Bab 5

58 3 0
                                    


Aku cuma membisu je. Konon konon bagi perhatian pada pengetua yang sedang berucap tu. Malas aku nak berbual dengan dia. Dia juga seolah olah mengerti aku tidak berminat akan kehadiran dia disisi aku. Dia juga membisu. Sama seperti aku. Tetapi beza dengan aku. Dia hanya memeriksa telefon bimbitnya sedari tadi. Tidak langsung menoleh kepada orang yang sedang berucap di atas pentas itu.

Sejak aku melarikan diri dari dia sebaik sahaja tamat peperiksaan PPA tempoh, hubungan aku dengan Ryan Imran seolah olah ada badai yang menghalang untuk kekal tenang.

10 minit berlalu. Akhirnya keputusan PPA akan diumumkan. Dah semestinya lah yang dia akan umumkan tu keputusan yang cemerlang. Nak umumkan semua pelajar dekat sekolah mampos tahun depan agaknya baru selesai majlis ni.

Daripada pelajar yang dapat GP 2.00 sehingga ke 1.00 . aku tunggu jugalah nama aku disebut. GP 1.00 pun kira okay lah. nak dapat GP 0.00 memang tak lah. Aku ni bukan genius. Lain lah Ryan Imran sebelah aku ni. Awal awal lagi dah yakin dapat GP 0.00 . Mata aku masih tidak lekang memerhatikan pelajar pelajar cemerlang yang menaiki pentas menerima anugerah pelajar cemerlang.

"Qaula Tiara binti Zainul Rahimi" Nama aku? Betul ke ni? Aku tak salah dengar ke. Aku pun terus berdiri dan mengatur langkah menuju ke atas pentas. Ya Allah tak sangkanya. Keputusan aku GP 1.00 . Aku tiba di atas pentas. Dengan wajah yang tak lekang dari senyuman, aku menerima slip keputusan aku. Sungguh aku tak percaya.

Tanpa diundang, ada terasa titis titis hangat yang mengalir dipipi mulus aku yang dihiasi dengan sedikit pemerah pipi. Aku terus turun dari pentas dan keluar daripada dewan itu. Aku ingin menenangkan diri. Nama aku yang terakhir disebut untuk pelajar cemerlang dengan keputusan GP 1.00 . Seterusnya, keputusan yang mengumumkan pelajar cemerlang dengan keputusan 0.00

"Ryan Imran bin Lukman Ghafar" Aku terpana. Nama itu. Huhh sudah dijangka dah. Aku mengintai dari sebalik pintu dewan. Terlihat air mukanya yang terlalu gembira sehinggakan ada air yang mengalir dipipinya juga. Sama seperti aku tadi. Dia turun dari pentas bersama slip keputusannya ditangan dan serta merta dia dikelilingi oleh rakan rakannya. Aku terpandangkan seseorang yang berada disisinya. Kaiwa Ridaula. Perempuan itu. Huhh sucks. Aku terus melangkah laju ke bilik air.

Setelah selesai membetulkan semula 'makeup' yang telah rosak akibat air mata kegembiraan tadi. Aku kembali semula ke dewan sekolah. Seorang demi seorang menghampiri aku lalu mengucapkan tahniah dan pergi. Akhirnya, ada jasad datang menghampiriku. Langkahnya yang kemas dan teratur buat aku cukup kenal dengan pemiliknya. Sudah semestinya Ryan Imran.

Dia tidak memulakan bicara. Sebaliknya hanya memandang aku dengan riak wajah yang aku sendiri pun tak tahu apakah maksudnya. Lama kami disitu. Memandang antara satu sama lain tanpa sebarang komunikasi. Ahh aku benci lah situasi macam ni.

"Tahniah." Dengan senyuman yang aku buat buat, aku mulakan perbicaraan. Nak tunggu dia? Memang aku jadi patung cendana lah dekat situ.

"Kau pun." Sepatah dibalas dengan sepatah. Apa ni? Tak pernah aku rasa kekok teruk macam ni bila dengan dia.

"Tia, aku ada benda nak cakap dengan kau." Aku cuba menembusi akal fikirannya. Cuba untuk membaca apakah yang sedang bermain dalam fikiran dia sekarang. Ahh persetankan lah. Apa pun yang dia nak cakap tu takkan jadi penting pun. Takkan ubah apa apa pun dalam hidup aku

"Proceed.." Aku memandangnya dengan muka yang seakan akan tidak berminat tetapi ingin lah juga tau apa yang ingin dikatakan.

"Ikut aku jom." What the hell? Dia yang nak cakap arah arah aku pulak nak ikut dia pergi mana je. Tapi aku seakan tidak berdaya ingin membantah apa tah lagi ingin melawan kembali seperti kebiasaannya.

Aku membuntutinya dari belakang. Dia menuju ke wakaf yang terletak di hujung kantin. Tempat selama lima tahun aku bersekolah disini dimana disinilah aku kongsi segalanya dengan dia. Kisah suka duka, kami akan duduk disini dan berkongsi. Ahh aku rindu saat itu. Saat aku masih lagi penting dalam hidup dia.

Pelangi Untuk QaulaWhere stories live. Discover now