Aku menunggu Reihan di Toiqaw Restaurant. Tempat ni lah tempat kita orang selalu lepak. Tak tau lah kenapa dekat restauran ni. Mungkin dekat anrara pejabat kami berdua. Lagipun aku suka makanan dekat sini. Sedap.
Tak lama kemudian aku nampak kelibat Reihan sedang memasuki restauran itu daripada tempat dudukku.
"Han lambat ke?"
"Tak, tia yang cepat."
"so siapa yang nak belanja ni?"
Soalannya buatkan aku memandangnya penuh dengan rasa meluat.
"Ye lah ye lah hari ni aku belanja. Aku dah dapat kerja kan. Bila lagi nak belanja abang kesayangan tia ni."
Selepas memesan makanan kami sambung kepada perbualan kami.
"Tia tak suka abah sekarang."
Aku memecah kesunyian antara kami.
"Han pun."
"Apa yang abah sorokkan dari kita ya sebenarnya?"
"Tu lah lupa pulak Han nak pergi tanya."
"Serius boleh tak?"
"Han tengah buat lawak ke?"
"Hishhh.."
"Han pun dah lama rasanya tak jumpa abah."
"Tia jumpa abah tadi. Dekat offcie Tia."
"Aik jauh merantau sampai office tia, dia buat apa dekat situ?"
"Entah. Dah banyak kali sebenarnya tia nampak dia datang office tu. First dulu masa interview tia ternampak dia pastu tia kejar dia dah hilang."
"Something weird somewhere, kan?"
"Yang Han tak tau kan..."
"Apa apa? Cerita pat?"
Baru je aku ingin membuka mulut makanan yang dipesan tiba. Pelayan itu meletakkan makanan diatas meja kami dan berlalu pergi.
Ternyata hidangan diatas meja itu langsung tidak menarik perhatian Reihan. Dia lebih tertarik pada cerita yang aku ingin sampaikan.
"Pagi tadi umi bergaduh dengan abah."
"Hah? Biar betul kau ni?"
Aku sekadar mengangguk dengan pertanyaannya.
"Dia orang gaduh apa je? Dia orang cakap apa je?"
"Biasalah marah sebab jarang balik, kalau balik pun lewat malam. Abah dah jarang ambil berat pasal kita."
"Kenapa lah dengan abah tu."
"Ada satu lagi rahsia yang sampai sekarang Tia tak beritahu sesiapa pun."
Reihan tidak memberi respon sebaliknya menunggu sambungan cerita aku.
"Kawan umi yang kerja satu office dengan abah ada hantar gambar abah dengan perempuan lain dekat pejabat dia."
"Hah? Mana kau tau ni?"
"Waffiy tunjuk dekat Tia semalam. Dia perasan gambar tu dekat handphone umi lepas tu dia send dekat handphone dia."
"Jangan cakap abah curang."
"Entahlah."
"Tau apa nama perempuan tu?"
"Kawan umi kata orang pejabat panggil dia Rai."
Reihan berfikir sejenak. Aku tau Reihan mesti fikir abah curang dengan umi. Tapi hati aku kuat mengatakan tidak. Hati aku kuat mengatakan abah curang dengan kami.
YOU ARE READING
Pelangi Untuk Qaula
RomanceQaula Tiara. Hidupnya ni umpama sudah jatuh ditimpa tangga. Bala demi bala menimpa. Mula mula lah tabah, lama lama kecundang. Biasalah, hati manusia mana yang mudah untuk tetap kental. Dia sering menyalahkan takdir dan akhirnya dia membuat keputusan...