Bab 4

84.7K 2.5K 126
                                    

Segala barang-barang keperluan yang untuk dibawa ke rumah baru dimasukkan ke dalam bonet kereta. Setelah siap memasukkan semua barang, Aryssa dan Tengku Farish langkah menghampiri Tengku Fahmi dan Tengku Maria lalu menyalami tangan kedua orang tua itu. Tengku Fahmi mendakap tubuh anak lelakinya kejap.

" Rish, jaga Aryssa elok-elok. Rish sebagai seorang suami dan ketua keluarga kena ingat, banyak tanggungjawab yang perlu dipikul. Dan satu lagi daddy nak pesan. Jangan pernah sakiti hati Aryssa kerana sekali kamu sakiti hati dia kamu akan menyesal. Ingat pesan daddy. Dia adalah permata bagi daddy dan mummy " . bisikkan Tengku Fahmi ditelinga membuatkan Tengku Farish tersenyum hambar. Pelukkan dileraikan

" Aryssa ingat tau pesan mummy pagi tadi. Kalau Aryssa bosan ke ada masalah ke balik sini. Jangan tak balik tau " pesan Tengku Maria dan Aryssa hanya mengangguk

" mummy janganlah risau. Kalau Aryssa rasa bosan ke apa ke Aryssa balik okay ? " belakang tapak tangan Tengku Maria diusap. Tengku Maria hanya tersenyum dan airmatanya mengalir dipipi. Terasa berat untuk dia melepaskan Aryssa pindah ke rumah baru walaupun bersama anaknya Tengku Farish. Aryssa menyeka airmata Tengku Maria

Tengku Farish yang melihat babak sedih itu mula berdehem untuk menyedarkan Aryssa dan Tengku Maria. Aryssa menoleh ke sisi dan dilihat Tengku Farish memandangnya dengan pandangan benci. Nasib tak perasan dekat Tengku Fahmi dan Tengku Maria.

" okaylah mummy, kami nak bergerak dah ni. Jom sayang " kata Farish lalu meloloskan diri di tempat pemandu.

Aryssa yang melihat Tengku Farish sudah masuk ke dalam kereta lantas menyalam kedua mertuanya lalu memboloskan diri ke dalam perut kereta.

Bunyikan hon dari kereta Audi tt milik Tengku Farish membuatkan Tengku Maria dan Tengku Fahmi melambai ke arah mereka.

Suasana di dalam kereta terlalu sunyi tanpa sepatah suara yang keluar dari mulut Tengku Farish dan Aryssa. Aryssa yang terasa kekok dengan suasana itu dengan lafaz bismillah di dalam hati dia mula bersuara

" err awak " tegur Aryssa lalu memandang ke arah Tengku Farish yang sedang memberi tumpuan pada pemanduan.

Sunyi. Tiada sahutan dari Tengku Farish. Dicuba sekali lagi

" awak " masih sama tiada juga sahutan dari lelaki itu. Akhirnya dia mengeluh. Tiada guna lagi dia bersuara kalau Tengku Farish tidak menyahut.

" kau nak apa ? " tanya Tengku Farish dingin. Aryssa memandang ke arah Tengku Farish.

" awak... besok saya dah start kerja "

" so ? Apa kena mengena dengan aku kalau kau start kerja besok ? "

Ish dia ni. Aku cakap je pun nak suara tinggi bagai dah kenapa. Ya Allah, kau berikanlah kesabaran padaku dengan perangai suamiku ini Ya Allah.

" taklaa... saya cuma ... " kata-kata Aryssa terhenti bila Tengku Farish memotong

" dah diam ! Aku taknak dengar suara kau. Buat sakit telinga aku je. Dan aku takkan benarkan kau bekerja !"

Aryssa mengeluh lemah lantas  badannya disandar. Fikirnya lebih baik dia tidur daripada melayan suasana sunyi dah macam krik krik ni dan dalam beberapa minit akhirnya dia terlelap.

Dalam 3 jam perjalanan akhirnya sampai juga di dalam perkarangan rumah banglo hadiah pemberian Tengku Fahmi padanya dan Aryssa. Tengku Farish mengalih pandangan ke kiri. Terlentok kepala gadis itu tidur dan tanpa membuang masa terus dia mengejut Aryssa

" woi woi. Bangun, dah sampai " jari telunjuknya dicucuk-cucuk di bahu Aryssa.

Aryssa yang terasa seperti ada benda menyucuk dibahu dengan suara yang kasar kedengaran di gegendang telinga membuatkan dia membuka mata perlahan-lahan. Terus membutang mata Aryssa bila dilihat Tengku Farish betul-betul dihadapannya. Aryssa mengangkat semula kepalanya yang terlentok dan tanpa disangka kepalanya terkena pada bibir Tengku Farish. Berdarah bibir lelaki itu.

Isteri Atas Kertas  ( COMPLETED )    #Wattys2016Where stories live. Discover now