Aku menghempaskan badan keatas tilam empukku. Hah terlalu banyak perkara yang terjadi hari ni menyerabutkan fikiran aku. Ahhh Ryan Imran. Sejak lelaki itu hadir kembali, hidup aku jadi tak tentu arah. Siang malam asyik terfikirkan dia aje.
Sungguh aku memang rindukan dia saat aku dengan dia saling memerlukan antara satu sama lain dahulu. Tetapi sekarang, sejak peristiwa empat tahun yang lalu telah banyak mengubah perasaan aku terhadapnya.
Tetapi sejak dia kembali, aku mula menaruh harapan yang tinggi terhadapnya. Pada mulanya aku terlalu yakin, dia hadir semula untuk menjadi yang bermakna dalam hidup aku.
Berita perkahwinannya dengan Kaiwa Ridaula yang akan berlangsung tak lama lagi terus mematikan angan angan aku untuk kembali bersama dengannya. Ternyata dia memang akan kembali, sekadar untuk menetap sementara didalam hati ini.
"Assalamualaikum..!!" Pintu bilik aku tiba tiba diketuk. Ada seseorang memberi salam.
"Waalaikumsalam, masuklah."
Pintu terbuka dan ada wajah yang aku rindu muncul disebalik pintu itu.
Qyuwa Reihan.
Reihan terus menerpa kearah aku. Aku tidak mengambil masa yang panjang berlari kearahnya dan memeluknya erat.
"Hannnn!! Hey bila sampai?"
Aku melepaskan pelukan dan kembali duduk diatas katil. Reihan mengambil tempat disebelah aku.
"Baru je sampai. Umi pun terkejut Han sampai awal. Sepatutnya balik esok, tapi meeting cancel. Tu yang terus balik sini. Han rindulah dengan Tia."
Reihan membuka tali lehernya dan menyangkutnya dihujung tiang katil aku.
"Tak telefon pun dulu nak balik tu." Aku memasamkan muka acacah merajuk gitu.
Reihan mengusap kepala aku kasar.
"Saja lah nak bagi surprise. Eh Han ada sesuatu untuk Tia."
Aku menanti dengan mata yang bersinar. Apa lah agaknya hadiah untuk aku.
Reihan mengeluarkan sesuatu daripada poket kemejanya. Rantai!! Lawanyaa.. Ada loket bentuk hati dekat situ.
"Nah untuk Tia. Sini Han pakaikan."
Aku memaling membelakangkannya untuk memudahkan dia memakai rantai itu dileherku.
Aku terus bangun dari katil dan melihat diri aku dihadapan cermin. Lawanyaaa!!
"Lawanya Hann.. kenapa Han belikan untuk Tia ni?"
Loket itu bertatahkan emas putih 100% dengan permata kecil ditengah tengahnya. Aku tak lepas dari memegangnya dari tadi. Terujanya aku..
"Saja. Han jejalan hari tu. Terjumpa ada mesin emas layan diri. Saja nak try. Belikan Tia satu umi satu. Tapi umi Han belikan gelang tangan."
Aku sekadar mendengar sahaja. Aku terlalu tertarik pada rantai itu sampai tak lepas sesaat pun dari memandang rantai itu.
"Reihann..Tiaraa.. turun makan meh. kak Shita kau dah sampai dah ni."
Dari kejauhan mendengar umi menjerit memanggil nama kami untuk turun makan.
"Jom lah Han turun. Umi dah panggil dah tu.."
Aku berjalan beriringan dengan Reihan turun kebawah. Kelihatan yang lain sudah ada.
"Meh duduk makan sini."
Aku mengambil tempat disebelah Reihan.
"Eh cantik rantai Tia, mesti Han yang bagi ni"
YOU ARE READING
Pelangi Untuk Qaula
RomanceQaula Tiara. Hidupnya ni umpama sudah jatuh ditimpa tangga. Bala demi bala menimpa. Mula mula lah tabah, lama lama kecundang. Biasalah, hati manusia mana yang mudah untuk tetap kental. Dia sering menyalahkan takdir dan akhirnya dia membuat keputusan...