Bab 10

55 3 0
                                    

Tok tok tok tok !!

Kedengaran suara orang mengetuk pintu utama.

Tok tok tok tok !!

Mana semua orang ni, tak ada siapa ke nak bukak? Dasar pemalas betul.

Aku melangkah malas menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu. Siapalah yang datang malam malam buta ni.

Aku membuka pintu. Aku terkejut melihat sekujur tubuh yang selekeh dengan baju kemeja tidak berbutang, tali leher entah kemana dengan beg bimbitnya.

Abah.

Aku memimpin abah memasuki rumah. Aku menendang pintu utam dengan kakiku.

"Umiiiiiii!!" Aku menjerit memanggil umi.

Jeritan aku didengari oleh semua penghuni didalam rumah itu. Bukan umi sahaja yang memunculkan diri dari tingkat dua. Termasuklah Waffiy dan juga Reihan. Johar tak ada, mungkin belum pulang keluar dengan Kak shita siang tadi.

"Ya Allah abang, kenapa boleh jadi macam ni."

Semua meluru kearah abah. Aku melangkah kebelakang sedikit memberi ruang kepada umi untuk melihat abah dengan lebih dekat.

Aku bau sesuatu yang busuk dari badan abah.

"Bau arakk."

Apa yang terpacul dari mulut Waffiy mengejutkan kami sekeluarga.

Benarkah abah minum arak?

"Abang dari mana ni dengan pakaian selekeh ni dengan bau arak. Abang pergi minum arak ke?"

Soalan umi dibiar sepi. Apa yang abah dah buat ni abah? Kenapa jadi sampai macam ni sekali?

Badan abah kelihatan sangat lemah dan tidak bermaya. Reihan dan Waffiy serta merta mengangkat abah memasuki bilik. Sesudah itu umi menyuruh kami bertiga keluar. Kalau ada apa apa baru umi akan panggil.

Tanpak jelas wajah cemas Puan Yaraha ketika itu.

Kami bertiga berkumpul dihadapan bilik umi dan abah.

"Kenapa dengan abah tu?"

Soalan pertama yang diajukan oleh adik bongsu kami.

"Tu lah Han lupa nak tanya abah tadi"

Sindiran Reihan padu menusuk hati Waffiy. Waffiy sekadar menjelingnya tajam.

"Jangan cakap abah minum arak pulak"

Kenyataan aku membuatkan dua dua tertumpu kearah aku.

"Tak mungkin. Abah bukan macam tu."

Waffiy menafikan kenyataan aku sebentar tadi. Waffiy malas mahu berbahas tentang abah, dia terus melangkah lemah memasuki biliknya.

Kini tinggal aku dengan Reihan.

Selama lima minit, kami terdiam seribu bahasa. Tiada kata yang mampu terluah. Kami sekarang hanya mahu penjelasan dari abah.

Tiba tiba kami mendengar ada suara yang memberi salam dan kembali menutup pintu utama.

Qhul Johar.

Kami berdua beriringan menuruni anak tangga dengan pantas bagi mendapatkan Johar.

Johar kelihatan aneh dengan tindakan kami.

"Korang ni kenapa?" Dia menggantungkan kunci kereta pada pad letak kunci kereta.

Johar mengambil tempat duduk di sofa diikuti oleh aku dan juga Reihan.

"Along nak tau tadi abah balik."

Pelangi Untuk QaulaWhere stories live. Discover now