Bab 22

53.3K 1.3K 42
                                    

Kepulangan suaminya disambut di pintu. Di salam tangan kasar Tengku Farish dan seperti biasa Tengku Farish akan mencium dahinya .Blazer dan briefcase dipegangan lelaki itu diambil. Tengku Farish menghenyak punggung di sofa dan kepala disandar. penat dia hari ni tak terkata. Kerja yang difikir tidak lah sebanyak mana rupanya bertimbun. Nafas berat dilepaskan. Aryssa yang berjalan menghampirinya sambil tangan memegang segelas air oren dipandang. Senyuman terukir dibibirnya walaupun seletih dan sepenat mana pun bila balik dapat melihat wajah Aryssa sahaja segala kepenatan di pejabat terus hilang serta merta. Aryssa mengambil tempat disisi Tengku Farish dan gelas dipegang itu dihulur pada suaminya. Tengku Farish menyambutnya lalu diteguk sekali air itu sudah habis.

" abang letih kan ? Meh sayang urut abang " . Tengku Farish hanya mengangguk dan dirasai jari jemari runcing milik Aryssa perlahan-lahan mengurut bahunya. Matanya terpejam saat Aryssa mengurut bahunya. Terasa lega sedikit.

" sayang ni pandai urut rupanya. Ingatkan tangan kayu " erkk ada ke tangan kayu ? Ahh apa-apa jelah. Aryssa mencebik dan tangannya masih mengurut bahu Tengku Farish

" abang ingat sayang tak pandai urut ke ? Abang tahu tak masa arwah ayah ada bila time ayah balik dari kerja sayang selalu urut ayah. Untuk hilangkan segala keletihannya " suara Aryssa mendatar. Sebut ayah dia teringatkan arwah. Kedua arwah orang tuanya. Airmata cuba ditahan supaya tidak menitis.

Tengku Farish mengalih badannya menghadap Aryssa. Kedua belah tangannya memegang kedua belah pipi Aryssa. dia tidak mahu Aryssa menitiskan airmata.

" sayang. Sayang jangan nangis. Tak tenang kedua orang tua sayang kat sana kang. Abang sentiasa ada untuk sayang. Abang janji selagi abang hidup abang akan jaga sayang. Sayangkan sayang abang ni. Dah tak nak sedih okay ? Senyum " dalam kesedihan Aryssa tersenyum sedikit. kedua-dua tangan kasar Tengku Farish dipipinya dipegang.

" abang janji jangan tinggalkan Aryssa " perlahan suara Aryssa berkata dan Tengku Farish mengangguk. Ditarik Aryssa ke dalam pelukkan. Ubun-ubun Aryssa dikucup.

" abang. Apa kata abang pergi mandi dulu. baru balik kerja busuk tau pastu peluk sayang yang wangi ni pula " usiknya dan dilihat mulut suaminya sudah memuncung.

" abang wangi okay. 24 jam abang wangi. Abang tak suka busuk-busuk " jawab lelaki itu sepeti merajuk.

" yeke ? Meh sini sayang nak bau sikit wangi ke tak "

Aryssa merapatkan badannya pada badan Tengku Farish dan hidungnya seperti membuat gaya menghidu. Tengku Farish yang melihat pelakuan Aryssa menelan liur. Terlalu rapat badan mereka berdua. Dia merasakan nafas Aryssa di lehernya. Cehh main kasar ni.. tunggu lahh.

Tengku Farish melingkarkan kedua tangannya di pinggang Aryssa dan Aryssa ditarik. Tubuh mereka berdua melekap (?). Aryssa kaget. Cuak semua bercampur baur bila tiba-tiba pandangan redup Tengku Farish memandang anak matanya. Diteguk liur. Nafas Tengku Farish menampar lembut dimukanya. Bibir lelaki itu bermain di hujung bibirnya. Aryssa jadi seperti tak keruan. Jantung berdegup laju. Sekilas, bibir lelaki itu mengucup bibirnya lembut dan bibir bawahnya digigit Tengku Farish perlahan. Mulutnya terbuka sedikit dan membuatkan Tengku Farish memasukkan lidahnya ke dalam mulutnya. Lidah mereka berlaga dan setelah udara kehabisan, lelaki itu mengalihkan pula bibirnya di leher Aryssa. Dicium dan digigit manja meninggalkan kesan merah. Desahan Aryssa kedengaran. Perlahan-lahan Tengku Farish mengangkat tubuh Aryssa dan dibawa ke atas masuk ke bilik.














Tengku Farish baru selesai membersihkan diri menghampiri Aryssa yang baru ingin menyarung baju tidur ditubuh. Dipeluk Aryssa dari belakang dan pipi Aryssa dicium.

" abang dah mandi kan ? Sekarang pakai baju lepas tu tidur okay ? " Aryssa menyarung baju tidurnya yang paras bawah lutut ke badan.

" dah mandi pun. Mandi wa.... " tak sempat Tengku Farish menghabiskan ayatnya tangan Aryssa sudah menekup mulutnya. Ish perlu ke bagitahu dah mandi wajib. Apalah si Farish ni.

Isteri Atas Kertas  ( COMPLETED )    #Wattys2016Where stories live. Discover now