Bab 42

99 1 0
                                    

Aku melepaskan keluhan berat. Ahhh penatnya. Aku mengemaskan semua pakaian dan alat peribadi aku kedalam bagasi. Hari ni aku akan bertolak ke Sweden. Kedatangan peguam arwah Reihan tempoh hari telah membawa aku untuk ke Sweden dan tidak lagi menetap di Malaysia.

Arwah Reihan sudah menutup semua cawangan di seluruh dunia dan memulakan syarikat besar besaran di Sweden dan aku sebagai CEO barunya yang menggantikan tempat Reihan. Reihan pernah memberitahu aku tentang wasiat atas harta beliau dinamakan nama aku. Aku tak terkejut. Yang membuatkan aku terkejut kenapa Reihan bertindak untuk menutup semua cawangan yang sedia ada?

Mungkin untuk memudahkan aku yang baru sahaja menceburi bidang pengurusan syarikat ini. Tapi kenapa tidak buka ibu pejabat di Malaysia je? Kalau lah dia masih ada, aku harap dia bolehlah beritahu aku apa motifnya semua ni.

Aku tidak memberitahu umi mahupun yang lain. Tidak seorang pun yang tahu aku akan ke Sweden hari ni dan tak akan kembali semula. Aku tak mahu orang tahu, biarlah aku ubah kehidupan aku sendiri lepas ni. Kehilangan orang yang aku sayang sudah cukup buat aku terseksa. Biarlah aku bina kehidupan baru tanpa sesiapa. Mungkin ini yang terbaik.

Aku bertindak mencampakkan semua bagasi aku dari balkoni bilik aku di tingkat dua. Ada dua orang pekerja yang aku upah untuk bantu aku memunggah barang barang itu. Banyak juga lah barang aku. Selepas selesai mencampakkan semua bagasi, aku keluar daripada bilik dengan perlahan. Aku takut dia orang terjaga. Dah lah depan bilik aku ni betul betul bilik umi.

Aku memerhatikan jam didinding yang menunjukkan pukul 2.35 pagi. Ahhh kena cepat ni. Flight pukul tiga. Susah kalau terlepas, takut orang lain perasan aku pergi Sweden. Aku berlari lari anak menuruni anak tangga itu. Aku melangkah perlahan di ruang tamu. Aku meletekkan sekeping sampul surat dan segugus kunci diatas meja diruang tamu itu.

Aku merenung kunci itu. Ada air mata yang mengalir. Aku sedih. Aku memandang sekeliling. Sudah 20 tahun aku membesar disini. Akhirnya, aku akan tinggalkan juga rumah ni.

Aku memandang ke arah sofa. Tempat duduk kegemaran aku dan ayah aku. Kami selalu duduk sama sama disitu dan menonton televisyen.

"Abah, nanti dah besar Tiara cantik tak macam puteri tu?"

"Tak. Sebab nanti dah besar Tia akan lebih cantik daripada puteri dalam tv tu."

"Betul ke bah?"

"Betull lah sayang, abah mana pernah tipu Tiara."

"Yeyyyy."

Aku mengekek ketawa dan menyandarkan kepala aku dilengan abah sambil bermain dengan anak patung.

Aku tersenyum sendiri. Teringat kembali saat dimana abah lah segala galanya untuk aku. Masa tu, aku lebih sayangkan abah berbanding Reihan. Sehinggalah dia bernikah lain. Sejka tu semuanya berubah. Aku menoleh ke arah meja makan.

"Tiara nak tolong umi tak?"

Aku berlari mendapatkan umi didapur yang sedang sibuk membuat kuih raya.

"Nakk umii Tiara nak tolongg!!"

"Meh sini.. Tengok umi susun kuih ni. Boleh Tiara susun macam ni dalam bekas tu?"

"Eleh senang je ni."

Aku meletakkan anak patung yang aku peluk kemana sahaja aku pergi, aku letakkan di tepi meja makan itu.

Kemudian entah dari mana Reihan datang dan mencuri anak patung aku.

"Rekhan pulang balik lah ..umii tengok Reihan tu umi amek anak patung Tiara."

Sambil menyuapkan kuih raya yang umi buat aku mengejar Reihan. Kami berkejaran disekeliling rumah.

Aku melepas keluhan lagi. Terlalu banyak kenangan yang membunuh aku dirumah ni. Aku rindu semuanya. Aku rindu abah. Reihan. Umi. Aku memandang kearah anak tangga. Kesian umi, mesti dia sedih dengan kehilangan aku.

Maafkan Tia, umi.

Aku merangkul beg tangan aku yang berwarna pink cair itu dan melangkah keluar daripada rumah. Perlahan. Aku menutup pintu utama perlahan. Kereta along ada. Maknanya along dah balik. Aku terpandangkan kereta Reihan yang diselimuti oleh kain hitam. Kainnya terbuka sedikit. Aku menyelak sebahagian untuk melihat kereta Reihan.

"Tia nak kereta yang mana?"

"Han nak belikan untuk Tia ke?"

"Mana boleh untuk Tia, Tia baru 15 tahun, mana boleh bawa kereta lagi.

Aku memuncungkan bibir.

"Habis tu kenapa tanya Tia nak kereta yang mana?"

"Ye lah Han beli kereta ni untuk bawak Tia jalan jalan. Jadi kenalah beli kereta yang Tia suka."

"Kereta dekat sini semua tak lawo."

"Habis Tia nak kereta macam mana?"

"Tia nak Wertty sport."

"amboi demandnya. Mana Han nak cari kereta tu, kereta tu kena tempah."

"Kalau gitu beli je lah ikut apa yang Han nak."

"Okay lah jom, Kita pergi tempah Wertty Sport yang Tia nak tu."

"Betul ke Han?"

"Betul lah. Untuk Tia semua boleh. Jom cepat.."

"Yayyyy..sayang Hann!!"

Pandangan aku sayu pada kereta itu. Aku sedar, itu lah Reihan. Dia akan melakukan apa sahaja untuk buat aku gembira. Aku mengusap perlahan kereta itu. Aku menutup kembali kain rentang hitam yang menutupi kereta Reihan itu. Aku berjalan keluar daripads perkarangan rumah. Aku menoleh menghadap rumah banglo tiga tingkat itu.

Selamat tinggal semua..

Aku memasuki perut teksi dan menuju ke lapangan terbang.

Pelangi Untuk QaulaWhere stories live. Discover now