Bab 14

79.6K 2.2K 44
                                    

Masuk sahaja di dalam rumah,Tengku Fariesha dan Aryssa ditegur oleh Tengku Maria. Mata Tengku Maria seperti mencari seseorang. Siapa lagi kalau bukan Tengku Farish. Aryssa hanya diam dan Tengku Fariesha tahu yang kakak iparnya memendam rasa. Mana tidak nya. Nampak suami sendiri dengan perempuan lain. Kalau dia sekali pun dia macam situasi Aryssa sekarang ini

" Ehh. Bukan korang pergi dengan abang Farish sekali ke ? Mana Farish " tanyaan Tengku Maria membuatkan Aryssa hanya diam membisu. Dan dengan meminta izin Tengku Maria, Aryssa mendaki tangga untuk ke atas. Dia tidak mahu Tengku Maria fikir bukan-bukan tentangnya.

Berkerut dahi Tengku Maria melihat menantunya itu. Apa yang tidak kena pada Aryssa. Hatinya dapat merasakan sesuatu tidak kena berlaku. Tengku Fariesha yang masih berada disitu membuatkan dia ingin menyoal kenapa dengan menantunya itu

" Riesha, kenapa dengan akak Aryssa tu ? Kenapa mummy tengok macam sedih semacam je. Ha, yang abang kamu mana pula ? " soal Tengku Maria dan Tengku Fariesha melepaskan keluhan berat. Nak bagitau ke tak ? Kalau tak bagitau nanti lama-lama mummy tau juga. Ah bagitau jelah.

" mummy, kak Aryssa sedih sebab tadi abang..... abang... " jawabnya tergantung. Tengku Maria yang daripada mood elok terus bertukar marah. Dia paling tidak suka orang jenis cakap tergantung-gantung. tak jenis straight to the poin.

" abang apa Riesha ?! Bagitahu mummy !! Fariesha tahu kan jenis mummy ni tak suka orang kalau cakap ayat tergantung ?! You know that right ? " . terang Tengku Maria dengan suara di tinggikan sedikit

" abang..... kak Aryssa jadi macam tu sebab tadi kitorang masuk butik baju kejap. nak beli. Kitorang fikir abang ikut kitorang kat belakang. Tengok-tengok dia takda pastu Fariesha dengan kak Aryssa cari lah abang. Tengah cari abang tup-tup kak Aryssa nampak abang dengan kak Aeryn. Mummy tahu tak Fariesha tak boleh dengan betina gatal tu. Menyampah lah Fariesha dengan dia. Tak boleh ke kalau tak kacau abang and dia dah tahu kan abang dah kahwin. But why dia masih nak kacau abang " terang Tengku Fariesha dengan panjangnya.

Tengku Maria pun terkejut bila dengar terangan anaknya itu sebab kenapa menantunya tiba-tiba muka keruh semacam je. Dia harus bercakap dengan Tengku Farish. Kalau boleh dia tidak mahu Tengku Farish ada lagi hubungan dengan Aeryn.

" Assalamualaikum "

Kedengaran orang memberi salam membuatkan Tengku Fariesha dan Tengku Maria menoleh ke arah empunya suara. Tengku Farish yang baru sahaja balik itu dipandang oleh Tengku Maria. Tengku Farish menghampiri mummy dan adiknya. Tengku Fariesha membuat muka menyampah. Sakit hati dengan abangnya semasa di mall tidak habis lagi. Tanpa dipinta kakinya terus mandaki tangga dan meninggalkan Tengku Maria dan Tengku Farish berduaan

" Farish, mummy ada nak cakap sikit dengan Farish. " Tengku Maria melangkah ke arah sofa lalu punggungnya dilabuhkan ke sofa itu. Tengku Farish mengeluh lemah. Perlahan-lahan dia mengambil tempat ditepi mummynya.

" apa dia mummy ? " tanya Tengku Farish

" mummy nak tanya dengan Farish. Farish ada hubungan lagi ke dengan Aeryn ? ". Tengku Farish terdiam. Soalan Tengku Maria itu begitu susah hendak dijawab

" Farish ! Mummy tanya ni. Kamu ada apa-apa lagi hubungan dengan Aeryn ?! " kesabaran Tengku Maria sudah menipis. Geram dengan anaknya seorang ini

" mummy. I'm sorry ". Tengku Farish menundukkan kepalanya. Dia keliru dengan hatinya sendiri. Dia sayangkan Aeryn tapi dia juga mencintai dan menyanyangi Aryssa. Kepalanya serabut. Dia juga takut untuk kehilangan Aeryn sekali lagi dan dia juga takut bila kehilangan Aryssa. Dia buntu.

" Farish. Farish tahu tak kalau Farish masih ada hubungan dengan Aeryn apa perasaan Aryssa nanti. Pernah tak Farish fikir pasal perasaan Aryssa ? Pernah ? Farish ingat mummy tak tahu ke selama ni Farish hanya berpura-pura bahagia bersama Aryssa tetapi hakikatnya tidak. Farish masih lagi ada hubungan dengan Aeryn kan ? Sudah lah Farish. Mummy kahwin kan Farish dengan Aryssa sebab mummy tahu dia yang mampu membuatkan Farish bahagia. Tapi sayang. Mummy rasa menyesal sebab kahwin kan kamu dengan Aryssa seorang yang baik. Terpulang pada Farish. Sama ada Farish pilih Aryssa atau Aeryn. Pilih betul-betul jangan kemudian hari baru menyesal takda guna dah. Dah lah mummy nak naik atas " Tengku Maria mengangkat punggungnya dari sofa dan berlalu naik ke atas. Biarlah anaknya itu memilih sendiri yang mana patutnya dipilih sebenar-benarnya. Tengku Farish pun sudah besar. Jadi tahu lah dia mana yang terbaik untuk masa depannya.







***********************************







Aryssa termenung di beranda. Airmata menitis satu persatu. Dia tahu dia tidak sepatutnya menangis disebabkan Tengku Farish. Kerana bagi lelaki itu dia hanya sekadar isteri di atas kertas dan akan diceraikan bila tiba masanya nanti. Tapi semakin lama perasaan sayang dan cinta pada Tengku Farish muncul. Baginya Tengku Farish lah cinta pertamanya dan kalau boleh biarlah lelaki itu cinta pertama dan terakhir. Pintu dikuak Tengku Farish tidak menyedarkan Aryssa yang masih di beranda.

Tengku Farish menghampiri Aryssa dan saat dia benar-benar dibelakang gadis itu. Entah mengapa rasa bersalah menyelubungi hati. Keluhan dilepaskan.

" Aryssa "

Airmata dipipi Aryssa seka. Badannya dipusing ke belakang dan kakinya ingin beredar. Tidak sanggup rasanya hendak berhadapan dengan lelaki itu. Tidak sampai beberapa tapak dia melangkah, tangan Tengku Farish memegang pergelangan Aryysa dan badan gadis itu dipusing oleh Tengku Farish untuk menghadap lelaki itu. Aryssa menunduk. Tengku Farish perasan hidung dan mata Aryssa merah. Baru lepas menangis.

" Aryssa. I'm sorry "

Tiga perkataan meluncur keluar dari mulut Tengku Farish itu sudah membuatkan Aryssa mengalirkan airmatanya sekali lagi.

" takpa, awak tak salah. Saya yang patut minta maaf sebab terlalu cemburu. Sepatutnya saya sedar. Yang saya ni hanya isteri di atas kertas. Sepatutnya saya tak ada hak ada perasaan cemburu dan terasa hati. Saya minta maaf jika selama ini sebenarnya saya mula sayangkan awak dan cintakan awak. Hakikatnya saya tahu awak takkan balas balik dua perkataan itu sebab bagi awak awak hanya aggap saya isteri atas kertas je. Saya minta maaf sekali lagi " terang Aryssa panjang dan kepala masih menunduk. Semakin deras airmata mengalir.

Tanpa dipinta, tangan Tengku Farish memegang pipi Aryssa yang basah dek airmata. Ibu jari Tengku Farish menyeka sisa-sisa airmata yang masih berada dipipi gadis itu. Wajahnya didekatkan pada wajah Aryssa dan bibirnya terus mengucup bibir Aryssa lama sambil mata dipejam. Aryssa terkejut. Kucupan Tengku Farish itu membuatkan dia perlahan-lahan memejamkan matanya. Tautan bibir itu membuatkan mereka berdua terbuai. Setelah udara masing-masing kehabisan * apakah 😂😂😂 * Tengku Farish menjauhkan bibirnya semula daripada Aryssa. Rambut yang menutupi sedikit wajah gadis itu diselitkan di celah telinga dan setelah itu tubuh Aryssa dibawa ke dalam pelukkannya.

" I love you. " bisik Tengku Farish ditelinga  Aryssa yang masih didalam pelukkannya. sekali lagi airmata Aryssa mengalir. Airmata bahagia mungkin. Kedua belah tangan gadis itu perlahan-lahan memeluk pinggang Tengku Farish untuk mengeratkan lagi pelukkan. Terasa kepalanya diusap lembut. Ya Allah, aku berharap yang dia lah cinta ku yang pertama dan terakhir Amin.... doa Aryssa didalam hati.

' Ya Allah, kau bukakanlah pintu hati ku untuk menerima dia Ya Allah. Semoga perkahwinan kami akan kekal hingga ke Jannah. Amin.... ' dia Tengku Farish pula di dalam hati lalu kepala Aryssa dikucup.

Isteri Atas Kertas  ( COMPLETED )    #Wattys2016Where stories live. Discover now