Bab 18

33 4 0
                                    

"Tiaaa!! Bangunn!? Bukak pintu ni."

Hishh..siapa tu. Memekak je lah aku nak tidur. Reihan lah ni. Umi kalau kejut aku sopan santun sikit. Tak mungkin Waffiy sebab dia sendiri pun bangun lambat.

Along?

Tak adanya. Along lagi senang. Dia ambil kunci pendua dia masuk bilik aku dia tutup aircond bukak langsir lepas tu terus keluar.

Aku bangun dari katil melangkah longlai menuju ke pintu masuk dan membukanya.

Reihan.

Dah agak dah.

"Nak apa? Lain kali kau amek tukul robohkan je pintu aku ni senang. Aku tak yah bangun bukakkan pintu untuk kau."

"Eh aku ni berwawasan sikit, aku kalau tak ada benda penting aku tak akan masuk bilik kau kalau berkunci."

"Habis tu apa yang penting sangat ni?"

"Kejap ea kejap satu minit."

Reihan bergegas keluar daripada bilik aku. Selepas beberapa saat dia kembali semula masuk kedalam bilik. Tetapi bukan dengan tangan kosong. Dia bawa sesuatu.

Set pakaian pengantin.

"Kau nak suruh aku nikah sekarang ke cane?"

"Hish kau ni ada orang hantar lah pagi tadi. Dia kata hadiah untuk kau."

"Siapa bagi?"

"Ryan Imran."

Ryan Imran? Ahhh aku kembali mengingati kenangan lama. Dulu dia pernah berjanji ingin hadiahkan aku pakaian pengantin ni kalau aku kahwin. Dia tunaikan janji dia.

"Tiaa.."

Reihan memanggil aku lembut..Air mata aku tiba tiba jatuh. Aku mengusap lembut pakaian pengantin itu.

Ahh inilah yang aku pernah minta dulu semasa kami ponteng sekolah dan melepak dishopping mall. Tapi yang aku mahu lain. Dia tak tunaikan janji dia.

Aku terus memeluk erat Reihan seakan akan tidak mahu melepaskannya.

"Hannn.."

Aku meraung sekuat tidak menyebut nama Reihan. Sebak aku jadinya. Nampaknya sehingga ke hari ni, Imran masih ingatkan aku walaupun dia sudah ingin berkahwin dengan orang lain.

"Shuhh shuh.. dah tia tak mau nangis."

Dia melepaskan pelukan dan mengesat air mata aku dengan kedua ibu jarinya.

"Han..kenapa dia tak tunaikan janji dia."

"Dia janji apa Tia?"

"Dia janji dia akan belikannya untuk hari perkahwinan tia dengan dia, bukan sebagai hadiah untuk perkahwinan tia dengan orang lain."

Aku mencampakkan set pakaian pengantin itu jauh dari katil aku. Aku bukan benci, cuma aku tak suka sebab cara dia layan aku buat aku semakin dekat dengan dia.

"Tia..look here listenn.."

Dia menolak aku jauh sedikit dari tubuhnya supaya aku boleh melihatnya.

"Tia, kau tak perlu berharap lada dia, dia sekadar menunaikan janji. Kau akan berkahwin and terima kenyataan tu. Dia bukan untuk tia dan tia bukan untuk dia. Sekarang ni anggap je ini hadiah perkahwinan daripada dia. Okay?"

Aku mengangguk lemah mendengar kata-katanya.

"Good girl. Dah cepat siap siap. Kata nak keluar dengan Hadham nak beli barang majlis."

Dia bangun daripada katil. Dia berlalu ingin meninggalkan aku.

"Hann.."

Dia kembali duduk disebelah aku.

Pelangi Untuk QaulaWhere stories live. Discover now