Bab 6

74.6K 2.5K 174
                                    

Bunyi gelak tawa dari arah ruang tamu membuatkan Aryssa cemburu akan pada gadis itu a.k.a girlfriend pada suaminya. Airmata yang ditahan dari tadi akhirnya menitis satu persatu. Sakit hati bila melihat kemesraan suaminya bersama orang lain. Sedangkan dia tidak pernah merasai kemesraan bersama Farish suaminya sendiri.

" sayang, mana you're wife ni... dari tadi I sampai takda nak kasi I air ke apa. Tau tak I haus nii !! "

" haah ye tak ye jugak kan. Wait ya baby. ARYSSA!! ARYSSA !!! "

Aryssa yang dengar Tengku Farish menjerit memanggil namanya terus menyeka sisa-sisa airmatanya yang berada dipipi. dia berlalu ke ruang tamu dengan menahan perasaan. Setelah berada dihadapan pasangan itu dia lihat Tengku Farish memandangnya dengan pandangan yang tajam. Terlalu tajam sampai takut pula dia ingin menghadap Farish.

" kau tak reti lagi ke nak buat air untuk tetamu ?! " tegur Tengku Farish dingin

" ma..maaf, saya terlupa. Cik nak minum apa ? " dah macam kedai mamak pulak siap tanya nak minum apa pada Aeryn.

" I nak milo panas. And you pula sayang. You nak minum apa ? "

" I taknak. You jelah. So, kau buatkan dekat Aeryn milo panas je "

Aryssa hanya mengangguk lalu terus ke dapur. Cawan yang berada di dalam kabinet dikeluarkan untuk membancuh milo.

Muncul satu idea jahat di otak Aeryn. Dia yang dari tadi mendengar Tengku Farish pot pet pot pet terus bersuara

" sayang, I rasa nak ke dapur lah. Kesian dekat wife you nak kena bancuhkan air dekat I "

" biarlah dia. Dia layak jadi maid patutnya "

" ish you ni tak baik tau. Kesian...... wife you. Please..... I nak bantu dia kat dapur " pinta Aeryn sambil membuat puppy eyes. Tengku Farish yang malas mahu melarang dah terus mengangguk je.

" thanks sayang " terus pipi Tengku Farish dicium sekilas dan berlalu ke dapur.

Tiba sahaja di dapur, Aeryn menyilangkan kedua belah tangannya ke dada. Senyuman sinis terukir dibibir. Aeryn menbetulkan rambutnya dan dia menghampiri Aryssa yang sedang bancuh air milo panas.

" Hey you "

Aryssa yang ralit membancuh air itu terus mengalih pandangan di sisinya. Dilihat Aeryn dengan wajah pelik. Kenapa dia ni ada dekat sini ?.

" ye ? Boleh saya bantu ? Kenapa cik ada dekat sini ? " soal Aryssa

" hahaha... tsk tsk tsk. I datang sini I nak pesan jangan pernah nak rampas Farish dari I. I know you dengan dia dah kahwin. But I boleh dapatkan dia dan dia pula akan ceraikan you. Yela, hubby you sendiri pun tak sukakan you kan. So pity..... sedihkan bila dapat suami yang anggap kita tak seperti isteri dia. Tapi dianggap macam maid dirumah " terus terang Aeryn bersuara. Aryssa hanya mengetap bibirnya dan dalam beberapa saat dia mengukir senyuman

" cik ni kalau nak cari gaduh rasanya tak kena pada masa kot. Lagi satu, walaupun suami saya tak sukakan saya dan dianggap saya seperti maid pun ada kena mengena dengan cik ke ? Dan saya juga sebagai isteri pada encik Farish ,saya boleh buat sampai encik Farish jatuh cinta pada saya. Cik pula hanya sekadar kekasih encik Farish jadi cik dengan encik Farish tiada ikatan yang kuat. Saya dan encik Farish ada ikatan kuat. Kerana kami suami isteri. Cik tak malu ke nak rampas suami orang ? Tak takut dosa ke ? Dengan pakaian cik ni lagi tak tutup aurat. "

Aeryn dah mengetap giginya. Dadanya juga sudah turun naik. Marah , geram semua bercampur bila mendengar terang Aryssa dengan panjangnya

" kau ni kan !!! " Aeryn hilang sabar. Milo panas yang sudah siap dibancuh tadi dicapai untuk mencurah (?) ke arah Aryssa tetapi disebaliknya entah mana silapnya semasa memegang cawan itu menyebabkan air milo panas itu tertumpah ke tangannya sendiri

" Arghh!!!!! " menjerit Aeryn bila air milo panas itu terkena tangannya sendiri. Aryssa yang berada disitu pun terkejut dengan apa yang berlaku.

" cik !! Cik !! Cik okay tak ?! " risau dia bila lihat tangan Aeryn yang sudah merah terkena milo panas

" apa yang bising tu ?! " soal Tengku Farish yang baru sahaja muncul disitu. Membulat matanya bila dia melihat Aeryn seperti menahan kesakitan di tangan.

" Aeryn !! Kenapa dengan tangan you ?! " soal Farish cemas. Dilihat sudah merah tangan Aeryn

" Weii perempuan !!! Kau buat apa dekat dia haa ?! " tengking Tengku Farish pada Aryssa. Matanya tajam memandang anak mata Aryssa

" tak awak... tak.. saya tak buat ap.... "

" dia tipu sayang. Dia yang buat I. I nak bantu dia lepas tu dia marah-marah I terus dia jirus air panas dekat tangan I. Dia cakap dia tak suka tengok I dengan you lagi. dia siap ugut lagi kalau I masih rapat dengan you dia cakap dia taulah apa nak buat dekat I supaya I terseksa " tipu Aeryn

Aryssa terkejut mendengar kata-kata Aeryn. What ?! . Dia melihat Tengku Farish menghampirinya dengan wajah yang menyinga dan

PANGGG!!!!

Aryssa tergamam.terdiam. tanpa dia sedar airmata bergenang ditubir mata. Tangan kirinya memegang pipi yang ditampar. Kali pertama Tengku Farish menamparnya.

" Kau ni asal biadap sangat perempuan ?!!! Kau siapa nak halang-halang aku nak rapat dengan siapa ?!! Kau tau tak yang kau ni siapa ?! kau tu sekadar isteri di atas kertas kau tau tak!!!! Sedar sikit diri kau tu !! Dan orang yang kau buat tangan dia sampai merah ni kekasih aku !!! KEKASIH AKU BODOH!!! " jerkah Tengku Farish. Bergaung ruang dapur itu dengan jerkahannya

Aeryn yang jadi memerhati dari tadi tersenyum sinis. Dia menghampiri Tengku Farish dan tangannya mengusap kedua belah bahu lelaki itu.

" sayang. Dah laaa. Taknak marah. Takpa I dah maafkan dia dah. Sayang.... jom hantar I balik. I tadi datang sini naik member I "

" Okay dah jom. I hantar you balik. But before I hantar you balik kita pergi klinik dulu. Nampak macam melecur dah tangan you ni " Aeryn dan Tengku Farish pun berlalu meninggalkan Aryssa yang masih terkaku di dapur.
Setelah kelibat kedua orang itu hilang. Aryssa terus terduduk di lantai dapur. Terus pecah tangisannya yang dari tadi ditahan. Pipinya rasa berpijar disebabkan tamparan Tengku Farish. Merah pipi gadis itu. Teresak-esak Aryssa disitu.





Tengku Farish memberhentikan keretanya setelah tiba dihadapan rumah Aeryn. Tangan Aeryn dicapai dan dilihat kesan merah melecur ditangan gadis itu. Hatinya membuak-buak kemarahan pada Aryssa.

" baby, sorry pasal si budak kat rumah tu. Sebab dia tangan you sampai jadi macam ni ". Aeryn hanya tersenyum.

" sokay lah sayang. Tak mengapalah. Biasalah orang kalau jealous bila tengok suami dia dengan perempuan lain. Hmm okaylah sayang. I masuk dulu ya " kata Aeryn dan Tengku Farish hanya mengangguk sahaja. Aeryn pun keluar dari kereta dan berlalu masuk ke dalam rumahnya. Kereta yang dipandu Tengku Farish pula terus meluncur dari kawasan itu.












Okay. Saya tau bab ni membosankan. nanti next bab saya try buat yang best. And sorry if ada yang merapu-rapu ayat di bab atas 😂😂😂😂😂. Jangan lupa vote dan comment jugak ye hehehe... 😄😄😄😁😁😁

Isteri Atas Kertas  ( COMPLETED )    #Wattys2016Where stories live. Discover now