Bab 45

146 2 3
                                    

Kaki aku mula melangkah dibumi asing. Memang susah. Segalanya seakan lain. Lain yang langsung tidak pernah terlintas dalam fikiran aku. Sweden tak lah begitu teruk, tapi mungkin kerana aku masih baru. Banyak perkara yang aku perlu belajar. Dengan bahasa inggeris aku yang kurang fasih, ah lenjan je lah.

Aku keluar daripada lapangan terbang dan mengambil teksi untuk pergi kerumah yang Reihan telah belikan untuk aku. Nasib baik dah ada tempat tinggal, tak ada lah aku merempat.

"Yes, miss, where you want to go?"

"Take me to this address."

"Okay noted."

Dia memandu meredah kepekatan malam. Aku ingat sempat sampai siang, tak sempat sebab ada delay sekejap tadi semasa penerbangan.

Hujan rintik-rintik dengan suhu yang amat sejuk membuatkan aku berasa tidak selesa. Setelah setengah jam perjalanan akhirnya tiba di alamat yang aku berikan kepadanya.

Wow. Besarnya rumah Reihan belikan untuk aku. Makan puluh juta duit Malaysia ni. Reihan ni betul lah. Ni yang nak marah. Dah cakap dah tak payah besar sangat rumahnya. Aku ni penakut. Angin tiup pun aku kata jembalang.

Aduhh macam mana ni. Kejiranan dekat sini pun tak banyak. Nampaknya kena cari housmate lah gini. Tapi aku tak suka lah tinggal dengan orang yang aku tak kenal. Biasalah, aku ni cerewet. Kalau kena housemate okay, takpe. Kena yang celaka. Memang malapetaka lah jawabnya.

Pemandu teksi tadi mengangkat keluar semua bagasi aku.

"Let me help you miss."

"No thanks, just put it here."

Pemandu teksi itu sekadar mengangguk dan terus beredar dari situ. Aku memunggah semua bagasi aku satu demi satu masuk kedalam.

Aku memulas tombol pintu dan membuka pintu.

"Wow. Serius lah ini rumah untuk aku?"

Rumahnya yang umpama istana itu membuka mata aku lebih luas. Reihan ni melampau betul lah. Aku menutup pintu dan berjalan kesegenap ruang dalam rumah itu. Seronoknyaaa!!

Ting tong!

Aku terkejut. Tiba-tiba loceng rumah ditekan. Siapa pula ni, aku baru sampai dah kacau aku.

Aku membuka pintu utama.

"Yes?"

"Who are you?"

"Hah?"

"What are you doing here?"

"What? Why? This is my house?"

"Your house? This is mine."

"No this is my house."

"Show me the grant."

Aku membuka beg tangan aku dan mengeluarkan sekeping kertas terletak elok dalam fail nipis. Aku menyerahkannya kepada seorang perempuan tua dihadapan aku.

"This fake. Get out from my house."

"What. No way. My brother has bought this house."

"If i take this grant to the police, you will be arrested. Get out before i call the police."

"What? Okay fine arghh"

Aku mengangkut semua bagasi aku dan keluar daripada rumah itu. Betul ke geran rumah ni palsu? Aku tak ada pilihan, aku kena cari tempat untuk tinggal malam ni. Macam mana ni.

Arghhhh.. Biasanya kalau aku tengah ada masalah ni Reihan ada tolong aku. Macam mana ni. Barang aku banyak pula tu. Kalau nak panggil teksi, aku nak pergi mana? Aku buntu. Aku tak ada saudara mara pula tu disini.

Pelangi Untuk QaulaWhere stories live. Discover now