Bab 40

65.5K 1.4K 32
                                    

Tengku Farish berlari anak ke arah tempat bayar di grocery. Dompetnya di dalam kocek seluar jeans dikeluarkan. Beberapa keping not RM 50 dihulurkan pada pekerja cashier. Tengku Fariesha dan Khayzrul Kim pula membawa beg-beg plastik yang dipenuhi dengan barang yang dibeli dan berlalu pergi dari situ. Sedang mereka berjalan, tiba-tiba Tengku Farish terasa ingin ke toilet itu memberitahu Khayzrul Kim dan Tengku Fariesha.

" weii Khazrul, aku nak pergi toilet kejap. " kata Tengku Farish pada lelaki itu.muka Khayzrul Kim berkerut. Aiii !! Ni dah 2 kali pergi toilet ni.

" kau ni asal doo ? Dah 2 kali kau pergi toilet. Dah kenapa kau ni ? " soal Khayzrul Kim pada Tengku Farish. Pelik betul. Sakit perut ke dia ni.

" aku... aku sakit perut beb. Tak tau makan apa sampai sakit perut ni. Haduhmakkk aku pergi dulu tak tahan nii " suara Tengku Farish dan terus berlari meninggalkan kedua orang itu.

Mulut Tengku Fariesha sudah ternganga melihat abangnya berlari bukan main laju lagi. Khayzrul Kim yang berada ditepi memandangnya tidak dia sedar. Terasa ada satu tangan yang menolak dagunya supaya tutup mulut membuatkan Tengku Fariesha menoleh ke arah Khayzrul Kim.

" tutup mulut tu. Masuk dek lalat susah pula abang Khayzrul nanti " . Mata Tengku Fariesha masih memandang ke arah lelaki itu.

Dan saat Khayzrul Kim menoleh kearahnya mata mereka bertentangan. Terukir senyuman dibibir merah milik Khayzrul Kim. hati Tengku Fariesha jadi tak keruan. Lututnya terasa lembik disebabkan lihat senyuman lelaki itu. Ya Allah... comelnyaaaa.... bisik hatinya.

" dah jom kita duduk dekat mana-mana dulu sementara tunggu abang Farish ke toilet " kata Khayzrul Kim manakala Tengku Fariesha hanya mengangguk. Mereka berdua berlalu ke arah satu tempat yang terdapat kerusi panjang * ala susah nak explain 😂 * punggung dilabuhkan ke kerusi itu dan berborak kosong sambil menunggu Tengku Farish.



Aryssa yang ralit melihat baju baby diperhati. Entah mengapa rasa bahagia bila dilihat gadis itu bukan main seronok memilih baju-baju baby. Alangkah bahagia lagi kalau Aryssa isterinya. Tapi sayang... Aryssa sudah menjadi milik orang lain. Perasaan pada gadis itu pun dia cuba buang dan menganggap sekadar kawan.

" Razriq, okay tak baju ni ? ". Tanyaan Aryssa tidak dijawab.

Arysaa memandang ke arah Razriq. Hujung baju lelaki itu dipegang dan membuatkan Razriq terus tersedar dari lamunannya.

" Razriq okay ? " soal Aryssa risau dan lelaki itu hanya mengangguk

" Razriq okay. Err.. Airish, Razriq nak pergi toilet kejap eh. Aryssa boleh kan duduk sini sesorang kejap "

" boleh je. Razriq jangan risau lah ". Lelaki itu hanya tersenyum dan terus melangkah keluar dari butik baby itu. Aryssa hanya memerhati kelibat Razriq yang semakin hilang. Kepala digeleng perlahan. Razriq.... Razriq... . Fikirannya tiba-tiba teringat semula akan pelanggaran dia dengan seseorang tadi. Hatinya dipagut rasa sebak. Tengku Farish... Ya Allah terlalu rindu dia pada suaminya tidak terkata. Airmata ditahan.

Baru sahaja Razriq ingin melangkah masuk ke dalam toilet tiba-tiba dia terlanggar seorang lelaki dan dompet yang dipegangan lelaki itu jatuh ke lantai.

" ehh maaf bro aku tak sengaja terlanggar " kata Razriq pada lelaki itu dan dompet milik lelaki itu yang terjatuh ke lantai dia ambil.

Saat tangannya baru hendak memegang dompet itu tiba-tiba matanya tertancap pada satu gambar kecil yang berada di dompet lelaki itu yang terbuka. Otaknya cuba berfungsi dengan sebaiknya dan.... terus airmatanya bertakung dikelopak mata. Orang yang paling dia rindu bertahun-tahun lamanya. orang yang membuatkan kakaknya menangis saban hari dahulu. dengan tangan terketar-ketar dia mengambil juga dompet itu dan diserahkan pada lelaki dihadapannya. Dipandang lama wajah lelaki itu.

Isteri Atas Kertas  ( COMPLETED )    #Wattys2016Where stories live. Discover now