Bab 29

57.8K 1.5K 35
                                    

Dalam kereta, Aryssa hanya mendiamkan diri. Pandangannya menghadap ke tepi. Airmata ditahan daripada mengalir. Tengku Fariesha yang memandu kereta itu mengerling sekilas ke arah Aryssa.

" akak. Nanti besok pagi akak nak Fariesha ambil akak pukul berapa ? " tegur Tengku Fariesha untuk memecahkan suasana kesunyian dalam kereta.

" mungkin akak tak dapat balik sana besok " . Dahi Tengku Fariesha berkerut.

" tapi besok kan mummy ...... " katanya dipotong oleh Aryssa

" kan akak bagitahu tadi. Akak nak tenangkan fikiran. Akak tak sanggup nak tengok abang Farish besok " suara Aryssa perlahan.

" besok kalau mummy tanya Fariesha tolong bagi alasan apa sahaja ye ? Yang munasabah . " sambung Aryssa lagi

Tengku Fariesha hanya mengangguk. Perlahan. Keluhan dilepaskan. Dia pun tidak mahu memaksa.

Setelah tiba dihadapan rumah abang dan kakak iparnya, Tengku Fariesha memberhentikan keretanya. Aryssa yang berada ditepi membuka (?) seatbelt . Beg di seat belakang dicapai setelah itu dia memandang ke arah Tengku Fariesha.

" terima kasih Fariesha sebab tolong hantarkan akak. Akak rasa banyak menyusahkan Fariesha. Akak minta maaf kalau akak ada sakitkan hati Fariesha atau sebaliknya. " suara Aryssa. Kedengaran sayu sahaja.

" akak.. apa akak cakap ni ? Fariesha tak rasa akak menyusahkan bahkan Fariesha dah anggap akak macam akak kandung Fariesha sendiri. Please jangan cakap macam tu lagi akak. "

Matanya berair. Aryssa menitis airmatanya. Perlahan-lahan dia memeluk tubuh adik iparnya itu. Pelukkan dieratkan lagi. Setelah itu dirungkai semula dan pipi yang basah dek airmata diseka.

Dia keluar dari perut kereta dan sebelum masuk ke rumah, sempat dia menoleh ke Tengku Fariesha. Bibirnya mengukir senyuman. Mungkin senyuman terakhirnya buat Tengku Fariesha.

Kaki diatur memasuki rumah dan setelah Aryssa masuk ke dalam rumah. Tengku Fariesha menekan pedal minyaknya lalu kereta meluncur meninggalkan kawasan rumah itu.




Aryssa mendaki tangga perlahan-lahan. Biliknya dan Tengku Farish dia masuk. Kaki melangkah menghampiri katil lalu dilabuhkan punggung dibirai katil itu. Katil inilah tempat dia dan Tengku Farish tidur dan sebaliknya. Gambar perkahwinannya dengan Tengku Farish yang berada di meja lampu membuatkan dia bangun dan menghampiri ke arah meja itu. bingkai gambar itu dicapai. Jari jemarinya menyentuh gambar perkahwinan nya. Setitis dua airmata jatuh mengenai bingkai itu. Dibawa ke dadanya. Bingkai gambar perkahwinan diletakkan semula.

Aryssa mengambil satu kertas dan pen di dalam laci lampu meja. Tanganya ligat (?) menulis sesuatu di atas kertas itu. Habis sahaja, cincin yang tersarung di jari manisnya ditanggalkan dan diletak atas kertas tadi. Dia menghampiri almari dan kesemua pakaiannya dimasukkan ke dalam beg. Selesai sahaja memasukkan kesemua barang miliknya ke dalam beg, Aryssa mengatur langkah keluar dari bilik pula. Menuruni tangga dan berlalu keluar dari rumah itu. Phone nya dikeluarkan dan didail nombor seseorang.

" assalamualaikum, Airish. Ada apa awak call saya ni ? " soal Razriq dalam gegendang phone (?).

" waalailumussalam. Razriq, awak free tak sekarang ? "

" saya free je sekarang ni. Kenapa ye Airish "

" ohh tak... saya ingat nak minta tolong awak. Minta tolong awak datang rumah saya dan nak minta tolong awak hantarkan saya dekat station bas. "

" ohh okayy. Tunggu dalam berapa minit lagi saya sampai ye . Assalamualaikum "

" waalaikumussalam " panggilan ditamatkan.



Isteri Atas Kertas  ( COMPLETED )    #Wattys2016Where stories live. Discover now