3026- Stockholm, Sweden.
Aku berjalan menyusuri lorong itu. Senyap. Sunyi. Sama seperti hati ni. Kenapa aku begitu terpukul dengan kata-kata Ryan Imran sebentar tadi. Esok tiket penerbangan aku untuk kembali pulang ke Malaysia.
Aku melangkah lemah untuk pulang kerumah yang aku sewa dua tahun lepas. Sudah dua tahun aku menetap di bumi Eropah ini. Sudah tiba masanya aku kembali ke tanah air.
Telefon bimbit aku sedari tadi berbunyi. Diminta untuk diangkat. Martin Theo. Apa lah yang dia ni nak. Tapi aku tidak berminat. Aku lebih berminat untuk menyendiri sekarang. Biarlah apa yang berlaku hari ni menjadi sejarah hitam sahaja dalam hidup aku. Jangan pernah kembali. Jangan pernah menjadi mimpi ngeri. Jangan.
***
"Kau expect apa Im dari aku? Masuk islam semula? Berharap semula pada tuhan tak guna tu. Lepas dia ambil semua daripada aku, kau fikir kau siapa untuk suruh aku kembali taat pada dia. What the fuck."
Aku menumbuk dinding dengan kuat. Aku terlalu geram dengan Ryan Imran ni. Sejak dia hadir disini dalam hidup aku, dia rosakkan semuanya. Mana aku tak geram.
"Kau nak salah kan takdir? Kau nak salahkan Allah sebab abah kau curang dengan mak kau? Kau nak salahkan Allah sebab tunang kau dan abang kau meninggal dunia? Kau nak salahkan Allah sebab aku kahwin dengan Kaiwa? Gitu?"
"Damnn!!!"
Aku menjerit sekuat hati aku. Bergema satu kelab malam itu. Semua mata tertancap pada kami yang sedang bertengkar bagai orang tak siuman.
Pangggg!!
Dia menampar pipi aku. Kuat. Aku terasa pedihnya. Tanpa aku sedar air mata aku tertumpah.Tak tahu disebabkan apa. Terlalu sedih atau terlalu marah. Ahhh fikiran aku berkecamuk sekarang.
"Kau lupa Qaula Tiara. Yang selama ni bagi kau kesenangan tu Allah. Yang bagi kau apa yang kau mahu, rezeki, harta, keluarga yang bahagia. Siapa? Jesus kau tu ke? Dulu kau tak macam ni Tiaa.."
Aku sekadar tertunduk. Menangis. Itu je yang aku mampu.
"Im not Qaula Tiara anymore. After all those shits happened on me, im not Qaula Tiara anymore Ryan Imran. You're not supposed to be here Imran. Just go and leave me alone. This is not your place. Goo!!"
Aku menumbuk dadanya menghalau dia keluar daripada kelab malam itu. Dia mencapai tangan aku dan menggenggamnya erat.
"This is not your place too, Qaula Tiara. Please Tiara, come with me. kita kembali balik pada jalan yang kau dah tersimpang."
Aku merentap tanganku daripada digenggam olehnya.
"Im not goinggg anywheree Ryan Imran. This is my place dan selamanya akan jadi tempat aku."
Akhirnya, Ryan Imran tertunduk kecewa.
"Qaula Tiara. Andai satu hari nanti kau perlukan aku, kau tau kan nak cari aku dekat mana? Aku tak akan benci kau Tiara, and ingat selagi aku masih hidup, aku akan tunggu kau."
Dia berpaling dan terus melangkah keluar daripada kelab malam itu berlalu pergi. Muzik yang dimainkan dengan rancak tidak langsung aku endahkan. Perasaan aku terlalu berserabut.
Aku juga berlari keluar daripada kelab malam itu memecah keheningan malam itu. Sungguh. Apa yang aku buat ni? Aku sendiri tak faham.
YOU ARE READING
Pelangi Untuk Qaula
RomanceQaula Tiara. Hidupnya ni umpama sudah jatuh ditimpa tangga. Bala demi bala menimpa. Mula mula lah tabah, lama lama kecundang. Biasalah, hati manusia mana yang mudah untuk tetap kental. Dia sering menyalahkan takdir dan akhirnya dia membuat keputusan...