Bab 43

72.1K 1.4K 36
                                    

Bunyi rengetan bayi yang berada di dalam bedboard baby membuatkan Aryssa memandang ke arah anaknya itu. Perlahan-lahan dia mengangkat tubuh si kecil dan dipegang. Jari telunjuknya diletakkan ke mulut anaknya

" anak mama haus ye sayang ... " suara Aryssa perlahan lalu bibir mengukir senyuman. Bajunya diselak sedikit dan diberi menyusu.

Ralit dia memberi si kecil itu menyusu , bunyi ketukkan pintu bilik wad nya menyentak (?) Aryssa. Pintu dibuka perlahan-lahan oleh seseorang dan makin lebar senyuman di bibirnya. Tengku Farish.

Lelaki itu menghampirinya dan sebuah kucupan hangat singgah ke dahinya. Setelah itu kepala anaknya diusap.

" anak papa haus sampai terpejam mata dia menyusu " tangan Tengku Farish masih lagi mengusap kepala putera mereka itu dan pandangan dihala ke arah Aryssa

" sayang. Abang ada sesuatu untuk sayang " kata Tengku Farish dan bibir mengukir senyuman.

" apa dia abang ? " soal Aryssa dan beberapa saat pintu bilik wad yang didudukinya terbuka dan matanya terus membulat sedikit. Airmata mula bergenang ditubir mata

" mummy, daddy , Fariesha " Aryssa menahan sebak. Rindu. Hanya Tuhan sahaja tahu betapa rindunya dia pada kedua mertua dan adik iparnya itu.

Tengku Maria melangkah laju ke arah Aryssa dan tubuh gadis itu dipeluk erat. Airmatanya tumpah membasahi kedua pipi. Kepala Aryssa diusap beberapa kali dan setelah itu pelukkan dileraikan.

" mummy... Aryssa rindu sangat dekat mummy. Aryssa minta maaf sebab tinggalkan semua tanpa bagitahu dan sekadar meninggalkan surat sahaja " Aryssa berkata. Air jernih membasahi pipinya dan tangan Tengku Maria dicium lama. Rasa bersalah teramat kerana meninggalkan wanita itu dan yang lain dengan meninggalkan surat sahaja.

Wanita separuh abad itu hanya menggeleng. Pipi Aryssa diusap. Baginya gadis itu tiada salah apa pun. Sedikit pun tidak ada.

" tak. Aryssa takyah minta maaf sebab Aryssa tak ada salah apa pun sama mummy malah sama kami semua pun. Semua salah mummy. Kalau mummy tak satukan Aryssa dengan anak mummy semua takkan jadi macam ni. " jawab Tengku Maria dan air jenih tak henti mengalir.

" no mummy, ni semua salah Farish. Kalau bukan sebab Farish yan.... " kata-kata Tengku Farish terhenti saat Aryssa memegang tangannya.

" abang, benda dah lepas jangan diingatkan kembali. Kan Aryssa dah cakap. Kita mulakan yang baru. Tutup buku lama dan buka buku baru. " celah Aryssa dan menatap dalam anak mata suaminya.

Perlahan-lahan bibir lelaki itu tersenyum. Dalam kesedihan bila Aryssa menutur kata begitu membuatkan hatinya lega dan separuh kesedihan hilang. Dicium ubun-ubun isterinya.

" yea. Kita semua mula kehidupan yang baru. Yang lebih baik dari yang sebelum ini " balas Tengku Farish .

Tengku Fahmi dan Tengku Fariesha dari riak wajah kesedihan berubah gembira. Itu lah ayat yang paling ingin kedua beranak itu dengari dan bagi mereka hari ini lah hari yang sangat membahagiakan. Bahagia kerana menantu kesayangan kembali bersama semula.

" assalamualaikum "

Kedengaran panggilan salam dari seseorang membuatkan kesemua yang berada di dalam wad memandang ke arah empunya suara. Wanita itu yang melihat kesemua yang berada di dalam wad itu tiba-tiba matanya memandang ke arah Tengku Maria dan Tengku Fahmi silih ganti.

Tengku Maria tersenyum manis dan dihanpiri anak saudaranya itu dan dipeluk. Kak Intan hanya kaku. Abang Adam yang turut berada disitu hanya diam.mata sahaja yang memerhati dan sambil mendukung Maya

Isteri Atas Kertas  ( COMPLETED )    #Wattys2016Where stories live. Discover now