Imran melilau kesekeliling rumah mencari Kaiwa. Pelik. Tiba tiba hilang. Akhirnya dia melangkah keluar daripada rumah menuju ke bilik stor belakang rumah. Selipar Kaiwa tak ada. Keluar lah ni.
Dari jauh Imran sudah dapat melihat pintu bilik stor itu terbuka. Dah agak dah. Kaiwa dekat sini.
Imran menghampiri bilik stor itu. Dia menolak perlahan bilik stor itu dan dia melihat Kaiwa sedang duduk diatas lantai membelek sebuah album.
"Dekat sini baby sayang ni. Baby sejak bila ada dekat sini? Puas abang cari."
Kaiwa sekadar mendiamkan diri. Dia asyik memerhati sahaja gambar lama itu.
"Tengok apa dalam gambar tu?"
Pertanyaan Imran membuatkan Kaiwa meletakkan kembali gambar itu ditempatnya.
"Awak memang sayang Tiara lebih daripada saya."
"Apa baby cakap ni? Kalau sayang ni sayang Tia lebih, sayang pilih Tia bukan baby."
"Macam Tia cakap, awak tak boleh pilih Tiara sebab dia adik beradik tiri awak."
"Kalau dia adik kandung saya sekalipun, bila saya dah sayang, saya akan buat apa sahaja untuk dapatkan dia. Walaupun saya pikih awak, saya akan tetap ingat dia. Tapi, saya pilih untuk lupakan dia dan saya cuba sayang kan awak."
"Tapi hakikatnya sayang awak pada Tiara lebih daripada isteri awak sendiri."
"Kaiwa dengar sini, awak isteri saya. Tiara tu bukan siapa siapa pun. Dia akan hilang nanti. Bila bila je saya boleh buang dia dari hidup saya. Dulu saya belum berkahwin, mungkin lah saya rapat, tapi sekarang kan saya dah ada isteri yang saya sayang ni."
"Habistu kenapa dia kata awak sayangkan dia sampai awak jumpa Hadham bagitau perasaan awak."
"Awak percayalah cakap dia, dia tengah tak betul masa tu..jangan diikutkan sangat.."
Kaiwa sekadar tersenyum mendengar kata kata suaminya itu. Tak sangka Qaula sungguh teruk sehingga mahu memecah belahkan hubungan rumah tangga mereka.
"Jahatnya Tiara..dulu dia tak pernah pun macam tu."
"Kan saya kata dia tengah stress lah tu. Tekanan emosi, jangan dilayan sangat.."
Mereka terdiam. Imran sedang membantu Kaiwa menyusun kembali barang barang lama Imran dahulu. Tak tahu kenapa Kaiwa keluarkan, tapi yang pasti mungkin dia sedang kemas bilik stor ni tadi.
"Sekarang baru aku tahu..."
Imran dan Kaiwa terkejut dengan suara yang tak diundang itu. Mereka serentak menoleh kepintu bilik stor itu.
Qaula Tiara.
Imran bangun daripada duduknya dan berjalan menghampiri Qaula.
"Apa kau buat dekat sini.."
Imran menarik lengan aku perlahan keluar daripada bilik stor itu. Dia membawa aku ke halaman taman depan rumahnya.
"Lepas lah.."
Aku merentap tangan aku daripada dipegang kejap olehnya.
"Kenapa kau datang sini?"
"Kenapa? Takut rahsia terbongkar?"
"Apa kau cakap ni?"
"Aku percaya kau Im, aku sayang kau. Kenapa kau buat aku macam ni?"
"Kau tu yang kenapa buat aku macam tu."
"Aku cuma cakap benda yang betul kan?"
"Bukan depan isteri aku. Walau sebesar mana aku sayangkan kau, please hormat Kaiwa. Dia isteri aku."
"Dasar hipokrit. Aku benci kau Im. Daripada kita jumpa sampai sekarang, kau tak pernah sekali pun buat aku rasa gembira. Aku fikir aku akan, tapi tak. Aku tak akan boleh bahagia dengan kau. Kau selalu buat aku terluka dengan tindakan kau. Kata sayang kau untuk aku tu apa sebenarnya? Perasaan simpati pada kawan baik kau yang simpan perasaan terhadap kau? Sudah lah Im. Aku dah muak."
"Tia..kalau aku sayang kau sekalipun, apa aku boleh buat. Aku dah berkahwin..and the most important thing, kita ni adik beradik tiri. Kita tak boleh buat apa apa Tia.."
"Ye. Kita tak boleh. Dan baru sekarang aku sedar, kita memang tak boleh bersama pun. Aku harap lepas aku hilang am dengan abah, kau still ada untuk aku. Tak. Aku silap. Aku ni hanya hidup dalam bayang bayang aku sendiri. Yang terlalu mengharapkan kau disisi padahal kau sebenarnya ingin jauh dari aku."
"Ye Tia..aku nak jauh dari kau. Aku nak cuba tak sayangkan kau lagi. Sebab aku ada Kaiwa. Walau apa pun, aku sepatutnya cintakan isteri aku lebih berbanding perempuan lain. Sebelum kahwin, ye. Sayang aku pada kau sangat besar. Melebihi Kaiwa. Tapi bukan sekarang."
Masuk hari ni, dah hari ketiga aku menangis berturut turut. Pagi tadi aku dah menangis. Melihatkan Reihan tiada disisi. Mungkin keluar agaknya.
Buat masa ni aku tak nak menangis dah. Nanti kalau Reihan balik, dia tengok aku menangis mesti dia tak suka.
"Reihan betul. Aku tak patut terlalu percaya pada kau.."
"Reihan?"
"Ye. Kenapa? Terkejut dengar dia masih hidup?"
"Ye aku terkejut. Baru pagi tadi aku teman keluarga kau pergi tuntut mayat Reihan."
Aku terpanar. Betul ke ni? Tak. Tak mungkin.
"Kau ni kenapa? Malam tadi baru dia datang jumpa aku."
"Mayat Reihan dah dibawa balik kerumah kau, lebih baik kau balik sekarang."
Tidak lama selepas mendengarkan kata kata IMran, aku terus bergegas menuju ke kereta dan memandu laju pulang kerumah.
Tidak lama selepas itu, kereta aku terparkir elok dihadapan rumah. Kelihatan ramai orang memasuki kawasan rumah.
Ada apa ni?
Aku keluar daripada perut kereta dan melangkah perlahan memasuki rumah. Tiba dipintu utama, aku terpandangkan ada sekujur tubuh terbaring dibaluti kain berwarna putihdan diselimuti oleh kain batik yang diletakkan ditengah tengah ruang tamu rumah itu.
Aku melangkah ke arah umi yang duduk bersimpuh menangis teresak esak disebelah jasad itu.
"Siapa ni?"
Soalan aku membuatkan semua mata terpaku kearah aku. Tapi aku tidak mengendahkan mereka semua.
"Duduk sayang. Meh sini sebelah umi. Tengok abang kamu."
"Siapa?"
Johar memandang aku. Sayu. Mestilah Reihan. Takkan Johar.
"Ni reihan sayang.. Meh sini duduk sebelah umi."
Arahan Puan Yaraha tidak membuatkan aku bergerak daripada tercegat disitu.
"Penipu. Reihan baru datang jumpa aku malam tadi. Pagi tadi dia mungkin keluar, kejap lagi balik lah tu. Simpan lah mayat ni. Semak je dekat rumah ni."
"Astaghfirullahalazim Tia.. Kenapa cakap macam tu?"
"Reihan belum mati lagi. Kenapa dengan semua orang ni. Dah gila ke?"
Jeritan aku bergema disetiap isi rumah itu. Masing masing terkesima mendengarkan kata kata aku. Ada tetamu yang sedang berbisik sesama sendiri. Mungkin pelik dengan tindakan aku.
Johar bangun dari duduknya dan melangkah menghampiri aku.
"Duduk Tia, jangan buat malu keluarga."
Aku memandang sekeliling. Sekejap, ada seseorang yang tak ada.
Abah.
"Mana abah?"
Johar terdiam. Dia memandang umi.
YOU ARE READING
Pelangi Untuk Qaula
RomanceQaula Tiara. Hidupnya ni umpama sudah jatuh ditimpa tangga. Bala demi bala menimpa. Mula mula lah tabah, lama lama kecundang. Biasalah, hati manusia mana yang mudah untuk tetap kental. Dia sering menyalahkan takdir dan akhirnya dia membuat keputusan...