Bab 15

80.2K 1.9K 26
                                    

Aeryn menghempaskan badan ke sofa. Kata-kata Farish semasa mereka keluar sebentar tadi membuatkan dia risau. Risau jika lelaki itu benar-benar sudah mulai jatuh cinta sama Aryssa. Rambutnya yang tersusun rapi dikusutkan. Perasaan geram, marah semua bercampur baur. Bibir diketap.

flashback.....

" you. Why muka you monyok je ni ? Hmm ? What happen sayang. Bagilah tahu I, mana tahu I boleh bantu you " soal Aeryn. Dia perasan sejak Aryssa dan Tengku Fariesha sudah pulang muka Tengku Farish seakan monyok dan kurang bercakap. Sepatah dia tanya sepatah sahaja lelaki itu menjawab. Selalunya Tengku Farish lah yang paling banyak cakap bila bersama. Tetapi kali ini tidak pula.

" Farish !!!! " jerit Aeryn perlahan. Geram dengan Tengku Farish yang masih berdiam sahaja

" ye Aryssa. Eh... I..I mean Aeryn ". Tengku Farish mengetap bibir. Aduhh macam mana boleh tersasul nama Aryssa pula.

Mata Aeryn membulat dan mukanya menahan marah. Tangannya yang berada dibawah meja digenggam kuat.

" sayang , jangan you cakap yang you dah sukakan bini you tu ! " mata Aeryn mencerlung tajam menikam anak mata Tengku Farish

Tengku Farish mengeluh lemah.mukanya diraup beberapa kali.

" Aeryn. Okay-okay I jujur. Yes and yes.... I dah mula jatuh cinta sama bini I. I... I.... entah lah. I dah cuba untuk takda muncul perasaan itu tapi... "

" ENOUGH !!!!!! Farish !!! Apa you cakap ? You dah fall in love sama you punya bini tu ?! How dare you Farish !!! Huh ?!! You tahu tak I sayangkan you dan cintakan you but now ?!! You cakap you dah jatuh cinta sama dia ?!! Hahahaa so funny. You sendiri cakap dekat I yang you anggap dia sekadar isteri di atas kertas !! Dah lah I nak balik !!! Hilang mood I nak makan dengan you !!!! " diangkat punggungnya dari kerusi dan berlalu keluar dari restoran mewah itu. Sakit hati. ' aku bersumpah yang kau takkan bahagia perempuan!! Aku akan pastikan Farish jadi milik aku walau macamana sekali pun ' bisik hati Aeryn.

End flashback....



"ARGHHHHHHHH!!!!!! " segala barang-barang di atas meja kopi ditepis sehingga jatuh ke lantai.

" AKU AKAN PASTIKAN KORANG TAKKAN BAHAGIA DAN AKU AKAN RAMPAS FARISH BALIK. FARISH MILIK AKU. HANYA MILIK AKU !!!!! " pekik Aeryn.

Jessica yang serumah dengan Aeryn dan baru balik itu terus melulu ke arah Aeryn yang sudah serupa macam orang gila dah kalau dilihat. Rambut gadis itu sudah serabai. Mata Jessica memandang ke arah barang-barang yang  berteraburan di lantai

" Heyy beb. What happen mahh.. asal you teruk macam ini Aeryn " risau pula Jessica lihat keadaan Aeryn macam tidak terurus dan serabut

" TAK GUNA PUNYA JANTAN !!! AKU AKAN BUAT SAMPAI KAU BENCIKAN BINI KAU !!! " jerit Aeryn lagi.

" Hey hey. Aeryn !! What's wrong with you ? Who is he ?! Siapa buat kau sampai begini Aeryn ?! ". Bahu Aeryn diusap lembut dan dibawa Aeryn ke dalam pelukkan.

" Jessica.... aku benci Farish!!! Benci!!!! ". Jessica yang sedang memeluknya dibiarkan. Dia tahu Jessica sahajalah selalu ada masa dia dalam kesedihan, susah dan senang.

" why Farish ? , dia buat apa sama you baby ? " soal Jessica dan rambut Aeryn dibelai. Jessica sudah menganggap Aeryn macam adik dia sendiri. Keluarga Jessica ialah cina mualaf. Keluarga Aeryn dan Jessica sahabat baik dan sebab itulah bila kedua orang tua mereka berdua pergi selamanya disebabkan satu tragedi, Jessica dan Aeryn membawa diri bersama semasa mereka umur 17 tahun. Dan perangai dorang pun terus berubah selepas itu. Jadi jenis kaki sosial dan sebagainya.

" Farish dah kahwin.... " tak sempat Aeryn menceritakan Jessica sudah memotong

" OMG baby !!!!! Betul ke Farish dah kahwin ?!! But bila ?!! "

" Ehh Jess !! Kau boleh tak jangan potong bila aku nak cakap ?! " marah Aeryn dan Jessica terus terdiam. Dalam beberapa saat Jessica tersengih.

" hehehehe sorry meh ". Aeryn menjeling tajam ke arah Jessica.

" but bila si Farish tu kahwin ? You tak bagitahu I pun "

" dah lama lah. Aku dah tahu lama but malas nak kecoh ngok "

" ohhh i see.... eh wait, jangan cakap yang you pergi ke Korea sebab tahu itu Farish sudah kahwin " kata Jessica lagi dan bibirnya mengukir senyuman sinis. Jangan nak tipu dia lah si Aeryn ni. Dia kenal sangat muka Aeryn tipu dengan tak tipu macam mana

" yes, memang aku pergi Korea tu sebab Farish. Sebab aku tahu dia nak kahwin  dengan pilihan mummy dia. Kau tau tak, dia sendiri cakap dengan aku yang dia tak suka bini dia tu but now ? Kitorang keluar dua tadi dia cakap dia dah mula sukakan wife dia. Kau tahu kan aku sayangkan Farish. Aku akan pastikan dorang takkan bahagia. Aku nak buat sampai dorang berpisah. Jess, boleh kan kau tolong aku plan untuk buatkan Farish dan wife dia berpisah "

Jessica terdiam. Permintaan Aeryn terlalu berat untuk dia berfikir. Sejahat-jahat kaki sosial Jessica pun, dia juga tidak pernah sampai memusnahkan rumah tangga orang. Dia buntu. Kalau cakap tidak mahu menolong nanti apa pula Aeryn cakap. Kalau tolong rasa bersalah kerana merosakkan rumah tangga orang.

" Err Aeryn, I think I can't help you. Sorry " jawabnya jujur dan Aeryn tercengang

" what ?! Are you seriously Jess ?! Mana kata-kata you yang dahulu bila I ada masalah you nak bantu I. Mana ?! " tengking Aeryn. Tahap marahnya memuncak.

" Aeryn. I tak boleh bantu kalau bab nak merosakkan rumah tangga orang. I think better you lupakan Farish. Maybe jodoh dia sama wife dia. Ya I know, mesti you pelik sama I kan sebab tiba-tiba I baik semacam. Aeryn, sejahat-jahat I pun I takkan merosakkan rumah tangga orang. "

" Sudah Jess !!! Takpa kalau kau taknak bantu aku. Aku boleh buat sendiri lah tanpa bantuan kau !!! " Aeryn terus bangkit dari sofa dan masuk ke dalam biliknya.Pintu dihempas kuat.Jessica hanya melihatnya melalui ekor mata lalu kepala digeleng.

Aeryn duduk di atas katil. Dia harus memikir sesuatu untuk buat Farish dan Aryssa berpisah. Beberapa minit kemudian ideanya muncul. Pantas Iphone 6 miliknya dikeluarkan dari beg galas. Di cari nombor seseorang. Butang call ditekan

Dalam beberapa saat panggilannya dijawab

" hello honey.... why you call me ? Rindu I ke ? " jawab si pemanggil.

Aeryn mencebik dan.bebola matanya dinaikkan ke atas.

" eh tak payah nak honey-honey sangat lah. Ni aku nak kau bantu aku . Ada kerja untuk kau "

" boleh je honey apa yang kerja you nak suruh I buat I boleh buat. But..... macam biasalah upah I. Upah I bukan duit but.. macam biasa. " putung rokok yang tinggal separuh itu dibuang ke dalam bekas abu rokok.

" kau ni tak habis-habis kan ?! Yela-yela nanti aku kasi upah macam biasa. Yang penting kerja kau lakukan tu berjaya "

" no problem honey, besok pagi kita jumpa tempat biasa okay. Love you muahhh "

Setelah panggilan ditamatkan. Aeryn tersenyum. Tak lama mana pun nanti. Pasti hubungan Farish dan Aryssa menjadi keruh. Nasiblah ada mamat seorang ini.dapat membantunya. Badannya direbah ke katil. Tenang dirasakan saat ini

" Aryssa Aryssa..... tak sabar aku nak tengok korang berpisah dan aku akan ambil Farish semula hahahahahhaa "

























Boring boring boring. Ye saya tahu bab ni boring. So pada siapa nak tahu siapakah lelaki yang Aeryn call tu tunggu bab seterusnya. Okay ? 😄👌. Sorry again bab ni boring.

Isteri Atas Kertas  ( COMPLETED )    #Wattys2016Where stories live. Discover now