Bab 31

66.6K 1.6K 41
                                    

Kolam ikan yang berada dihadapannya dipandang lama. Termenung. Bagaimana kah hari pernikahan suaminya a.k.a Tengku Farish bersama Aeryn. Bila dia ingatkan balik, sedih dirasakan. Air jernih yang bertakung dimata ditahan. Helaan berat dilepaskan. Aryssa bersyukur kerana kedua ibubapa Razriq mengizinkannya tidur semalam di rumah. Fikirannya memikirkan perlukah dia memberitahu akan statusnya pada Razriq ?. Muka diraup beberapa kali. Anak rambutnya yang terjuntai diselit ke celah telinga. Ralit dia melayan akan perasaan ada sepasang mata yang memandang ke arahnya dari pintu. Razriq.

Razriq yang dari tadi hanya memerhati Aryssa di hadapan kolam ilan dia hampiri. Bahu gadis itu dicuit dan membuatkan Aryssa berpaling ke arahnya.

" buat apa ? Hm ? Kenapa muka sedih je ni ? Ada apa-apa yang saya tak tahu ke ? " soal Razriq. Dia tahu yang Aryssa ada sembunyikan sesuatu dari nya. Tapi tidak tahu apa yang dirahsiakan itu.

" takda lah. Saya okay. Hmm by the way Razriq. Se...sebenarnya saya ad...ada benda nak mengaku pada awak " kata Aryssa dengan nada suara yang perlahan. Tapi dapat didengari oleh Razriq lagi

Terangkat kening lelaki itu sebelah. Mengaku ? Mengaku apa ? . Aryssa melepaskan keluhan.

" Razriq. Sebenarnya.... sebenarnya Airish dah kahwin " jawab Aryssa

Razriq terus terdiam bila mendengar ayat yang keluar dari mulut Aryssa. Kahwin ? Sejak bila ? Hatinya berperang dengan banyak tanda tanya.

" be..betul ke apa yang Airish cakapkan ni ? " soalnya sekali lagi. Mana tahu dia tersalah dengar.

" hm. Betul Razriq. Airish dah kahwin. Kami berkahwin sebab atas wasiat orang tua Airish dan orang tua suami Airish yang ingin satukan kami. Tapi masa tu suami Airish tak sukakan Airish. Benci akan Airish. Katanya sebab Airish lah kekasih hatinya tinggalkan dia. Pasal yang Razriq ambil dekat rumah tu sebenarnya itu rumah Airish dengan suami Airish. Ai..Airish minta maaf sebab tipu Razriq. Maafkan Airish Razriq " tuturnya panjang dan airmatanya terus menitis satu persatu. Rasa bersalah kerana membohongi Razriq.

Razriq yang melihat Aryssa sudah menitiskan airmata jadi kaget. Aryssa yang seperti mahu terduduk cepat-cepat dia memegang bahu gadis itu. Bahu Aryssa terhinjut-hinjut menangis.

" Airish... tolong jangan macam ni please... Razriq tak marahkan Airish. Mungkin ada sebab kenapa Airish tak mengaku awal-awal sama Razriq yang Airish dah kahwin. Please stop cry... " kedua bahu Aryssa diusap lembut. Tak sanggup lihat airmata Aryssa. Ini pertama kali dia lihat gadis itu mengalirkan airmata.

" Airish sebenarnya dah mengandung. 2 minggu sudah. Airish juga lari dari rumah Razriq.... Airish lari sebab Airish tak sanggup dijatuhkan talak.... suami Airish kahwin dengan kekasihnya. Airish difitnah berlaku curang belakangnya hakikatnya Airish tak lakukan. Airish sayangkan dia sesangat. Cinta akan dia... tapi kenapa dia lakukan ini semua pada Airish.... apa salah Airish Razriq..... " teresak-esak Aryssa berkata dan airmatanya mengalir laju.

Hati Razriq sedikit sebanyak berasa simpati pada Aryssa. Tidak sangka kehidupan Aryssa selepas ketiadaan kedua ibu bapa dalam kesedihan. Tubuh Aryssa dipeluk. Kepala gadis itu diusap.

" Airish.... shh taknak nangis. Airish dengar cakap Razriq. Apa yang berlaku ini semua ada hikmahnya. Razriq percaya suatu hari nanti suami Airish akan sedar akan kesilapannya dan kembali bersama Airish. Percayalah kata-kata Razriq ni. Razriq sentiasa doakan untuk kebahagian Airish. Dah berhenti menangis. Taknak sedih-sedih. Kesian dekat baby dalam perut Airish tau kalau tahu mama dia tengah bersedih. " pujuk Razriq dan pelukkan dileraikan. Airmata Aryssa yang masih berada dipipi dihapuskan menggunakan ibu jarinya.

Aryssa tersenyum sedikit bila dengar pujukan Razriq walaupun dia dalam kesedihan. Dia juga berharap yang Tengku Farish akan kembali padanya suatu hari nanti. Sama ada cepat atau lambat. Dia sayangkan Tengku Farish. Hanya Tuhan sahaha tahu betapa dia sayangkan dan cintakan lelaki itu.

Isteri Atas Kertas  ( COMPLETED )    #Wattys2016Where stories live. Discover now