Aku menunggu di dalam kereta. Hari ni masuk hari kedua. Aku tetap berada disini. Tak berganjak langsung. Mana tahu Reihan balik.
Aku keluar daripada perut kereta. Menuju masuk kembali kedalam lapangan terbang itu. Lengang. Jam menunjukkan pukul 1.00 pagi. Aku terpandangkan seseorang. Ada seseorang datang menghampiri aku.
Ryan Imran.
Dia tak keseorangan. Kaiwa ada bersama dia. Aku tidak lama memandang mereka. Mata aku terus tertancap pada papan jadual penerbangan untuk hari itu. Tak ada yang dari Sydney. Mana Reihan ni.
"Assalamualaikum Tia."
Kaiwa memberi salam menyapa aku.
"Waalaikumsalam."
Aku sekadar acuh tak acuh melihat mereka.
"Nak apa?"
Mereka terkejut melihatkan aku bertanya kasar pada mereka. Tapi aku tau mereka dah biasa. Bukan ni kali pertama mereka datang. Semalam mereka ada datang pujuk aku balik.
Aku tak nak balik.
Malas aku nak layan. Aku nak tunggu Reihan. Ada ke dia suruh aku balik. Bodoh!
"Tia..Jom lah balik. Umi Tia tak sihat tu."
"Esok aku balik lah. Malam ni aku nak tidur sini. Nanti kalau Reihan balik tak ada siapa nak jemput dia."
"Tia..tia kena terima. Reihan dah tinggalkan kita semua.."
Panggg!
Aku menampar pipi Kaiwa. Aku paling pantang orang kata Reihan dah mati. Suka hati je cakap Reihan dah mati. Dia balik lambat kan ada kerja.
Imran terkejut dengan tindakan aku. Kaiwa juga.
"Hei Tia jangan melampau tau."
Dia meninggikan suara pada aku.
"Kau tu jangan melampau. Aku dah cakap Reihan sibuk kan dia tak sempat nak balik. Cakap dia dah mati kenapa? Aku dengar lagi sekali aku bunuh kau."
"Cukuplah Tia. Aku dah penat tau. Kami semua dah penat melayan kau. Reihan dah tak ada. Dia dah pergi. Terima lah kenyataan Tia dia dah pergi."
"Berambus lahh. Aku tak nak dengar lah kau cakap apa apa. Reihan tak akan mungkir janji dia. Dia janji dia akan balik dan aku tau, dia akan balik!!"
"Dia tak akan balik Tia. Tolonglah terima."
"Dia akan balik. Dia bukan pengecut macam kau. Pura pura sukakan Kaiwa cintakan Kaiwa tapi hakikatnya satu dunia tau kau sayang pada aku. Kau gilakan aku."
Panggg!
Giliran Imran pula menampar pipi aku. Tidak semena mena air mata aku jatuh. Imran lempang aku?
Tak mungkin.
Aku memandang tajam kearahnya. Kaiwa sudah takut melihat kami. Dia memeluk Imran bagi meredakan amarah lelaki itu.
Air mata aku yang mengalir langsung tak memberi apa apa kesan pada aku tika itu. Ahhh.. Biar lah apa pun yang terjadi, aku tak akan berganjak.
"Jangan cakap sesuka hati Tia depan isteri aku."
"Aku cakap benda betul. Itu kan yang kau cakap pada Hadham? Sebab tu dia hampir ubah fikiran untuk dia nikah dengan aku."
Aku terdiam seketika. Memikirkan ayat apa lagi yang mahu aku luahkan pada dia.
"Hei Kaiwa. Kau tau kenapa dia pilih kau? Sebab dia tak boleh pilih aku. Sebab bapak dia ni suami mak aku. Sebab tu lah dia tak boleh kahwin dengan aku. Dasar pengecut."
Aku menyambung. Kali ini Imran ingin menampar aku lagi, tapi ada satu tangan yang menahannya.
Fauzan.
"Fauz?"
"Pergi Im. Biar aku settle."
Fauzan membisikkan sesuatu pada Imran membuatkan mereka berdua berlalu dari situ.
Aku terus melabuhkan punggung kasar dibangku itu. Aku tidak mengendahkan langsung kedatangan Fauzan itu. Siapa lagi mereka nak hantar?
Lepas ni siapa?
Seorang je lagi yang masih tidak datang menemui aku.
Abah.
Sibuk sangat dengan keluarga baru dia tu sampai anak dia yang sorang tu tak balik balik lagi langsung tak ambil tahu.
"Tia buat apa dekat sini?"
Soalan pertama Fauzan. Kekok dengan dia sebenarnya sebab lama tak berjumpa dengannya.
Aku sekadar mendiamkan diri tidak mengendahkan soalannya. Aku mengesat kasar air mata aku.
"Tia nak tau sesuatu tak?"
Aku menoleh memandangnya yang mengambil tempat disebelah aku.
"Reihan mesti sedih kalau tengok adik yang dia sayang macam ni."
"Macam apa?"
"Macam apa yang Tia buat sekarang ni. Kalau Reihan tau Tia macam ni, mesti dia tak nak kawan Tia dah."
"Kenapa?"
"Tia buat umi risau, abah risau, kawan kawan Tia risau. Am pun mesti sedih tengok Tia. Tia patutnya tunjuk yang Tia kuat. Itu lah yang Am nak sangat. Tia kuat walaupun tanpa dia."
"Aku dah tak ada siapa siapa lagi kalau Reihan tinggalkan aku?"
"Siapa kata? Tia ada umi. Ada abah. Ada along, waffiy. Ada Imran dengan Kaiwa. Aria pun selalu ada dengan Tia. Dan yang paling penting, Tia ada Allah. Am pun tengah tengok Tia tau sekarang ni. Tak malu ke tunjuk perangai macam ni pada Am?"
"Aku nak Reihan balik."
"Reihan dah pergi Tia. Walaupun Tia menafikannya, kenyataan tetap kenyataan Tia."
Pertama kali aku kematian kata kata. Biasanya aku mengamuk jika ada sesiapa yang mengatakan Reihan sudah mati. Tapi tak tau kenapa, apabila Fauzan yang bercakap tentangnya, aku jadi boleh berfikir semula.
Aku sekadar mendiamkan diri. Tidak mengangguk untuk membenarkan, tidak juga menggeleng untuk menafikannya.
"Apa patut Tia buat sekarang?"
"Terima Tia. Tia balik. Buat solat hajat banyak banyak. Berdoa supaya Reihan selamat. Lagipun jasad Reihan masih tak jumpa lagi. Jadi ada peluang untuk Reihan masih hidup. Tia kena kuat. Jangan lah jadi macam ni."
"Tapi kalau Reihan dah balik macam mana? Nanti mesti dia sedih Tia tak ada dekat sini."
"Tak. Dia takkan sedih. Malah dia bangga, ada adik yang sangat sayangkan dia. Yang penting Tia kena kuat. Mesti dia lagi gembira."
"Okay lah Tia balik. Tapi Tia harap sangat Reihan balik."
"In sha Allah kalau Allah izinkan, insha allah Tia."
Aku mengangguk. Betul. Fauzan betul. Tapi kenapa kata kata orang lain sebelum ni aku langsung tak endahkan, malah Imran sendiri aku tolak mentah mentah. Tidak Fauzan.
Aku sayang dia?
Tak mungkin. Aria sayang dia. Aku tak mungkin rampas dia dari Aria.
"Aria tak ikut sekali ke?"
"Aria tak tau aku datang sini."
"Kenapa kau datang sini pujuk aku?"
"Dah dua hari aku nampak kau dekat sini. Langsung tak berganjak dari sini. Makan minum tidur."
"Kau curi curi tengok aku ke?"
"Aku kan kerja dekat sini sekarang. Memang lah aku tau kau ada dekat sini."
"Okay lah. Aku balik lah. Mana tau Reihan balik nanti dia balik rumah terus. Tak ada pulak aku nanti.'
Fauzan sekadar mengangguk. Dia tersenyum melihat aku lebih okay daripada biasa.
Aku berjalan keluar daripada lapangan terbang itu. Aku menoleh kebelakang memandang memandang langit.
Reihan. Aku rindu kau. Balik lah cepat. Tak kesian kan aku Han..
YOU ARE READING
Pelangi Untuk Qaula
RomanceQaula Tiara. Hidupnya ni umpama sudah jatuh ditimpa tangga. Bala demi bala menimpa. Mula mula lah tabah, lama lama kecundang. Biasalah, hati manusia mana yang mudah untuk tetap kental. Dia sering menyalahkan takdir dan akhirnya dia membuat keputusan...