Bab 41

73.3K 1.6K 28
                                    

Dari jauh  kelihatan Tengku Farish berjalan ke arah mereka dengan riak wajah yang sukar ditafsirkan. Riak wajah bahagia mungkin ? Setibanya lelaki itu dihadapan mereka , Tengku Fariesha mula bersuara dan Razriq hanya melihatnya

" abang. Asal happy semacam je muka tu ? Ada apa-apa ke ? " soal Tengku Fariesha yang sudah tersenyum-senyum. Mesti ada sesuatu yang buat abangnya happy semacam tapi tak tahu lah apa.

" alaaa Riesha. Abang awak tu happy baru lepas membuang. Tu yang muka camtu tu. Tenang dirasakan sekarang " celah Khayzrul Kim dan Tengku Fariesha yang mendengarnya terus ketawa.

Mata Tengku Farish membulat. Bengong punya anak cina ni. aku lempang juga kang masuk icu terus. Tengku Fariesha yang masih ketawa itu dipandang tajam dan gadis itu yang perasan akannya terus terdiam. Tiada dengar tawaan (?) lagi darinya.

" kau memandai je en. Ikut sedap kau je... aku happy ada sebab " kata Tengku Farish dan mukanya usah dikatakan. Ceria sesangat.

Dahi Khayzrul Kim dan Tengku Fariesha berkerut dan mereka berdua memandang antara satu sama lain. Setelah itu memandang ke arah Tengku Farish semula. Apa kepelik budak ni ? Jumpa Aryssa ke apa ?

" kau jumpa Aryssa ke Farish ? " tanyaan Khayzrul Kim terus membuatkan wajah ceria Farish terus lenyap. Menjadi mendung.

" jom lah balik. Dah lama sangat ni kita kat sini. Nanti mummy daddy aku marah pula " dalih (?) Tengku Farish dan berlalu meninggalkan mereka berdua. Dengar sahaja nama Aryssa hatinya sudah menjadi sebak. Rindu teramat pada isterinya itu tidak terkata.

Khayzrul Kim dan Tengku Fariesha hanya memandang ke arah Tengku Farish yang sudah jauh ke hadapan. Khayzrul Kim menampar mulutnya sendiri. Tengku Fariesha yang berada ditepi hanya memandangnya sahaja.

" mulut ni biasa sangat ni " ngomel Khayzrul Kim lalu menampar mulutnya perlahan. Kenapa lah mulut ni tersasul sebut Aryssa... rasa bersalah pula dirinya pada Tengku Farish.

" dah jom kita ikut abang Farish " kata Tengku Fariesha dan lelaki itu hanya menganguk. terus laju mereka berjalan mendapati Tengku Farish yang sudah jauh ke hadapan itu.

Tiba sahaja di tempat parkir kereta, Tengku Farish menekan punat kunci dan terus membolos diri ke dalam manakala Tengku Fariesha dan Khayzrul Kim dah termengah-mengah. Dah lah berjalan bukan main lajunya nak kejar si Tengku Farish dengan tangan dok membawa plastik-plastik beg (?) barangannya lagi. Tanpa melengah lagi terus sahaja kedua mereka masuk ke dalam kereta dan kereta pun meluncur keluar dari situ.

Suasana di dalam kereta hanya sepi. Sekadar dengar musik dari corong speaker kereta sahaja. Khayzrul Kim memandang ke arah Tengku Farish melalui ekor matanya. Bibirnya dikedap. Liur ditelan.

" err Farish. " tegurnya dan lelaki itu hanya diam. Tidak pula menyahut apatah lagi memandang ke arahnya sekilas.

" aku... aku minta maaf. Sebab.... sebab tadi . Mulut aku ni ha terlajak nak sebut sangat " kata Khayzrul Kim lagi dan matanya memandang ke arah Tengku Farish yang sedang memberi tumpuan pada pemanduan (?).

Tengku Fariesha yang berada dibelakang hanya diam membisu. Tidak mahu masuk campur. Hanya mampu melihat dan dengar sahaja . Masuk campur sekali kang tak pasal-pasal sekali dengan dia kenanya. Tapi rasa kasihan pada Khayzrul Kim pun ada juga. Haraplah si abangnya tak marah.

Tengku Farish yang dari tadi muka masam perlahan-lahan bibir mengukir senyuman. Tahu takut. Padahal dia tak rasa marah pun. Cuma ada sikit jelah rasanya tapi bila dilihat muka Khayzrul yang ketakutan membuatkan dia tidak sampai hati lama-lama memarahi lelaki itu.

Isteri Atas Kertas  ( COMPLETED )    #Wattys2016Where stories live. Discover now