Bab 23

49.8K 1.4K 89
                                    

Bunyi pintu rumah dibuka oleh seseorang mengejutkan Aryssa yang ralit melayan drama kesukaannya di ruang tamu. pandangannya dialih memandang ke arah Tengku Farish yang baru sahaja pulang dengan raut wajah yang sukar ditafsirkan. Jam di dinding di pandang sekilas. 12 tengah malam baru balik. Tak pernah-pernah suaminya balik selewat ini.

" abang. Lambat abang balik hari ni. Abang pergi mana ? " soalnya dan punggungnya di angkat dari sofa. Kaki diatur ke arah Tengku Farish untuk menyalam lelaki itu. Hulurannya tidak disambut.

Tanpa sepatah kata, Tengku Farish terus mendaki tangga dan meninggalkan Aryssa yang masih disitu. Aryssa tersentak dengan perlakuan Tengku Farish terhadapnya. Sebak di dadanya dan airmata yang ditahan mengalir perlahan-lahan dipipi. Apa salahnya pun tidak dia tahu tiba-tiba Tengku Farish tidak mengendahkan dirinya.

Airmata dipipi Aryssa seka menggunakan belakang tangan lalu kaki diatur menaiki tangga. Setelah tiba dihadapan bilik, tombol pintu dipulas dan masuk ke dalam. Pintu ditutup semula. Bunyi pancuran air dari kamar mandi menandakan Tengku Farish berada di dalam. Aryssa duduk di birai katil. Kedengaran pintu kamar mandi dikuak membuatkan Aryssa memandang ke arah Tengku Farish yang hanya tuala lilit dipinggang.

Tengku Farish yang perasan Aryssa duduk dibirai katil tidak diendahkan lalu melangkah ke arah almari pakaian. Baju t-shirt kosong dan seluar pendek dikeluarkan lalu dipakai. Setelah itu, kakinya melangkah ke arah katil pula. Badan direbahkan dan mata dipejam. Terasa ada tangan yang memegang tangannya membuatkan Tengku Farish membuka mata semula. pandangan tajam diberikan pada Aryssa

" nak apa ? " soal Tengku Farish dingin

" awak. Awak kenapa tiba-tiba balik tadi dingin semacam dengan saya ? Apa yang saya dah buat ? " perlahan suara Aryssa bertanya. Sedih rasa nak nangis bila Tengku Farish melayan nya begitu. Entah apa salahnya yang buatkan lelaki itu berkelakuan begitu terhadapnya

" kau fikir lah sendiri apa salah kau. Dah jangan kacau aku. Aku letih nak tidur. !! " mata dipejam semula dan badannya mengereng membepakangi Aryssa

Mata Aryssa hanya memandang Tengku Farish yang membelakanginya. Menitis airmatanya satu persatu. Direbahkan badan di sisi lelaki itu.

Ya Allah , apa salahku sampai dia berubah sebegini sekali ya Allah. Baru aku kecapi kebahagian aku bersamanya dan sekarang kembali semula dinginnya pada ku. Kau kuatkan lah hambaMu ni Ya Allah.

Aryssa menekup mulutnya menahan esakkannya supaya tidak didengari Tengku Farish. Matanya perlahan-lahan ditutup dan akhirnya Aryssa tertidur didalam kesedihan dan sisa airmata masih di pipi.















***********************************










Tengku Farish terjaga dari lenanya. dia bangun daripada perbaringan dan matanya ditenyeh beberapa kali. Jam di meja lampu dicapai dan dilihat jarum jam yang sudah menunjukkan pukul 7 pagi. Dia yang membelakangi Aryssa perlahan-lahan mengalih badannya menghadap gadis itu. Sakit hati masih terasa. Kata-kata Aeryn semalam masih berlegar di kepalanya. Dengan pantas Tengku Farish terus turun dari katil dan tak lupa juga dicapai tualanya dan berlalu ke kamar mandi.



Selesai membersihkan diri, Tengku Farish keluar dari bilik air dan Aryssa yang masih lena sebentar tadi hilang. Tiada di atas katil. Sudah bangun mungkin. Dan bajunya yang sudah disediakan Aryssa dipakai. Setelah bersiap semuanya, langkah diatur untuk keluar dari bilik dan turun ke bawah. Di anak tangga terakhir dia disapa oleh Aryssa

" good morning abang. Abang, sayang dah masak dah sarapan. Jom makan " ajak Aryssa dan bibir gadis itu mengukir senyuman. Senyuman manis.

" aku dah lambat masuk office. Kalau kau nak breakfast. Kau breakfast sorang " jawabnya dingin melangkah ke pintu utama. Tangannya ditarik Aryssa. Hatinya menidih. Di apa pasal main tarik-tarik tangan aku pula niii!!!!!

Isteri Atas Kertas  ( COMPLETED )    #Wattys2016Where stories live. Discover now