Special Bab (iii)

42.8K 974 10
                                    

Pejam celik pejam celik tanpa disedari sudah seminggu dan hari ini pula ialah hari yang amat mendebarkan bagi Tengku Fariesha. Entah mengapa terasa seram sejuk sahaja tubuhnya kala ini. Tangannya terasa dingin. Kedengaran pintu bilik diketuk seseorang membuatkan Tengku Fariesha menoleh . Dapat dilihat Aryssa dan Tengku Maria tersenyum . Perlahan kedua wanita itu menghampiri Tengku Fariesha.

" lawanyaa anak mummy ni... Dah nak jadi isteri orang dah... " tangannya perlahan mengusap kepala Tengku Fariesha yang dilindungi dengan shawl berwarna putih bersih itu . Airmata  mula bergenang ditubir mata.

" okay dah siap. Cuba awak tengok  cermin. Awak ni lawa tahu tak walaupun saya makeup tipis je. Kulit awak dah putih so saya tak galakkan makeup tebal-tebal. See awak tengok lah sendiri. " suara juru solek yang baru selesai menyolek Tengku Fariesha.

Tengku Fariesha menarik nafas panjang dan setelah itu dihembus perlahan. Matanya yang terpejam itu dibuka perlahan-lahan. Dapat dilihat  dirinya dari pantulan cermin. Lain benar penampilannya hari ini berbanding hari sebelumnya. Terasa tangan seseorang menggengam tangannya. Dia tahu itu Aryssa kakak iparnya.

" Aryssa bertenang ya ? Akak tahu perasaan Fariesha macam mana sekarang sebab akak pun pernah alaminya masa kahwin dengan abang Farish dulu. Tenang okay ? " Aryssa cuba menenangkan adik iparnya itu. Tengku Fariesha hanya tersenyum hambar. Ahh degupan jantungnya memang berdegup laju. Tak terkata. Selang beberapa minit muncul pula Tengku Hayati atau MakSu Yati di dalam bilik itu.

" Fariesha, dah siap semua dah ? " soalnya dan yang lain hanya mengangguk.

" kalau macam tu jom turun bawah pengantin lelaki dah sampai " sambung MakSu Yati lagi. Degupan jantung yang sudah stabil terus kembali laju.

Tanpa melengah lagi mereka terus keluar dari bilik . Dalam Tengku Fariesha menuruni tangga, Khayzrul Kim, Tengku Farish dan lain-lain yang berada di ruang tamu memandang ke arahnya. Terasa membahang muka Tengku Fariesha bila dilihat ramai memandang ke arahnya. Perlahan dia menghampiri ahli keluarga yang berada dibelakang pengantin lelaki dan duduk bersimpuh.

" okay boleh kita mulakan sekarang ? " soal Tok Kadi dan Khayzrul Kim hanya menganguk. Debaran semakin terasa. Tangannya berjabat dengan Tok Kadi.

" Khayzrul Kim bin Adam Kim "

" saya "

" aku nikahkan dikau dengan Tengku Fariesha Rafiana binti Tengku Fahmi dengan mas kahwinnya sebanyak RM1000 tunai.... "

" aku terima nikahnya Tengku Fariesha Rafiana binti Tengku Fahmi dengan mas kahwin sebanyak RM1000 tunai... "

" sah ? " soal Tok Kadi pada saksi

" sah "

" alhamdulillah "

Airmata yang ditahan mengalir membasahi pipi. Senyuman terukir dibibir Tengku Fariesha. Terasa tubuhnya dipeluk oleh Puan Nadia iaitu ibu kepada Khayzrul dan Tengku Maria juga turut memeluk anaknya itu.

" beri laluan pengantin lelaki nak lalu " suara Tengku Farish .

Khayzrul Kim melutut dihadapan Tengku Fariesha sambil menghulur tangannya. Setelah hulurannya bersambut, cincin mas putih bertahtakan berlian disarungkan ke jari manis Tengku Fariesha dan bibirnya terus singgah ke dahi isterinya itu. Tengku Fariesha memejam matanya rapat. Dapat dirasakan kehangatan ciuman Khayzrul Kim atau suaminya sendiri di dahinya.Selepas ciuman dilepaskan, giliran Tengku Fariesha pula mengucup tangan suaminya. Kepala diangkat semula dan dapat dilihat bibir Khayzrul kim tersenyum dan mata dikenyitkan. Malu.. wajah Tengku Fariesha mula memerah.









Isteri Atas Kertas  ( COMPLETED )    #Wattys2016Where stories live. Discover now