Bab 38

57.3K 1.4K 14
                                    

Tiba sahaja di Langkawi. Tengku Farish mengukir senyuman lebar. Begitu sekian lama tidak bercuti ke Langkawi tapi ini hari dia ke sini semula. Dia ingat akhir dia bercuti ke Langkawi itu pun 3 tahun lepas. Tengku Maria, Tengku Fahmi, Tengku Fariesha dan Khayzrul Kim hanya melihat gelagat Tengku Farish. Amboii muka bukan main berseri happy bila sampai Langkawi. Bisik hati Khayzrul Kim. Tengku Fariesha yang berdiri disebelahnya dipandang.

" err nama awak siapa ya ? Maaf selama ni saya tau Farish ada adik tapi dia tak bagitahu pula awak nama siapa " soal Khayzrul pada Tengku Fariesha. Yela... walaupun dia dah lama kenal Tengku Farish sekali pun dia tak pernah nampak adik si lelaki tu. Kata Tengku Farish takut dia ter-falling in love. Ceitt, memang dah ter-falling in love pun....

" nama ? Nama Tengku Fariesha but awak panggil Fariesha je " jawab Tengku Fariesha malu-malu.

" and... nama awak pula siapa ? " tanya Tengku Fariesha pula pada Khayzrul Kim. Bibir lelaki itu mengukir senyuman manis. haduhhmakkk....senyuman dia boleh buat ku cair.... magadd..... bisik hati Tengku Fariesha.

" nama Khayzrul Kim. Tapi Fariesha panggil abang Khay atau Khayzrul je. Okay ? " balas lelaki itu lagi dan matanya dikenyitkan.

Tengku Fariesha mengerdipkan matanya beberapa kali. Abang ?!. Dia seakan tak percaya. Khayzrul Kim yang melihatnya tertawa kecil. Alahaiii kenapa lah comel sangat dia ni... rasa nak gigit jeee . Oppss Khayzrul.... belum sah lagi hahahaha

" hey ! Are you okay ? " Khayzrul memetik jarinya dihadapan muka gadis itu. Dah ter-angau ke ? Hehehe

" er er... maaf... " Tengku Fariesha menunduk mukanya yang sudah kemerahan. Taknak lelaki dihadapannya perasan

" ehh ni dah kenapa tunduk pula ni ? " tanya Khayzrul Kim pada Tengku Fariesha

" eh ni dah kenapa ber-sweet dekat sini pula ni ? " muncul pula suara yang amat dikenali di belakangnya. Tengku Farish !! Mampos lah aku !!! . Khayzrul Kim memaling belakang menghadap sahabatnya itu. Sengihan diberikan.

Tengku Fariesha yang lihat sahaja abangnya terus mata membutang. Habis !! Habis !! Mesti kena ' basuh ' punya dengan abang....Mata Tengku Farish memandang mereka berdua silih ganti.

" dah jom naik teksi. Korang ber-sweet sampai tak sedar dah yang mummy dengan daddy dah naik teksi " suara Tengku Farish dan bibirnya dimuncungkan ke arah teksi kereta exora.

" sorry lah beb. Tak sengaja lahhh " jawab Khayzrul Kim dengan mukanya meminta simpati pada Tengku Farish berharap lelaki itu maafkan dia.

" tu jelah alasan kau. Yela, dah jom naik teksi ". Tengku Farish sudah berlalu ke arah teksi manakala Tengku Fariesha dan Khayzrul Kim membontoti dibelakang.

Selesai sahaja membolos diri ke dalam kereta dan beg-beg diletakkan di belakang, kereta teksi itu pun mula bergerak. Tengku Fahmi yang duduk disebelah pemandu mula berborak dengan pemandu teksi itu. Tengku Maria yang duduk di seat belakang tepi tingkap kanan menoleh ke cermin. Tengku Fariesha dan Khazyrul berbual manakala Tengku Farish pula hanya busy dengan phone-nya.

" Farish " panggil Tengku Fahmi

" ya daddy ? " jawab lelaki itu

" Farish nanti kalau kita dah sampai. Boleh tak lepas kamu kemas barang-barang daddy nak suruh Farish pergi mall yang ada grocery beli barang dapur ? Ajak adik kamu tu ha si Fariesha " kata Tengku Fahmi

Tengku Farish dan Tengku Fariesha hanya mengangguk sahaja. Khayzrul Kim yang berada ditengah antara Tengku Farish dan Tengku Fariesha itu menoleh ke arah Tengku Farish dan dibisikkan sesuatu di telinga lelaki itu

Isteri Atas Kertas  ( COMPLETED )    #Wattys2016Where stories live. Discover now