Bab 35

57K 1.3K 22
                                    

Kereta yang dipandu oleh Abang Adam memasuki perkarangan rumah banglo yang dicat berwarna  putih. Kereta diberhenti. Mereka semua keluar dari kereta. Maya yang didukung oleh Arysaa itu membuatkan Razriq merapati ke arah gadis itu dan Maya diambil.

" sini Razriq dukung Maya. Airish tu mengandung " suara Razriq perlahan dan membuatkan Aryssa berdecit.

" alaa awal ni Razriq. Bukannya Maya berat mana pun. " balasnya pula

Razriq mengerakkan jari telunjuknya ke kiri dan ke kanan. Kepala digeleng

" no no no. Memang tak berat mana tapi tak salahkan kalau kita cegah awal sebelum terjadi kan ? Tak rasa kesian ke nanti kalau gugur ke apa tak sempat awak nak rasa beri kasih sayang awak pada dia dan suami awak pun lagi lah. Tak sempat jumpa anak dalam kandungan ni. Kesian tau... so mulai sekarang Razriq larang Airish buat kerja yang berat-berat okay ? " tutur Razriq panjang dan anak matanya memandang anak mata Aryssa. Begitu ikhlas dia mengatakan begitu.

Aryssa hanya tersenyum. Terasa dirinya dijaga dengan elok. Anak mata lelaki itu pun sudah membuktikan betapa ikhlasnya lelaki itu berkata. Tak sangka Razriq sebegini. Alangkah bagusnya jika yang mengambil beratnya seperti Razriq ini ialah Tengku Farish.

" Airish, Razriq. Meh masuk rumah. Duduk luar lagi buat apa dengan dukung Maya bagai tu. Letih nanti. " tegur Kak Intan yang sudah berada di muka pintu

Kaki mereka berdua diatur memasuki rumah banglo milik Kak Intan dan Abang Aiman. Mata Aryssa melihat hiasan-hiasan di dalam rumah itu. Cantik. Maya yang didukung oleh Razriq, lelaki itu turunkan dan diletak di sofa. Ralit mata Aryssa memandang keseluruhan ryang tamu, tiba-tiba matanya terhenti di satu sudut. Sudut yang dipenuhi dengan bingkai gambar keluarga. Perlahan dia mendekati tempat itu. Ada satu bingkai gambar yang menarik perhatiannya. Dilihat. Dua kanak-kanak lelaki dan satu kanak-kanak wanita.

Razriq memerhati Aryssa yang sedang melihat bingkai gambar yang paling bermakna oleh kakaknya Intan dan termasuk dia juga. dia menuju ke arah Aryssa.

" yang Aryssa pegang tu gambar Razriq dan Kak Intan masa kecil. Dan budak lelaki sebelah Razriq tu. Dia sepupu kami berdua. Sepupu yang paling kami sayang dan rapat. Tapi, disebabkan satu pergaduhan bapa Razriq dengan arwah atuk Razriq dulu, kami dah tak bersama. ibubapa Razriq bawa Razriq dengan Kak Intan lari jauh... arwah atuk Razriq bergaduh dengan bapa Razriq sebab berkahwin dengan ibu Razriq. Ibu Razriq orang biasa dan kalau nak tahu sebenarnya.... Razriq dan sekeluarga berpangkat Tengku. Tapi lepas sahaja atuk dan bapa Razriq bergaduh, pangkat Tengku yang ada pada bapa Razriq ditarik semula oleh atuk. Razriq rindukan sepupu Razriq yang dalam gambar ni. Razriq jarak dengan dia 4 tahun je. Razriq selalu berdoa semoga kami jumpa kembali. Pernah Kak Intan menangis selama 2 tahun. Sedih sebab tak jumpa sepupu Razriq ni. Kami dah macam adik beradik kalau ikutkan. " katanya panjang dan setitik dua airmatanya jatuh.

Aryssa terdiam. Terkejut. Dia tak sangka Razriq juga daripada keturunan Tengku sebenarnya. Dia perasan lelaki itu menitiskan airmata. Tangannya perlahan-lahan mengusap belakang Razriq.

" sabar Razriq... insyaAllah, dengan izinNya awak akan ketemu semula dengan sepupu awak tu " Aryssa cuba memujuknya dengan kata-kata begitu.

Airmata yang mula bergenang cepat-cepat Razriq hapuskan. Rasa malu pula dia menangis depan Aryssa. First time kot menangis depan gadis itu.

" dah la. Jom kita naik atas, Razriq nak tunjuk bilik Airish yang mana ". Gadis itu hanya mengangguk dan mereka berdua mendaki tangga. Sampai sahaja dipintu bilik yang berwarna putih , Razriq membuka pintu bilik itu.

" ni bilik Airish. Dan yang pintu warna coklat tu pula bilik Razriq. Alaa tak jauh mana kan depan-depan je bilik kita hehehe " kata lelaki itu lalu tersengih

Aryssa berdecit. Apa lah Razriq ni..... matanya memandang pula ke arah pintu berwarna krim itu. Pasti bilik Kak Intan dan Abang Adam. Badannya yang terasa melekit membuatkan dia meminta izin Razriq untuk masuk ke dalam bilik dahulu

" Razriq, Airish masui bilik dulu lah ye. Tao selesa pula dari tadi pakai baju ni tak mandi " suaranya Aryssa dan lelaki itu hanya megangguk.

Dia masuk ke dalam bilik dan pintu ditutup. Beg luggage nya ditarik dan diangkat letak atas katil. Huihh berat oii. Badannya mula sudah terasa rimas. Tuala dikeluarkan dari beg lalu bergerak ke kamar mandi.



Selesai membersih diri, tubuh badan Aryssa hanya dibaluti dengan kain tuala sahaja. kedua ' anak ' dikeluarkan termasuk baju dan seluar tidur. Dipakai. lepas sahaja siap memakai pakaian. Beranda yang berada dibiliknya itu dia perlahan ke arah beranda. Angin malam membuatkan dia terasa sedikit sejuk. Matanya memandang pemandangan perumahan-perumahan yang dipenuhi cahaya lampu. Kiranya rumah Kak Intan dengan Abang Adam ni tinggi sikit la * susah nak explain macam mana 😂😂😂😂 * perutnya yang sedikit memboyot dipegang lalu diusap lembut.

" anak mama. Nanti kalau keluar jadi anak yang baik ye. Dengar cakap mama. Mama minta maaf sebab anak mama mungkin akan dibesarkan tanpa papa. Tapi tak mengapakan ? Mama sentiasa ada untuk anak mama. " bisik Arysaa perlahan sambil tangannya mengusap perutnya. Setitis dua airmata jatuh.

Rindu pada Tengku Farish. Apakah lelaki itu sedang lakukan ? Adakah lelaki itu ingat akannya. Atau lupakan dia disebabkan ada isteri baru Aeryn. Macam mana keadaan mummy ? Fariesha ? dia rindu kesemua. Dilihat jari manisnya kosong tanpa cincin. terbayang cincin kahwinnya bersama Tengku Farish yang masih tersarung di jarinya. Dia berjalan ke arah katil lalu melabuh punggung di tilam empuk itu. Bingkai gambar perkahwinannya bersama Tengku Farish di bawa keluar dari beg. Sempat dia mengambil gambar itu sebelum dia keluar dari rumah. Ditatap lama dan sesekali jarinya menyentuh bingkai gambar itu. Bibir mengukir senyuman pahit.

" sayang abang...... " bisiknya lalu bingkai gambar itu dikucup lama. Seperti melepas rindu. Lepas rindu hanya di gambar sahaja. Bingkai gambar itu diletakkan disisi katil. Badan mula terasa letih dia baring perlahan-lahan. Mata dipejam dan beberapa minit akhirnya Aryssa sudah diulit mimpi















Alahai..... macam bosan je bab ni ....... hmmm.... sorry la ye readers kalau korang baca rasa bosan. Idea bab ni tak banyak sangat..... sadisnyaaa 😭😭😭😭. Takpe-2 next bab author akan cuba buat yang best. Tak janji tau tau tau tau heheheh 😆😆😆

Isteri Atas Kertas  ( COMPLETED )    #Wattys2016Where stories live. Discover now