Hadham melepaskan keluhan berat. Dia duduk di sofa ruang tamunya. Dia masih teringat kisah dua minggu lepas. Dimana Qaula masih lambat dan tidak datang semasa dia ingin bertolak pulang ke Johor Bahru.
Misscalled yang dia terima sejak dua minggu lepas satu pun tidak dibalas. Dia masih terasa dengan perbuatan Qaula yang seolah olah tidak mempedulikan dia lagi sejak Imran kembali.
Dia sedar Imran telah kembali semula kedalam hidupnya. Dia sengaja buat buat lupa tentang Imran. Nak sedapkan hati lah katakan.
Mesej terakhir dari Qaula mengatakan yang dia akan menetap dirumah aku malam ini. Hadham masih tidak membalas. Memandangkan Qaula baru sahaja habis peperiksaannya dan sudah tamat belajar, dia akan kembali pulang ke kampung halamannya.
Hadham tidak mahu menaruh harapan yang tinggi. Sakit bila dia memungkiri janjinya. Walaupun dia tahu Qaula bukan seorang yang memungkiri janji cuma sikapnya yang sering lewat itu sahaja kadang kadang buat Hadham tidak betah.
Hadham seorang yang sangat menjaga masanya. Agaknya itulah penyebab kenapa dia sering tidak sehaluan soal masa apabila dengan Qaula. Sepanjang mereka berkawan, tidak pernah sekalipun Qaula menepati masa. Ada sahaja alasannya.
Puan Wahiza menghampiri anaknya yang sedang mengelamun. Walaupun dia memandang ke arah televisyen tetapi Puan Wahiza tahu fikirannya melayang entah kemana. Puan Wahiza meletakkan coklat panas dihadapan anak kesayangannya dan kopi susu untuk dirinya sendiri.
"Anak mama ni betul ke nak masuk meminang Tiara tu? Kalau betul nanti mama telefon saudara mara kita untuk tolong buat persiapan." Puan Wahiza memandangnya dengan riak wajah penuh tanda tanya. Ye lah anaknya tu belum pun lagi habis belajar, sudah ada ingin berumah tangga pula.
Puan Wahiza kenal sungguh dengan Qaula Tiara sebab itu dia tidak kisah jika anaknya memilih perempuan itu. Yang menjadi masalahnya sekarang ni Puan Wahiza cukup takut akan apa yang terjadi kepada anak perempuannya.
Sebelum anak perempuannya Sofia Sorhana bernikah dengan suaminya Khairul Bahrin, dia pernah bertunang dahulu dengan orang lain dan akhirnya bekas tunangnya meninggalkannya dengan alasan belum bersedi memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.
Puani Wahiza takut anaknya akan meninggalkan Tiara satu hari nanti dengan alasan yang sama seperti bekas tunang kakaknya. Atau lebih menakutkan jika Tiara sendiri tidak bersedia untuk menikahi anaknya.
"Tengok dululah mama. Hari ni dia datang nak tidur dekat sini katanya, nak bincang pasal ni lah agaknya." Hadham mencapai coklat panas dihadapannya.
"Lahh tak cakap awal awal dia nak datang, kena kemas lah sikit bilik tamu tu. dia datang berapa orang?" Puan Wahiza mengambil remote televisyen untuk mengalihkan kesiaran lain.
"Entah. Nanti lah Am tanya." Hadham sekadar menjawab acuh tak acuh. Hadham sebenarnya malas hendak berbicara tentang Qaula tetapi dah ibunya tanya, terpaksa lah menjawab.
"Tanya sekarang lah. Mana mama nak masak nanti nak kemas bilik lagi andaikata dia datang dua tiga orang dua bilik tu kena kemas." Bebelan Puan Wahiza membuatkan Hadham tidak tahan. Dia segera mencapai handphonenya dan mendail nombor Qaula.
"Assalamualaikum.." Hadham memulakan perbualan dengan suara yang agak mendatar.
"Waalaikumsalam Am. Finally call pun balik. Ingat merajuk terus dah buang no phone aku." Aku sekadar bergurau dengannya dengan harapan rajuknya boleh sedikit demi sedikit surut.
"Tu lah aku terpaksa bukak balik buku diari aku nak mencari nombor handphone kau. Nasib baik ada kalau tak aku dah lupa agaknya perempuan secantik kau ni." Rajuk Hadham sebenarnya masih belum reda tapi biarlah. Hadham hanya berkelakuan biasa. Malas mahu memperbesarkan masalah dengan Qaula ni.
YOU ARE READING
Pelangi Untuk Qaula
RomanceQaula Tiara. Hidupnya ni umpama sudah jatuh ditimpa tangga. Bala demi bala menimpa. Mula mula lah tabah, lama lama kecundang. Biasalah, hati manusia mana yang mudah untuk tetap kental. Dia sering menyalahkan takdir dan akhirnya dia membuat keputusan...