Bab 20

34 3 0
                                    

Hadham membawa kamera Dzios 830 sambil menuruni anak tangga menuju ke tempat letak kereta. Jam menunjukkan pukul 6 petang menandakan dia sudah habis bekerja pada hari itu.

Dia melihat skrin handphone nya. Ingin melihat maklum balas daripada bosnya akan permintaan cutinya pada esok hari.

Esok hari penting bagi Hadham Faisy. Mulai esok dia akan bergelar suami kepada Qaula Tiara.

Banggg!!

Hadham terlalu asyik melihat telefon bimbitnya sampaiman tidak sedar dia telah melanggar seseorang.

"Sorry bro sorry."

Hadham memandang kearah pemuda yang melanggarnya tadi.

"Fauzan?"

"Eh? Am."

Fauzan menghulurkan tangan ingin bersalaman dengan Hadham. Hadham menyambutnya dan serta merta mereka berpelukan.

"Buat apa dekat sini bro?"

"Lusa adik Aria nak kahwin. Tu yang berkampung dekat sini. Tak lama pun. Kau dari mana ni?"

"Aku baru habis kerja. Eh jom lah aku nak pergi makan ni. Boleh cerita banyak sikit. Free tak?"

"Okay jom. Tapi kau pergi dulu boleh? Aku nak ke pejabat tu sekejap sebenarnya."

"jumpa dekat starbucks yg dekat jalan Yakuta tu"

"ok noted."

Hadham memandu kereta menuju ke starbucks yang dimaksudkan.

Selepas 10 minit menunggu di starbucks itu, akhirnya Fauzan tiba. Dia menghampiri tempat duduk Hadham dan mengambil tempat dihadapan Hadham.

"Dah order?"

Fauzan bertanya sebaik sahaja dia duduk.

"Dah."

"Kau apa khabar. Lama tak call aku. Busy kahwin ke cik abang?"

"Haah, esok aku nikah?"

"Hah?"

Jawapan Hadham membuatkan Fauzan terkejut tidak percaya.

"Lawak apa sial"

Dia bersandar pada kerusi dan menghidupkan rokoknya.

Rokok sebenarnya sudah diharamkan di Malaysia sejak 10 tahun yang lepas, tetapi starbucks satu satunya tempat yang mempunyai permit untuk merokok.

Kalau dekat luar dah kena saman ni.

"Aku tak buat lawak. Aku nikah esok."

"Dengan siapa. Dengan Yati?"

"Bapak celoparnya mulut. Tak makan saman betul lah lahanat sorang ni."

"Habis, minah malang mana yang tersangkut dengan kau ni?"

"Aku nikah dengan Tia esok."

"Tia? Qaula Tiara?"

"Ya."

"Qaula Tiara binti Qayyum Ariffin?"

"Ya cibek. Ouh kau kalau padankan dengan Jauhari bukan main bagai pinang dibelah setengah lah apa lah dengan aku tak percaya pulak"

Jauhari tu dulu budak yang boleh dikategori top student yang paling hot lah sebab boleh lah tahan handsome, gentleman and whatsoever yang boleh buat semua peremouan cair dengan dia. Tapi finally masuk penjara sebab kena tangkap join geng kongsi gelap. Haih kesian pulak dekat dia.

"Bukan macam tu. Tak korang kan bestfriend dulu and aku still ingat lagi sampai sekarang 'no feelings between us'. Apa jadi dengan prinsip tu? Dah kena culik ke?"

"Gurau je masa tu."

"Aku dah agak dah korang ni kahwin jugak satu hari nanti. Tu lah dulu berlagak aku match make kata bukan taste lah berpegang pada prinsip la kahwin jugak finally."

Aku hanya tersenyum. Malas mahu betah apa yang dia cakap. Aku sekadar mengiakan je kata kata dia.

"Dah jodoh kan, aku siapa nak menolak."

"Kau lah dulu yang selalu menolak, so kiranya aku lah orang last yang tau ni?"

"Tak lah, ramai lagi orang kat Malaysia ni tak tau. Ye lah aku tak hot macam Jauhari apakan daya."

"Buto"

Hadham sekadar tersengih nakal. Tiba tiba seorang pelayan perempuan menghampiri kami dengan membawa hidangan yang telah Fauzan pesan.

Hadham perasan Fauzan asyik sedari tadi memerhatikan pelayan perempuan itu sehingglah dia hilang daripada pandangan kami.

"Aku harap Aria bukan jenis yang membunuh orang kalau marah."

"Kenapa?"

"Ye lah aku takut nanti bukan setakat majlis nikah aku je yang berlangsung dekat masjid tu, ada pulak solat jenazah dekat situ nanti."

Fauzan menunjukkan jari tengahnya dan meneguk white chocolate mocha yang dipesannya tadi.

"Fauz, betul ke keputusan aku?"

Fauzan mengangkat keningnya memandang aku.

"Kenapa? Kau dah rancang nak kahwin dengan perempuan lain ke?"

"Bukan lah. Entah lah aku cuma rasa Tia tu terpaksa je terima aku."

"Kau ada paksa dia ke untuk terima kau?"

"Tak ada kot. Aku cuma lamar dia lepas tu aku hantar lah minang."

"Habis tu kenapa kau rasa dia terpaksa terima kau?"

"Aku ternampak Tia dengan Im malam tadi."

"Jadi?"

"Aku dapat rasa Tia masih ada hati dengan Im tu.?"

"Jap, im yang kau maksudkan ni siapa sebenarnya?"

"Ryan Imran."

"is that the same guy yang nak kahwin dengan Kaiwa?"

Hadham sekadar mengangguk mendengarkan soalan Fauzan.

"jap jap aku tak faham cerita kau ni. Tia kenal Im?"

"Dia orang tu kawan baik dulu masa sekolah menengah."

"Then kenapa aku tengok dekat kampus tak pernah langsung bertegur?"

"Dia orang gaduh masa ambil result PPA."

"So kau nak cakap Tia ada hati dekat Im yang nak kahwin dengan Kaiwa sekarang ni?"

Hadham mengangguk lagi mengiakan soalan yang dikeluarkan oleh Fauzan.

"Jap, kau cuba fikir logik, kalau betul Tia masih ada hati dengan Im, kenapa dia tetap pilih kau?"

"Sebab im pilih Kaiwa dan dia rasa tercabar jadi dia pilih aku untuk lupakan Im, mungkin."

"Jadi baguslah, sekurang kurangnya dia nak lupakan Im. Even dia pilih kau sekalipun whats the matter? Yang penting sekarang ni siapa yang dia pilih bukan apa yang dia rasa. Bila dia pilih kau bermakna dia percaya yang kau boleh buat dia rasa bahagia satu hari nanti walaupun tanpa Imran. You should be proud of it."

"Dalam hati dia still ada Imran."

"Penting ke dalam hati dia ada siapa? Hati manusia boleh berubah Am, dia dah pilih kau, so take the chance untuk takluk hati dia."

Hadham terdiam mendengarkan kata kata Fauzan. Ada betulnya juga.

"Aku cuma tak suka bila dia rasa dia terpaksa kahwin dengan aku."

"Okay look, kalau betul dia terpaksa pilih kau, ganggu kau ke? Kau kata dia yang buat keputusan sendiri, so she should be more responsible on what she have decided. And even dia rasa terpaksa sekalipun, dia perlu tanggung sebab dia yang buat keputusan untuk pilih kau by her own decision."

Hadham sekadar mengangguk perlahan tanda mengiakan kata kata Fauzan.

Pelangi Untuk QaulaWhere stories live. Discover now