Bab 10

84.4K 2.2K 13
                                    

Cahaya matahari yang menyilau masuk melalui celah-celah langsir membuatkan Aryssa membuka matanya perlahan-lahan. Setelah mata dicelik sepenuhnya, dirasakan tangan seseorang melingkari di pinggang secara langsung Aryssa terbayang akan perkara semalam. Perkara tidak pernah dia ingini itu berlaku. Sebak hati dirasai saat ini dan airmata yang bergenang ditubir mata perlahan-lahan mengalir ke pipi. Terasa jijik pada dirinya walaupun dia di 'sentuh' oleh suami sendiri. 'Sentuh' secara paksa.

Tangan Tengku Farish yang melingkari pinggangnya dialihkan dan baju miliknya  di lantai pula dicapai lalu disarung ke tubuh. Dengan langkah yang lemah Aryssa mengambil tuala serta pakaian dan berlalu ke kamar mandi.

Selesai sahaja membersihkan diri dan mengenakan pakaian, Aryssa membuka pintu kamar mandi dan saat itu dia terkejut bila Tengku Farish benar-benar berada di hadapannya. Kepala didongak dan senyuman sinis dibibir lelaki itu terlihat. Airmata bergenang ditubir mata ditahan. Tanpa bersuara terus sahaja kaki Aryssa ingin beredar dari situ dan tak sempat dia melangkah pergi Tengku Farish menarik tangannya kuat dan menyebabkan tubuh Aryssa terus menghadap lelaki itu dan badan mereka terlalu dekat.

" aw...awak, please lah lepaskan tangan saya. Sakit. " suara Aryssa dengan nada mendatar. Cengkaman Tengku Farish pada pergelangan tangannya terlalu kuat.

" heh.!! Kalau aku taknak lepaskan apa kau nak buat dekat aku ha ?!! ". Berkerut dahi Aryssa menahan kesakitan pegangan tangan Tengku Farish pada tangannya

" awak, tolonglah lepas. Sakit la awak. Tak puas hati lagi ke awak dah sakiti saya semalam " akhirnya sekali lagi air mata Aryssa mengalir. Sakit. Terlalu sakit hati dan tubuh badannya atas perlakuan Tengku Farish.

" EH !! PEDULI APA AKU KAU SAKIT KE APA KE !! AKU NAK KAU RASA SAKIT TU MACAM MANA AKU RASA SELAMA NI !! AKU NAK KAU RASA!! " jerkah  Tengku Farish.

" awak... tolo.. "

" eh kau boleh diam tak !! Sekarang ni aku nak kau ambil baju kerja aku dalam almari lepastu aku nak kau iron baju tu. Pastikan lepas aku mandi aku nampak baju aku dah siap iron dan dah ada atas katil. Kalau tak siap kau !! Tau lah nasib kau aku nak buat apa !! " kata Tengku Farish lalu terus memboloskan diri didalam kamar mandi.

Terhinjut-hinjut bahu Aryssa menangis. Apalah nasibnya kala ini. Sisa airmata diseka perlahan-lahan menggunakan belakang telapak tangan dan dengan langkah yang longlai dia menghanpiri almari baju. Di keluarkan baju kerja Tengku Farish untuk digosok

Tengku Farish keluar dari kamar mandi dengan hanya tuala melilit di pinggang. Mata lelaki itu melilau mencari kelibat Aryssa di ruang bilik itu. Tiada. Selepas itu matanya  memandang ke arah pakaiannya untuk ke pejabat yang berada di atas katil. Tanpa berlengah lagi, Tengku Farish terus bersiap-siap untuk ke tenpat kerja.




**********************************





Di pejabat, Tengku Farish termenung di dalam biliknya. Keluhan berat dilepaskan. Di dalam fikirannya terfikir, terlalu kejam kah perbuatannya pada Aryssa ?. Fikiran yang terganggu tentang perbuatannya pada Aryssa itu cuba diusir jauh-jauh. Tak. 'Tak mungkin aku dah jatuh cinta dekat dia. Tak mungkin'. Tengku Farish meraup muka dengan kedua belah telapak tangan. Dalam tidak sedar perbuatannya itu diperhati oleh seseorang dari celah pintu biliknya. Siapa lagi kalau bukan sahabat baik Tengku Farish sejak di bangku tadika lagi. Khayzrul Kim. Seorang lelaki berkacukan korea. Kaya dan bapanya pula berpangkat Dato'. Walaupun bapa Khayzrul Kim mempunyai syarikat sendiri tetapi dia lebih memilih untuk bekerja di syarikat bapa sahabatnya.Tengku Farish .

Khayzrul Kim mengetuk pintu bilik yang dihuni (?) Tengku Farish.Manakala Tengku Farish dengar sahaja pintu biliknya diketuk  terus sahaja dia menyuruh orang itu masuk. selepas mendapat suruhan Tengku Farish, perlahan-lahan Khayzrul membuka pintu dan pintu itu ditutup semula. Kakinya menghampiri Tengku Farish.

" good morning Tuan Farish " tegur Khayzrul Kim tetapi bagi Tengku Farish teguran itu bunyi sedikit memerlinya

" kau tak payah nak ber-encik bagai eh. Aku ngap kau kang. Dah la aku tak breakfast lagi pagi tadi. " balas Tengku Farish

" aikk ? Kau tak breakfast ? Eh, bini kau tak masak ke beb ? " soal Khayzrul dengan riak wajah yang menunjukkan pelik

Takkan dah ada bini pun bini tak masakkan makanan untuk sarapan. Sedangkan dia tahu Aryssa bukan gadis yang pemalas sebab dia pernah banyak kali pergi ke rumah Tengku Farish apabila dia kebosanan di rumah dan saat dia ke rumah Tengku Farish. Dia selalu menjadi pemerhati tindak-tanduk (?) Aryssa di dalam rumah. Terlalu rajin. Rajin dia tu sudah diumpama macam maid pula dilihatnya.

" ish kau ni kan !! Bukan kau tak tau yang aku memang tak suka dia. Bukan sekadar tak suka, malah benci dengan dia. Sebab dia lah Aeryn tinggalkan aku tanpa sebarang berita apa pun ". Hamek kau! Sekali jujur si Tengku Farish balasnya. Khayzrul Kim hanya menggeleng kepala. Dia pun terfikir apalah yang ada pada si Aeryn tu sampai sahabatnya seorang ini terlalu suka sangat malah cinta separuh mati sama si Aeryn.

Bukan Khayzrul Kim tudak tahu perangai Aeryn. Jenis yang suka berfoya-foya, pakaian jangan cakap lah. Macam sudah terlalu miskin hendak membeli kain. Yang paling dia tahu sudah lama, si Aeryn ni jenis tukar-tukar boyfriend macam tukar baju. Dia tahu yang Aeryn  menyukai Tengku Farish hanya sekadar harta bukan cinta. Dia malas mahu memberitahu perkara sebenar pada Tengku Farish tentang Aeryn. Takut-takut bila dia bersuara dan memberitahu perkara yang sebenar mahu persahabatannya dengan Tengku Farish berakhir. Dia tidak mahu itu berlaku.

" Farish, aku rasakan better kau putuskan hubungan kau dengan Aeryn. Kau dah ada wife. Kau tak kesian ke dekat Aryssa. Kalau dia tahu kau curang macam mana ? Tak ke dia sedih nanti ". Bagi Khayzrul dia mahu Tengku Farish tiada lagi hubungan dengan Aeryn. Dia tidak mahu Tengku Farish menyesal kemudian hari bila tahu siapa Aeryn sebenarnya.

Tengku Farish yang mendengar kata-kata Khayzrul Kim tertawa kecil dan dalam beberapa saat muka lelaki itu bertukar serius.

" kau cakap senang Khayzrul. Tak kena pada kau tapi aku. Kau tau tak berapa lama aku dengan Aeryn ? Dah 5 tahun kau tau aku dengan dia. Before aku dipaksa kahwin dengan Aryssa aku dan Aeryn ada bercadang nak kahwin bersama tapi semuanya musnah disebabkan Aryssa !! Budak yatim piatu tu. pembawa sial betul budak tu !! " suara Tengku Farish dengan nada tinggi dan kedua tangannya menghentak meja. Khayzrul mengucap di dalam hati. Tak sangka dia lihat Tengku Farish yang sekarang bukan seperti Tengku Farish yang dia kenali dahulu.

" Farish ! Sabar Farish. Kau bengang sekali pun agak-agaklah! Kau tau tak kau ni since bercinta dengan Aeryn kau dah berubah ! Bukan sikit tapi banyak kau tau ! Dah lah ! Terpulang pada kau lah sama ada kau nak pilih wife kau atau Aeryn. Kau fikir-fikirkanlah. Jangan kau salah memilih orang Rish. Jangan kau menyesal kemudian hari. Dah la aku keluar dulu " jelas Khayzrul lalu terus keluar dari bilik itu. Tengku Farish mendengus geram.

" arghhh!!! Sial punya perempuan!! Semuanya punca kau !! PUNCA KAU !! arghh !! " segala kertas, pen dan fail-fail kerja ditolak habis oleh Tengku Farish sehingga kesemuanya jatuh ke lantai.

Isteri Atas Kertas  ( COMPLETED )    #Wattys2016Where stories live. Discover now