Bab 6

51 3 0
                                    

Aku tersedar daripada kenangan tiga tahun lalu. Bersama dengan Imran buat aku rasa selamat dan bahagia. Dia buat aku rasa tenang dengan kehadirannya. Dia buat aku rasa selamat dengan tindakannya.

"Jangan berangan masa memandu.." Ada suara yang tiba tiba memecah kesunyian di dalam kereta Wertty itu. Dia dah bangun rupanya.

Aku tidak mengendahkannya. Sebaik sahaja dia terjaga dari lenanya, aku mengambil keputusan untuk memasang radio. Tak de lah sunyi sangat. Sekurang kurangnya aku tak perlu berbual dengan dia.

Mengapakah kita
Selalu Berjauh Hati
Selalu sendiri
dan Terasa Hati
Apakah kita
Tak Sehaluan Lagi
Berat Bagiku
Berat bagiku

Melepaskanmu bukan mudah bagiku untuk melalui semua ini
Pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati
Kala malam tidur ku tak lena mengenangkanmu

Apakah salahku
Kau buatku begini
Selalu sendiri
Tinggal sendiri
Cinta yang ku pinta
Kau balas dengan dusta
Berat bagikuKu

Melepaskanmu bukan mudah bagiku untuk melalui semua ini
Pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati
Kala malam tidur ku tak lena mengenangkanmu
kucuba pertahankan
Separuh jiwaku hilang ikut terbang bersamamu
Episod cinta hitamku kini berulang kembali
Berulang kembali menguasai diriku ini

Oh tuhan
Ku mahu yang terbaik
Terbaik buatku
Insan kerdil ini
Oh tuhan
Noktahkan kehilangan ini
Munculkan dia
Dia terakhir buat ku...

Lagu ni. Rindunya. Kali terakhir aku dengar lagu ni tiga tahun lepas. Selepas je Imran tinggalkan aku, dia kirimkan lagu ini untuk temani aku. Katanya. Maksudnya cukup mendalam. Sebaik sahaja dia tinggalkan aku, lagu inilah yang jadi peneman jika aku tiba tiba rindukan Imran.

Aku terkesima. Kenapalah lagu ini yang keudara. Saat aku bersama Imran pula tu. Tanpa disangka, air mata aku jatuh dengan tiba tiba apabila aku teringat saat kami pernah rapat sebelum berlakunya pertengkaran tiga tahun lepas.

Lagu belum pun habis lagi, Imran terus menutup radio. Aku terkejut dengan tindakannya. Aku sekadar memandangnya sekilas. Mahu je cakap 'Asal tutup? Kan lagu tu belum habis.' Ianya sekadar terluah didalam hati. Sejak kejadian buruk aku dengan dia, aku seperti merasa terlalu malas untuk berkomunikasi dengannya.

Aku kembali memandang ke arah jalan raya. Aku tidak mempersoalkan pun kenapa dia menutup radio itu. Aku tidak berminat ingin tahu. Aku sekadar dia nak tidur semula lah tu.

"Kau nak terus balik ke?" Pertanyaan aku sedikit pun tidak memberi kesan kepadanya. Dia masih membisu. Hishh aku benci lah dia ni. Kalau lah aku boleh baca apa yang dia tengah fikir. Tak habis habis dengan muka bosan dia tu. Aku hempuk jugak kepala dia ni dekat dashboard tu nanti. Geram pulak aku.

Otak dia. Soalan aku dibiar terbang dibawa udara penghawa dingin tu je. Aku menukar gear dan meningkatkan kelajuan kereta. Tunjuk lah sikit tanda protes geram dengan tindakan dia yang buat tak tahu je.

"Dah aku tumpang kau, aku ikut je lah kau nak pergi mana. Slow kan semula kereta. Aku nak kahwin dengan Kaiwa hujung bulan ni." Arghhh stress lah aku dengan dia ni. Kalau aku tau aku biar je dia naik bas. Menyakitkan hati betul lah.

"Aku nak bermalam dekat rumah Hadham satu malam. Kalau kau nak balik dulu aku hantar kau dulu." Aku mengawal kemarahan aku. Aku ingin bertindak profesional. Aku tak mahu dia perasan yang aku tak puas hati dengan dia. Biar dia rasa aku tak terkesan pun dengan tindakan bodoh bodoh dia tu.

Pelangi Untuk QaulaWhere stories live. Discover now