Aria memasuki kamar aku. Perlahan dia menolak daun pintu itu dan menjengah ingin melihat aku dimana.
Aku memandang kearahnya.
"Boleh aku masuk?"
Aku sekadar mengangguk. Aku tak ada mood nak bercakap sekarang. Dunia aku tiba tiba jadi kosong. Tak seindah mimpi yang aku pernah bermain dengannya dulu. Tak seindah angan angan yang aku pernah bayangkan dulu.
Aria melangkah perlahan dan mengambil tempat disebelah aku. Dia memeluk bahu aku dan menarik aku didalam pelukannya.
Serentak dengan itu air mata aku mengalir dengan laju. Air mata yang dari tadi ditahan agar tidak jatuh akhirnya mengalir juga.
"Kenapa ria teruk sangat nasib aku. Aku tak pernah sangka nasib aku akan jadi macam ni."
"Sabarlah Tia... In sha Allah semua ni ada hikmahnya.."
"Allah tak sayang aku ke ria?"
"Jangan cakap macam tu Tia..disebabkan Allah sayang kau lah dia kurniakan ujian kepada kau. Cuba bersangka baik dengan Allah, insha allah berkat kesabaran kau akhirnya nasib kau akan lebih baik kelak."
"Disaat aku perlukan Hadham semasa hari pernikahan aku, dia pergi. Disaat aku perlukan abah semasa hari pernikahan Imran untuk memberi semangat, dia juga pergi. Disaat Hadham dan abah pergi tinggalkan aku, Reihan juga pergi. Semua pergi Tia dalam hidup aku. Semua."
"Tak tiaa..aku kan masih ada? Umi kau ada. Kau je terlalu sempitkan pemikiran kau dengan menganggap semua orang yang kau sayang tinggalkan kau, sedangkan ramai lagi yang lebih sayangkan kau Tia.."
"Reihan dah tak ada. Aku fikir aku perlukan abah sekarang, aku baru je nak maafkan dia dan aku nak dia kembali semula berada disisi aku. Rupanya mereka dah bercerai. Aku tak boleh terima ria..ibu bapa aku dah bercerai."
"Tia..jangan macam ni. Mungkin ibu bapa kau buat keputusan yang betul. Kau jangan lah buruk sangka dengan abah kau."
"Aku tak tau lah ria..apa aku nak buat sekarang.."
"Tia..memang hidup kau akan berubah banyak lepas ni. Tapi satu je kau kena ingat, kau still kena teruskan hidup kau. Kau kena kuat Tia.."
Aku sekadar tersenyum tawar.
"Jom lah Tia turun..tengok Reihan. Kesian dia masih tak dikebumikan lagi sampai sekarang sebab nak bagi kau tengok dulu."
Aku mengangguk perlahan. Aku menuruti langkah Aria menuruni anak tangga itu. Kelihatan tetamu bertambah daripada tadi.
Imran dan Kaiwa juga dah ada. Abah juga. Aku tak terkejut pun. Mestilah dia datang. Anak dia dah meninggal. Kalau tak datang tak tau lah nak kata bapak jenis apa dia tu.
Aku melangkah perlahan dan mengambil tempat disebelah Reihan. Aku merenung kearah tubuh yang tebaring langsung tidak bergerak itu. Jasad itu tak seperti Reihan. Tapi aku tetap kena terima kenyataan.
Aku menyelak sedikit kain putih itu untuk melihat mukanya.
Astaghfirullahalazim.
Mukanya rentung akibat terbakar. Mungkin juga seluruh badannya. Aku sudah tidak mengenalinya lagi.
"Ini bukan Reihan."
Serentak dengan itu semua mata terarah kepada aku.
"Kenapa kau cakap macam tu?"
Aria bertanya kerana dia yang paling hampir dengan aku.
"Hampir 23 tahun aku bersama dengan dia. Aku boleh kenal dia. Ini bukan Reihan."
"Tia. Ni Reihan. Umi dah kenal pasti. Ini memang Reihan. Mana mungkin umi salah."
Aku sekadar membatu. Tidak menafikan. Tidak membenarkan. Aku merenung lama mayat tu.
Ini bukan Reihan. Aku yakin.
Tapi apa aku boleh buat? Nak cari dia? Tak. Aku tak mampu. Mungkin ini memang dia. Mungkin disebabkan sudah rentung, aku sukar untuk mengenalinya.
Aku mengusap perlahan mukanya. Kering. Tapi cukup buat hati aku sedih. Peritnya Reihan menahan kesakitan.
Aku menyeka air mata aku dan aku mencium dahi Reihan buat kali yang terakhir.
Reihan, damailah kau disana. Tia akan ikut Han, suatu hari nanti Han. Suatu hari nanti.
Aku menutup kain kafan berwarna putih itu dan berundur kebelakang sedikit bagi membenarkan jemaah lain menjalankan tugas mereka bagi kebumikan arwah Reihan.
Arwah Reihan.
Cepatnya Han masa berlalu, aku baru rasa semalam kau belai aku. Aku sayang kau Reihan. Kenapa kau tinggalkan aku?
Kau tau tak? Aku dah tak ada sesiapa lagi. Kau sorang je aku boleh harapkan. Tapi kau memilih untuk pergi. Tinggalkan aku.
Pertama kali sepanjang aku hidup, kau tiada disaat aku perlukan kau.
Aku sedih Han. Ya, aku masih belum terima kau dah pergi tinggalkan aku, tapi apa aku boleh buat?
Kalaulah ada cara yang boleh aku gantikan dengan nyawa kau, aku akan korbankan segalanya Han, asalkan kau sentiasa ada disisi aku.
Aku sebak semasa melihat Reihan sedang dikafankan. Aku masih tak boleh lepaskan kau pergi.
Aku baru hilang Hadham, Han. Kenapa kau pilih untuk pergi sekarang?
Aku menyertai jemaah lain melakukan solat sunat jenazah bersama ahli keluarga dan tetamu yang lain. Solat aku ditemani oleh air mata yang masih tidak berhenti mengalir perlahan dipipi mulus aku.
Selepas solat sunat hajat selesai, aku tidak turut serta membawa jenazah Reihan ke tanah perkuburan. Aku ingin sekadar berehat dirumah kerana terlalu kepenatan.
Aku menaiki anak tangga menuju ke kamar aku. Aku melihat passport aku yang terletak diatas meja solek itu.
Aku merenung lama passport itu. Betul ke apa yang aku buat ni?
YOU ARE READING
Pelangi Untuk Qaula
RomanceQaula Tiara. Hidupnya ni umpama sudah jatuh ditimpa tangga. Bala demi bala menimpa. Mula mula lah tabah, lama lama kecundang. Biasalah, hati manusia mana yang mudah untuk tetap kental. Dia sering menyalahkan takdir dan akhirnya dia membuat keputusan...