Tok tok tokk!!
"Assalamualaikumm."
Puan Fahimah mendengar bunyi ketukan pintu utamanya. Puan Fahimah membuka pintu dan kelihatan Encik Qayyum berdiri disebalik pintu.
"Ouh abang. Waalaikumsalam. Ingatkan siapalah tadi."
Puan Fahimah mengambil beg bimbit Encik Qayyum dan meletakkannya di sofa.
"Abang dari mana ni?"
"Dari office. Abang sekejap je ni, dah janji dengan Tiara nak balik rumah malam ni."
"Alah abang ni kan semalam abang dah balik, hari ni abang patutnya duduk sini."
"Bukannya abang tak nak duduk sini, tapi sekarang ni keluarga abang tengah ada dalam masalah."
Puan Fahimah sekadar mengangguk tanda memahami Encik Qayyum.
"Papa balikkkk!!"
Larissa berlari menuruni anak tangga menuju ke Encik Qayyum.
"Eh anak papa ni terkejut papa lah."
Larissa serta merta mengambil tempat disebelah Encik Qayyum dan memeluknya.
"Abang jom lah makan, Irah dah siapkan makanan tu. Rissa pergi panggil angah turun makan."
"Okay ma."
Puan Fahimah menuruti langkah suaminya memasuki ruang makanan. Banyak makanan yang sudah terhidang di atas meja makan. Tak lama kemudian Larissa dan Ryan Imran tiba di ruang makan.
Larissa mengambil tempat disebelah Puan Fahimah dan Ryan Imran mengambil tempat dihadapan Puan Fahimah.
"Rissa dah kerja ke?"
"Dah pa, Rissa kerja dengan anak papa tu. Si Reihan tu."
Encik Qayyum terkejut mendengar jawapan Larissa. Bagaimana anak perempuannya tu boleh bekerja dengan Reihan pula.
Sudah.
Qaula Tiara bekerja dengan Hazmizi. Larissa pula bekerja dengan Reihan. Nampak gaya lambat laun dia orang pasti akan kenal antara satu sama lain.
"Kenapa kerja dengan Reihan, Rissa?"
"Dah dia offer Rissa kerja, takkanlah Rissa nak tolak. Bukan senang sekarang nak cari kerja."
"Habis kalau nanti dia dapat tau Rissa anak papa macam mana?"
"Papa jangan risau. I'll be more profesional on work. Lagipun Rissa berbintikan arwah ayah, jadi dia takkan cam Rissa."
"Lambat laun mereka akan tau juga."
Kenyataan Ryan Imran serta merta mematikan selera semua orang yang berada dimeja makan.
"Betul. Tapi not now."
Balasan Encik Qayyum ternyata membuatkan Ryan Imran juga mula meletakkan sudunya.
"Sampai bila uncle? Sampai semua keluarga uncle tu mati?"
"Imran!!"
Puan Fahimah meninggikan suara kearah Imran.
Ternyata dalam ahli keluarga Puan Fahimah, Imran seorang sahaja yang tidak menerima kehadiran Encik Qayyum sebagai ayahnya dalam hidupnya sekarang.
Imran terus meletakkan semula sudunya dan bangun dari kerusinya. Dia terus meluru menaiki anak tangga menuju kebiliknya.
***
"Arghhhhhhhhh!!!"
Aku menjerit sekuat hati aku. Di tasik itu lah yang menjadi saksi kemarahan aku terhadap uncle Qayyum.
"Sabar lah Im."
Aria yang berada disebelahnya cuba menenangkan aku.
"Aku tak boleh lah Ria..aku sayangkan Tiara. Sekarang ni aku terpaksa lepaskan dia sebab dia adik tiri aku. Ahhhhh"
"Aku faham perasaan kau Im, tapi kau kena kuat, kalau kau macam ni kau akan kalah."
"Aku dah memang kalah pun Ria. Aku terpaksa terima Kaiwa supaya aku boleh jauh dari Tiara. Nak pisahkan Uncle dengan mama memang tak lah. Susah. Aku yang terpaksa mengalah tau tak."
Akhirnya air mata aku tumpah juga. Bukan kerana terlalu marah dengan Uncle Qayyum dengan mama, tapi aku marahkan diri aku sendiri sebab pengecut. Aku lepaskan orang yang aku sayang.
Bodoh.
"Tak ada apa Im yang kau boleh buat, mungkin dah tak ada jodoh kau dengan Tiara."
"Aku sayang dia, Ria..."
Aria mengusap belakang badan aku lembut memujuk aku yang sedang teresak esak menangis.
"Lagi seminggu je aku akan berkahwin dengan Kaiwa. Macam mana Ria? Aku tak sanggup lah tengok Tiara sedih. Lagi Tiara dah bertunang pulak tu dengan orang lain. Mesti dia kecewa sangat dengan aku Ria."
"Tak Imran. Dia tak akan kecewa dengan kau. Dia mungkin akan lebih bangga dengan kau, sanggup korbankan perasaan kau demi parents kau."
"Mungkin.."
Aku tersengih menyindir. Fikiran aku terlalu serabut sekarang. Aku seratus peratus tak bersedia dengan perkahwinan ni tapi kenapa aku boleh terima perkahwinan ni.
"Walaupun Kaiwa tu adik aku, tapi aku tetap tak mahu kau bersama dengan dia Im. Bukan sebab dia jahat, tak sesuai dengan kau. Bukan. Tapi sebab aku nak biarlah dia berkahwin atas dasar cinta. Betul. Cinta tu menjamin apa apa selepas perkahwinan, tetapi biarlah kedua dua hati bertaut atas rasa rela antara satu sama lain. Bukan atas dasar terpaksa berkorban untuk orang lain. Aku harap kau faham Im."
Aku sekadar tunduk mendengar kata kata yang keluar daripada mulut Aria.
"Apa aku nak buat sekarang Aria?"
Tiba tiba ada satu pesanan ringkas tertera pada skrin handphone aku.
Satu pesanan ringkas daripada Tiara
Aku membuka pesanan ringkas itu. Aku melihat tarikh pernikahan Tiara. Sehari sebelum tarikh nikah aku?
'Imran, aku percepatkan tarikh nikah aku sebab Hadham akan sambung sem tak lama lagi. Sorry, mungkin aku tak dapat datang majlis kau sebab majlis aku cepat sehari daripada kau.'
Aku mencampakkan handphone aku ketepi. Aria terkejut dengan tindakan aku. Aria mengambil handphone aku dan melihat mesej apa yang membuatkan aku lebih naik angin.
"Tak sangka kan, perempuan yang kau selalu cerita, kau sayangkan dia, kau menyesal tinggalkan dia tu Tiara."
Aku diam membisu. Tidak langsung membalas apa yang Aria katakan.
"Apa yang aku boleh cakap sekarang ni, kau cuma perlu ikut je takdir yang dah ditentukan. Buat masa sekarang aku harap kau sedar, kau tak mampu nak juat apa apa untuk memiliki Tiara. One fine day young man, kalau ada jodoh kau dengan Tiara. Adalah."
Aria menepuk bahu aku lembut. Angin malam tu sangat tenang menampar-nampar pipi aku.
Dulu. Kalau aku bosan tengah tengah malam tak boleh tidur, tasik ni lah jadi tempat aku lepaskan bosan. Dan setiap kali aku kesini, tak pernah sekalipun Tiara tak temankan aku.
Aku rindu sangat kau Tiara...
Dalam pada mereka tak sedar, ada seseorang sedang memerhatikan mereka berdua disebalik pokok itu mendengar perbualan mereka berdua.
YOU ARE READING
Pelangi Untuk Qaula
RomanceQaula Tiara. Hidupnya ni umpama sudah jatuh ditimpa tangga. Bala demi bala menimpa. Mula mula lah tabah, lama lama kecundang. Biasalah, hati manusia mana yang mudah untuk tetap kental. Dia sering menyalahkan takdir dan akhirnya dia membuat keputusan...