Bab 8

52 5 0
                                    

Kaiwa Ridaula sedang berdiri menanti seseorang dihadapan Haucer Coffee Shop. Dia sering menilik jam tangannya yang berjenama Dauityu itu.

"Mana lah Ryan ni. Penatnya tunggu." Dia penat berdiri akhirnya mengambil keputusan untuk mengambil tempat didalam Coffee shop itu.

Selepas 10 minit tunggu, akhirnya aku memunculkan dirinya.

"Sorry lambat sayang. Lama you tunggu?"

"Kalau i jahit sendiri baju pengantin i dah boleh siap agaknya." Dia memasamkan muka dan mengorak langkah laju meninggalkan aku. Merajuklah tu.

"Sorry okay sayang, my mom tadi sibuk sangat kata nak ikut. Mana boleh kan kita nak cari barang hantaran." aku menggapai tangan Kaiwa. Kami berjalan beriringan pergi ke busana pengantin dimana tempat kami menempah baju pengantin untuk majlis perkahwinan kami hujung bulan ini.

"You dah cari kerja? Bukan apa at least kita kahwin nanti you dah ada kerja. Tak lah i telan pasir je"

"Dont worry lah sayang. I dah dapat kerja dah pun. I akan start minggu depan. You ingat Datin Marina yang kita jumpa masa tempah baju pengantin tu? I kerja dengan suami dia."

"Nasib baik. My mom tu bising kalau you tak ada kerja."

Kami sudah tiba ke busana pengantin yang kami telah pilih untuk rekaan baju pengantin kami.

"There you are, why are you so late." Mummy warren ni lah pereka baju pengantin kami. Kaiwa terlalu percaya pada Mummy Warren ni sebab dia selalu tempah baju photoshoot disini.

Kaiwa berkerja sebagai model muslimah untuk agensi Yutt. Agensi Yutt ni melahirkan ramai model terkenal untuk beberapa pereka untuk pelbagai jenis busana yang memerlukan khidmat model bagi produk busana masing-masing. Mummy Warren ni pula salah seorang yang menggunakan khidmat model dari agensi Yutt bagi memperagakan busana pengantin muslimahnya.

"Come Mummy tunjuk u'alls punya tempahan. Mummy dah siapkan awal awal u'alls punya tempahan."

Kami berdua beriringan berjalan membuntuti Mummy Warren ke satu tempat yang agak tersorok sedikit.

Aku serta merta tergamam. Kagum akan hasil seni tangan Mummy Warren. Jahitannya sangat kemas dan teliti. Padanlah dengan harganya. Pakaian untuk aku pula nampak seperti suit biasa yang selalu dipakai oleh kebanyakan orang tetapi yang berbezanya adalah jenis fabrik yang digunakan dan hasil jahitan yang sangat kemas menampakkan lagi nilai elegant apabila aku memakainya.

Perasaan gembira tadi serta merta hilang. Aku terpandangkan satu set busana pengantin yang tersarung kemas pada mannequin berdekatan.

"Im, nanti kan kalau aku kahwin aku nak pakai baju macam ni. Lawa kan dekat badan aku" Qaula tersenyum lebar dan dari tadi merenung baju pengantin itu.

"Boleh, nanti kalau kau kahwin aku hadiahkan baju ni untuk kau dengan bakal suami kau" Aku tersenyum lalu mengusap kepalanya perlahan.

"Hadiah? Bukan kata nak kahwin dengan aku ke?" Qaula menjeling tajam kearahnya dan kembali memandang baju pengantin itu.

"Mana boleh aku kahwin dengan kau, nanti membujang lah bakal suami kau"

Aku tersenyum sendiri. Ingat lagi ketika aku ponteng sekolah bersama Qaula dahulu. Aku dengan dia melepak dekat sini dan ternampak baju pengantin itu.

"Hey baby you dengar tak i cakap apa? Sengih sengih. You nak set baju tu ke?" Sergahan Kaiwa mengejutkan aku.

Ya Allah berangannya aku ni. Apa yang aku nak jawab ni. Dia cakap pasal apa tadi hah agaknya.

Pelangi Untuk QaulaWhere stories live. Discover now