Bab 41

135 1 0
                                    

"Eee jalan lah betul betul Tia. Penat lah aku nak seret kau je."

"Aku penat lah Im."

Memandangkan terlalu banyak checkpoint yang perlu dicari jadi kami yang ada sepuluh orang dalam kumpulan ni (sepatutnya 11 orang lah) berpecah kepada beberapa kumpulan dan akan berkumpul di tapak perkhemahan tepat pukul lima petang.

"Eh kau ni, tak sampai setengah jam pun lagi weh berjalan, dah penat, lembik betul lah."

Imran membebel panjang merungut. Imran berhenti dan mendudukkan aku pada akar pokok yang besar itu dan menyandarkan badan aku pada batangnya.

"Marah marah pun sayang jugak kau dekat aku."

"Mati kau nanti dekat sini susah, kau bukannya ringan."

Aku mencebik menahan geram. Ada ke dia kata aku berat? Tak guna.

"Sayang aku tu cakap je lah."

"Bising lah kau ni. Kata tadi penat, diam diam je lah."

Aku terdiam mendengarkan marahnya. Haih Im ni.

"Macam mana kau boleh tau itu pistol palsu?"

Soalan aku membuatkan dia tersenyum kecil.

"Itu bukan pistol palsu. Itu pistol yang ada dua kegunaan, satu boleh guna peluru betul, satu peluru palsu."

"Tak kisah lah. Macam mana kau tau?"

"Aku ni gamer. Biasa lah tu. Kalau orang bukan gamer pun boleh tau lah pistol tu jenis macam mana, kau tak perasan ke ada dua picu yang berbeza. Aku dari awal lagi dah tengok pistol dia tu."

"Aku mana ada masa nak tengok pistol orang tua tu. Yang aku tau nak selamatkan diri je masa tu."

"Tu lah kau tak nak memerhati. Asyik nak gelabah je."

"Cehh. Tapi pada aku tak logik betul lah, pistol tu boleh guna dua jenis peluru yang berbeza. Untuk apa? Untuk apa ada yang palsu jika ada niat untuk menembak?"

"Tu lah kau tak tau, asyik terperap dalam bilik je lepas tu berangan. Peluru palsu tu untuk tujuan undercover."

"Contohnya?"

"Contohnya ada orang culik kau. Untuk dapatkan kau semula dengan cara yang bijak, aku kena seludup masuk kedalam kumpulan yang culik kau tu. Andaikata kalau dia suruh aku tembak kau tanda kesetiaan, aku tembak je. Kau rasa sakit tapi sementara je. Takkan tinggalkan apa apa kesan pun kemudiannya."

"Kenapa kau nak selamatkan aku?

"Apa ke benaknya kau ni? Dah kau kawan aku, takkan lah aku nak biar kau gitu je?"

"Kawan?"

"Habis tu?"

Aku merenung tepat anak mata Imran. Dalam. Ikhlas. Ikhlas? Hurm..

"Tak ada apa.."

Aku menggeleng perlahan. Aku memandang hutan belantara yang berada dihadapan mata aku lalu memejamkan mata seketika.

"Aku sayang kau."

Apa? Serta merta aku membuka mata dan memandang Imran yang sedang bersandar pada batang pokok disebelah aku.

"Apa dia tak dengar?"

Aku dengar. Biasalah, aku sengaja nak suruh dia ulang semula.

"Kalau aku mampu selamatkan kau, aku akan selamatkan. Kan aku sayang kau?"

Aku menjuihkan bibir.

"Cehh.. Sweet ah konon? Dah lah kau."

"Aku cakap benda betul lah."

"Apa yang kau cakap ni tak pernah boleh percaya tau. Dah jom lah gerak, nanti lambat."

Aku segera menarik tangan Imran dan bangun dari duduk aku.

"Aik? Kejapnya rehat?"

"Cepatlah kita tak boleh rehat sangat, lebih baik kita cari lebih banyak checkpoint, mana tau boleh lepas daripada benda alah ni."

"Sekejap lah duduk lah dulu lagi lima minit geraklah. Baru pukul berapa."

Aku kembali semula duduk disebelah Imran. Kami berdua terdiam. Lama.

"Aku nak tanya sesuatu boleh?"

Akhirnya Imran memecahkan kesunyian dengan soalannya. Aku sekadar mengangguk. Malas aku nak mengusik dia. Penat.

"Kenapa kau match make kan aku dengan Kaiwa?"

"Entah. Agaknya korang sesuai kot bersama."

Imran mengangguk. Kenapa pulak dia mengangguk? Pelik betul lah..

"Engkau?"

"Aku? Kenapa dengan aku pulak?"

"Kau sesuai dengan siapa?"

"Entah. Aku rasa aku okay je dengan semua orang."

Jawapan selamba aku membuatkan Imran berasa tidak puas hati. Dia memandang aku tajam.

"Kenapa kau ni?"

"Tak ada apa lah. Dah lah jom dah lima minit. Gerak jom."

Kami bangun dan berlalu pergi dari situ. Kami berjalan beriringan. Tanpa arah tuju. Berjalan je lah mana tau ada nasibnya jumpalah checkpoint yang nak dicari tu.

Aku memandang Imran yang sibuk menebas semak dengan parang yang menghalang laluan kami. Nampak kesungguhannya. Sungguh. Sekua yang dia lakukan buat aku tertarik. Dia rapat dengan aku, tapi kenapa aku masih rasa jauh dari dia? Seolah olah macam ada sesuatu yang menghalang.

Kadang kadang aku rasa kekok dengan tiba tiba bila dengan dia. Dia pelajar cemerlang sekolah aku. Jadi untuk berbual dengan dia agak susah sebab dia sibuk. Dengan akedamik, aktiviti kokurikulum. Perbualan kami biasanya hanya pada waktu rehat, itupun kalau dia tak ada latihan muzik. Masa balik pula dah jarang sekarang sebab dia diminta oleh guru disekolah untuk menjadi guru dalam satu kelas tambahan khas yang pihak sekolah anjurkam khas untuk pelajar kurang cemerlang.

Kami sentiasa sibuk dengan tugas masing masing membuatkan kami semakin lama semakin jauh. Aku juga sibuk juga kadang-kadang. Aku ni penolong kanan pengawas sekolah. Jadi memang kebiasaannya aku akan sibuk dengan urusan diluar kelas.

Kem begini sebenarnya sedikit sebanyak membantu hubungan kami, tapi untuk apa?

Untuk apa dibina jika akhirnya perlu diruntuhkan?

Hendak dibiar sahaja hubungan kami ni macam ni, sayang. Tapi kalau nak ambil pusing pun tiada guna. Aku yang terlalu ego tidak mahu meluahkan perasaan dan sikap Imran yang tidak mahu aku berharap pada dia, susah.

Akhirnya masing masing memendam rasa sendiri. Nak diluah mati mak, ditelan mati bapak, dikemam bunuh diri. Macam mana?

Aku menunduk lemah dan meneruskan langkah menuruti langkah Imran. Ikut sahaja kemana dia pergi.

Pelangi Untuk QaulaWhere stories live. Discover now