Bab 18

73.5K 1.7K 10
                                    

Aryssa membuka mata perlahan-lahan. Telinganya menangkap bunyi pancuran air dari kamar mandi. Jam di lampu meja dilihat. Dia baru tersedar. Eh, bukan aku tidur dalam kereta ke ? Ni dah apa pasal ada atas katil ni ?. Digaru kepalanya yang tidak gatal. Tudung dikepalanya pun sudah tiada.Kedengaran pintu kamar mandi dibuka itu buatkan Aryssa memandang ke arah Tengku Farish.

" sayang dah bangun ? "

" eh taklah. Tengah tidur lagi ni ". Dah nampak kita dah bangun boleh tanya lagi. Ngumpat Aryssa di dalam hati

" ohh pandai eh loya buruk dengan abang. Meh sini, sayang nak kena ni " kaki Tengku Farish melangkah ke katil dan tak sempat Aryssa melarikan diri, kedua-dua tangan lelaki itu sudah mengepung dirinya. Senyuman sinis kelihatan di bibir Tengku Farish. Aiii jangan dia buat bukan-bukan sudah. Aryssa menelan liur.

" a..abang. sana lah per...pergi pakai baju sana " tergagap Aryssa menyuruh. Aduh jantung laju kalah lari pecut. Tengku Farish masih tidak berginjak dan masih posisi yang sama.

Matanya menatap mata Aryssa dalam. Wajahnya perlahan-lahan didekat ke wajah Aryssa. Aryssa semakin menjauh dan dalam sekelip mata dia sudah terbaring. Badan Tengku Farish sudah menindihnya dan mata lelaki itu redup menikam anak mata Aryssa. Dirasakan bibir Tengku Farish melekap dibibirnya membuatkan Aryssa merasakan satu tarikan. Nafasnya sudah mula turun naik.  perlahan-lahan tangan gadis itu melingkari leher Tengku Farish. Aryssa  seakan tahu yang Tengku Farish seperti menunggu tindak balasnya itu, terus membalas kucupan lelaki itu lembut. Tangan Tengku Farish naik ke pipi Aryssa lalu perlahan-lahan diusap. Aryssa terbuai dengan sentuhan Tengku Farish. Lama mereka berkeadaan begitu sebelum Tengku Farish menjauhkan semula tautan bibir mereka.

" cukuplah sampai sini je. Dah, pergi bersiap abang nak bawak sayang kat suatu tempat. Nanti malam kita sambung ye " bisik Tengku Farish dan mata sebelah dikeyitkan.

Muka Aryssa memerah. Malu. Tengku Farish sudah bangun dan berlalu ke almari pakaian. Aryssa yang masih baring di atas katil perlahan-lahan bangkit dan tuala di capai dipenyangkut lalu kaki melangkah ke kamar mandi



Setelah bersiap, Aryssa menilik dirinya di hadapan cermin. Cantik baju yang dipakainya itu. Baju dress bewarna merah dan corak di pergelangan tangan bewarna gold. * cth baju gambar kt atas * Dia tahu Tengku Farish menbelikan baju yang dipakai itu. Semasa dibuka almari, matanya tertancap pada baju itu. Aryssa menunduk lalu tersenyum. Farish yang baru tiba dibelakangnya tidak dia perasan. Setelah tangan lelaki itu melingkari pinggangnya terus kepala diangkat semula dan dilihat Tengku Farish dari pantulan cermin. Bibir lelaki itu mengoyak senyuman manis.

" lawaa sayang abang ni " pelukkan dipinggang Aryssa dieratkan lagi

" eceh.... ada apa-apa ke ni puji-puji sayang hm ? " tangan Tengku Farish dipinggangnya diusap.

Tengku Farish menayang gigi. Pipi Aryssa dicium sekilas. Tangan yang melingkari dipinggang gadis itu dileraikan.

" dah jom, abang dah siap dah "

Tengku Farish yang hanya mengenakan baju kemeja putih berlengan panjang dan seluar slack berlalu keluar dari bilik dan Aryssa pula terus dicapai handbagnya dan berlalu keluar membontoti Tengku Farish dari belakang.









Di dalam kereta,  Aryssa cuba meneka ke mana Tengku Farish hendak membawanya. Bila di tanya pada lelaki itu mesti akan dijawab ' adalah nanti awak akan tahu juga '. Aryssa semakin bosan bila otaknya cuba dipaksa memikirkan ke mana Tengku Farish ingin membawanya. Badan di sandar. Matanya cuba dipejam.

" sayang. Jangan lah tidur, nanti abang bosanlah takda orang teman abang memandu ni " suara Tengku Farish dan matanya memandang ke arah Aryssa sekilas.

Isteri Atas Kertas  ( COMPLETED )    #Wattys2016Where stories live. Discover now