Bab 24

50.3K 1.5K 159
                                    

Khayzrul Kim berjalan ke tempatnya dan punggung dilabuh ke kerusi. Aeryn. Nama gadis yang paling dia meluat dan benci. Entah apa yang Tengku Farish sukakan akan gadis itu. Apa kurangnya Aryssa ? Diraup mukanya menggunakan kedua belah telapak tangannya.

Ya Allah, kau bantulah hambaMu ini. Aku tidak mahu rumah tangga sahabat baik ku musnah. Dimusnahkan oleh seseorang. Kau lindungi rumah tangga mereka Ya Allah. Doa Khayzrul Kim dalam hati.

Dia tidak mahu rumah tangga Tengku Farish sahabatnya beretakan atau dimusnahkan oleh Aeryn. Dia tahu Aeryn jenis yang macam mana. Apa yang dia mahu tidak dapat dia akan buat sampai dapat. ' Perlu ke bagitahu Farish pasal siapa sebenarnya Aeryn tu jenis macam mana ? Tapi mesti dia tak percaya cakap aku. Nanti mesti persahabatan kita akan musnah. Ahhh serabutnya fikiran. ' rambut yang rapi (?) elok dikusutkan. ' Aiiiii!! Macam mana aku nak halang Aeryn dari ganggu hidup rumah tangga Farish eh ? ' . Dagunya diketuk menggunakan jari telunjuk beberapa kali. Dan.... TING!!! idea datang. Dia patut siasat Aeryn. Ya. Siasat.

Aziqah pekerja disitu yang tempat duduknya bersebelahan Khayzrul Kim hanya memandang ke arah lelaki itu pelik. ' dah kenapa mamat ni ? Sewel ke apa ? Sampai kusutkan rambut bagai '.

" Hoii !!! Kau ni apa pasal dah Khay. Macam dah tak betul je aku tengok. Macam orang gila pun ada dah " tegur Aziqah.

Khayzrul Kim memusingkan kerusinya menghadap Aziqah yang tempat duduk bersebelahannya. Kening lelaki itu berkerut.

" ehh sibuk jelah kau !! Yang kau nak cakap aku macam orang gila dah apahal ? Nak kena debik ke ? " balas Khayzrul Kim sambil menunjuk buku lima pada Aziqah.

Aziqah mencebik. Ceitt tak padan muka macam jambu ala kpop ada hati nak debik aku. Jangan sampai aku kasi dia pengsan tercekik heels aku kang.

" eleh.... setakat debik kau tu apa lah sangat mamat jambu ala kpop oiii. Pikir aku takut ha?! Ha?! HA?! " kata Aziqah dan matanya dibesarkan. Muka garang gila.

Khayzrul menelan liur. Mak aiii !! Garang betul muka. Tak pernah-pernah aku nampak muka dia garang camni. Pandangannya dilarikan ke arah lain. Takut dengan riak wajah Aziqah.

" takut lah tu. Dasar jambu !! Bla la kau. Menyampah aku " suara Aziqah dan mata memandang ke arah komputer.

" eh eh kau ?!! Kau lah bla !! Asal aku pulak ?! Kau yang menyemak sibuk je dengan tanpa diundang tetiba tanya aku dah kenapa semua. " Khayzrul masih tidak mahu mengalah lagi. Tadi dengan Tengku Farish semasa dalam bilik lelaki itu sekarang dengan Aziqah pula

" ehh kau ni kan !!!!....... "

" WOIII DIAM AH !!! NAK KERJA BUAT CARA KERJA !! ASYIK GADUH JE KORANG DUA NI AKU KAHWINKAN JUGA KANG !! " suara seorang makhluk pula yang dari tadi menahan telinganya dengar bunyi bising perang mulut antara Khayzrul Kim dengan Aziqah.

" weiii akmal. Agak-agak ah nak kahwin kan aku dengan minah ni !! Please lah. Aku nak bakal bini aku yang lemah lembut bukan kasar kayu tomboy macam dia ni !!! " sedasss Khayzrul Kim berkata dan tangan telunjuknya dihala ke arah Aziqah

Mata Aziqah membutang dan kertas kosong diambil. Digumpal lalu di campak tepat ke muka Khayzrul.

" Hahahahahahahhaa padan muka kau. Dasar laki muka jambu !!! "

Khayzrul Kim mengenggam erat kedua belah tangannya. Seperti tumbuk.

" AZIQAHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!! " jerit Khayzrul Kim dan pekerja-pekerja lain yang melihat adegan mereka berdua hanya tertawa. Ada yang dah gelak berdekah-dekah bila gumpalan kertas dibaling Aziqah shoot betul-betul kena muka Khayzrul Kim.

Aziqah ketawa. Tiada perasaan takut atau gentar. Padan muka kau rasakan.













***********************************









Isteri Atas Kertas  ( COMPLETED )    #Wattys2016Where stories live. Discover now