan. Aryssa mencapai tangan suaminya lalu digenggam erat.

" ish abang ni, mana ada lah. Sayang sihat je ni. Cuma semenjak dua tiga hari ni je rasa letih semacam. Maybe kurang rehat. "

" hmm. Kalau macam tu malam ni bagi lah Firash tidur dengan mummy. Aryssa rehat lah nanti Farish teman. Mummy pun kesian tengok kamu. Yela Firash ni kekadang malam tak tidur jadi burung hantu. " kata Tengku Maria lalu tertawa kecil. Bukan dia tak tahu setiap kali tengah malam bila dia rasa haus hendak turun ke bawah pasti dengar bunyi suara Aryssa bermain dengan cucunya. Biasalah budak kan petang tidur malam berjaga.

" takpa lah mummy. Menyusahkan mummy pula nanti. "

" Aryssa... kan mummy cakap takda apa yang menyusahkan mummy pun. Firash cucu mummy jadi takdanya menyusahkan. Dah jangan bantah cakap mummy "

" betul tu sayang. Dah alang-alang mummy offer nak jaga Firash tu apa lagi. Malam ni mana tahu boleh 'buat' adik Firash kan .... " habis sahaja Tengku Farish berkata terus satu cubitan manja daripada Aryssa hinggap di lengannya . Mercerlung tajam mata isterinya memandang ke arahnya. Tengku Farish tersengih. Tengku Fahmi dan Tengku Maria tertawa melihat gelagat anak dan menantu mereka.

Isteri Atas Kertas  ( COMPLETED )    #Wattys2016Where stories live. Discover now