Bab 34

56.6K 1.3K 5
                                    

Ketibaan Razriq dan Aryssa di Lapangan Terbang di Langkawi disambut oleh seorang wanita yang berbaju jubah dan digayakan dengan shawl yang berwarna lembut. Razriq perasan akan wanita itu terus melangkah ke arah wanita itu dan Aryssa dibelakang hanya mengekorinya. Kening Aryssa bertaut. Siapakah gelaran wanita yang seakan wajahnya dalam umur 30-an. Bisik hati Aryssa.

Razriq menyalam lalu dicium tangan wanita itu setelah itu dia memeluk tubuh wanita itu. Erat. Aryssa diam dan hanya melihat sahaja.

" Ya Allah besar dah adik akak ni rupanya. Tak sangka masa berlalu dengan pantas. Dari pendek sekarang dah tinggi dah haaa... " kata wanita itu pada Razriq.

Adik ? Akak ? Razriq ada kakak ke ? Tak pernah pula seumur hidup dia kenal Razriq tahu yang lelaki itu mempunyai kakak. Mata wanita itu tertumpu pada Aryssa yang seperti mengelamun.

" adik. Taknak kenalkan akak dengan yang dekat sebelah adik ke ? Comel je haa akak nengoknya. "

Aryssa tersentak dari lamunan bila dengar kata-kata wanita yang berada dihadapannya dan Razriq. Pandangannya dihala ke arah Razriq disisinya.

" oh lupa pula kak. Ha, ni Airish kawan adik masa tingkatan 5. Airish ni pula kakak Razriq nama Intan Rafiqah "

Aryssa tersenyum sedikit. Malu. Haishh macam mana dia boleh tak tahu yang wanita ini kakak Razriq. Salah Razriq lah kan sebab tak pernah bagitahu yang lelaki tu ada kakak. Hmm nasiblah....

" eh, jom.lama-lama pula kat sini. Kesian Abang Aiman kamu tunggu dalam kereta dengan si Maya " kata Kak Intan. Aryssa dan Razriq hanya mengangguk lalu mereka bertiga berlalu keluar dari situ.

Sampai sahaja dihadapan sebuah kereta Honda Accord, Razriq dan Aryssa memaukkan beg luggage ke dalam bonet. Setelah itu mereka berdua memboloskan diri di tempat belakang kereta manakala Kak Intan pula ditepi tempat pemandu. Anak kecil di dukungan Abang Aiman diambil. Aryssa memandang ke arah anak kecil yang bernama Maya. Anak Kak Intan. Sesekali diagah budak itu sehingga Maya tersengih menampakkan dua batang gigi atas dan bawah.

Razriq yang berada ditepi Aryssa hanya memerhati gelagat Aryssa yang sedang mengagah Maya. Senyuman terukir dibibirnya. Aryssa tidak sedar yang dia diperhati oleh Razriq. Ralit mengagah anak kecil itu sampai tak sedar dah.

" akak. Maya berapa tahun kak ? " soal Razriq pada Kak Intan

" baru masuk setahun Maya ni adik " balas Kak Intan

Maya meggepakan kedua tangannya ke arah Aryssa . mahu ke Aryssa.

" bba bba bba " kedengaran suara abak kecil itu. Alaa budak-budak en. Mana pandai cakap lagi.

" eh. Anak ibu nak pergi dekat kakak Airish ke ? ". suara Kak Intan. Diluhat anaknya memandang ke arah Aryssa sambil tangannya digepakan.

" bba bba bba "

semua di dalam kereta tertawa dengar suara anak kecil itu bersuara. Rasa geli hati pula. Hanya perkataan ' Bba bba bba ' je yang keluar dari mulut comelnya.

Kak Intan memberi Maya kepada Aryssa dan Aryssa menyambutnya. Maya di dudukan atas ribanya tapi kanak kecil itu tidak mahu. Mahu berdiri. jari-jemari comel Maya menyentuh pipi Aryssa dan sesekali membuatkan Aryssa tertawa.

" dah ada ciri-ciri bakal ibu dah nii " bisik Razriq di telinga Aryssa. Gadis itu memaling ke arah Razriq. Mukanya merona merah.

" ishh ada-ada jelah Razriq ni " dia memaling semula wajahnya ke Maya.

" eleh... malu ke ? Jangan malu-malu lah hahaha " balas Razriq perlahan lalu tertawa kecil

Muka dah merah bertambah merah lagi lah bila Razriq bekata begitu. Ish saja je laki ni. Ada gak kena debik sebiji kang. Ngomel Aryssa dalam hati.

Isteri Atas Kertas  ( COMPLETED )    #Wattys2016Where stories live. Discover now