Bab 21

56.1K 1.3K 28
                                    

Bunyi alarm phone mengejutkan Tengku Farish daripada tidur lena. Tergapai-gapai tangan lelaki itu untuk mengambil phone yang berada di meja lampu. Setelah itu jam dilihat. Pukul 7. Matanya memandang ke arah sisinya. Aryssa tidak ada. Farish bangkit dari katil dan tuala dicapai di penyangkut lalu kaki melangkah ke kamar mandi.

Baju kerjanya yang sudah di sediakan oleh Aryssa di atas katil itu disarungkan ke tubuhnya. Setelah bersiap, kakinya berjalan ke pintu bilik untuk keluar.

Bunyi bising dan aroma masakan dari arah dapur membuatkan Tengku Farish melangkah ke sana. Aryssa yang sibuk memasak itu diperhati lama dan bibirnya mengukir senyuman. Perlahan-lahan dia hampiri Aryssa dan pinggang gadis itu dirangkul.

" opocot mak kau meletup !!! " . Tengku Farish menahan tawa bila Aryssa melatah. Gadis itu pusing menghadapnya lalu sedass tumbukan lembut diberi pada dada bidang Tengku Farish

" ish abang ni kan !! Terkejut sayang tahu tak ! Haih... " suara Aryssa kedengaran seperti marah dan riak mukanya juga.

Ayok tak tayok Tengku Farish. Aryssa dah marah.

" alaaa sorry lah sayang. Abang nak peluk sayang je tapi tak sangka saya terkejut sampai melatah pula tu " Tengku Farish sudah buat muka comelnya. Hak ilah. Nilah yang Aryssa tak dapat tahan ni. Muka comel Tengku Farish ni bila dia.tengah marah boleh buatkan kemarahannya hilang.

" hmm yela... sayang maafkan. " balas Aryssa dan Tengku Farish sudah menyegih.

" sayang. Nak morning kiss ? " kata Tengku Farish dan bibirnya.sudah di muncungkan. Berharap bibir Aryssa melekap dibibirnya.

" taknak lah. Mengada abang ni " Aryssa menoleh semula membelakangi lelaki.itu dan menyambung kerjanya yang terbengkalai tadi. makin dilayan makin mengada. Nanti nasi goreng ke mana apa ke mana kalau layan Tengku Farish.

" alaaa sayang... nak juga nak juga " bahu Aryssa digoyang (?) beberapa kali. Aryssa dah tak tahan dah dengan perangai memgada lelakinya. Api dapur ditutup setelah siap masak. Dipandang Tengku Farish yang masih dibelakangnya.

" haihh. Yela-yela sayang kasi morning kiss " perlahan-lahan Aryssa merapatkan bibirnya di dahi Tengku Farish. Turun ke dua belah pipi dan saat bibirnya ingin dirapat pada binir lelaki itu. Sepantas kilat bibir lelaki.itu menerkam bibirnya dahulu. Sesak. Tengku Farish mengucup bibirnya rakus. Setelah itu tautan bibirnya dilepaskan oleh Tengku Farish bila dilihat Aryssa seperti memerlukan udara.

" Eiiiiii abang ni kan !! Eiii geramnyaaa " Aryssa menampar dada bidang Tengku Farish dan lelaki itu hanya ketawa.

" okay-okay dah jangan tampar dada abang dah. Abang lapar ni. " suara Tengku Farish sambil tangan memegang perut

Tahu pun lapar. Ingatkan tak lapar. Aryssa mengambil pinggan yang berada di rak berdekatannya lalu nasi goreng di dalam kuali disenduk ke dalam pinggan untuk Tengku Farish dan diri sendiri. Setelah itu dibawa kedua pinggan itu ke meja makan. Tengku Farish sudah melabuhkan punggung dikerusi. teko berisikan air teh o dituang ke dalam cawan Tengku Farish setelah itu barulah dia duduk berhadapan lelaki itu.

" hmm sayang... sedapnyaa nasi goreng ni. " kata Tengku Farish setelah nasi goreng itu sudah masuk ke dalam mulut dan ditelan.

" yeke sedap ? Rasa biasa je "

" ye sayang oii. Kalah nasi goreng Mak Bedah dengan mummy "

Tengku Farish yang menjamah nasi goreng dengan penuh selera diperhati Aryssa. Kepala digelengkan. Ada-ada sahaja lah si Tengku Farish ni. Nasi goreng dipinggannya perlahan-lahan dijamahnya.

" okay i'm done. Sayang, abang nak pergi kerja dah. " air teh o di dalam cawan dihirup sehingga habis. Mata Aryssa membutang bila dilihat pinggan lelaki itu lincin tanpa meninggalkan sebutir nasi.

Isteri Atas Kertas  ( COMPLETED )    #Wattys2016Where stories live. Discover now