Bab 22

31 3 0
                                    

Aku menutup yaasin sebaik sahaja aku menghabiskan bacaannya. Aku menciumnya dan kembali merenung kubur yang berada dihadapan aku. Sudah satu jam aku berada disitu. Ahli keluarga yang lain sudah beransur pulang.

Aku menyiram air yang aku taburkan dengan bunga berwarna merah diatas kubur arwah Hadham itu.

Aku menyeka air mata aku. Sejak semalam air mata aku tidak berhenti daripada mengalir.

Selendang berwarna coklat pekat yang melilit kepala aku itu sudah basah dengan air mata.

Aku sepatutnya menghadiri majlis perkahwinan Ryan Imran pada hari ini, tetapi aku mengambil keputusan untuk singgah sebentar menziarahi kubur arwah Hadham

Aku merenung inai ditangan. Masih merah. Aku sekadar mengingatkan diri aku, aku pakai inai ini untuk majlis perkahwinan Ryan Imran hari ni.

Walaupun hakikatnya, aku sepatutnya sudah bergelar isteri, tetapi kenyataan pahit yang datang terpaksa aku mengubah fikiran aku untuk tidak berfikir lagi soal majlis perkahwinan aku yang tidak menjadi itu.

Betullah kata orang, kalau dah tak ada jodoh, rancanglah sehebat mana pun, jika Allah kata bukan jodoh kita, maknanya bukanlah.

Aku bukan tidak sayangkan Hadham memandangkan aku cepat move on apa yang terjadi dalam hidup aku, tapi menangisi orang yang telah pergi tu buat kita lebih sengsara sebenarnya. Aku perlu tabah. Arwah Hadham mesti bangga dengan aku.

Walaupun Hadham jarang berada disisi aku, tapi aku tau dia sentiasa menjaga aku dari jauh. Aku tau dia sayang aku, tapi sebab ego dia yang tinggi tu, dia selalu nafikan.

Siapa kata aku tak pernah ada hati dengan dia? Dah kalau ada seorang lelaki yang jaga kau sepenuh hati dia, takkan lah kau langsung tak ada hati kan? Tapi disebabkan awal awal lagi dia dah reject aku, dia berpegang pada prinsip 'no feelings between us' dia tu menyebabkan kami hanya sekadar kawan baik.

Tiba tiba handphone aku bergetar didalam beg tangan aku. Aku lihat diskrin siapa yang memanggil.

Reihan.

"Assamualaikum. Tia dekat mana?"

"Waalaikumsalam, Tia dekat kubur, nak gerak lah ni pergi majlis Im. Han kat mana?"

"Han ingat nak tunggu Tia, tiba tiba ada client nak jumpa dekat brunei. Urgent katanya. Han dah bertolak pergi airport ni. Sorry Tia tak boleh nak tunggu Tia."

"Tak pe lah Han. Han balik sini bila?"

"Tak tau lagi, kalau meeting habis hari ni dah tak ada apa apa Han sampai malam ni kot atau paling lambat esok pagi."

"Okay tak pe lah Han, Tia tak kisah pun. Bye Han jumpa esok."

Aku baru sahaja ingin mematikan telefon bimbit dia kembali bersuara.

"Tia, Han sayang Tia."

Aku terpanar seketika mendengarkan Reihan meluahkan perasaannya begitu pada aku disaat saat begini.

"Han mintak maaf tak dapat temankan Tia."

Aku rasa mesti Reihan masih rasa bersalah kerana tidak menemani aku. Bukan untuk ke majlis perkahwinan Imran, tetapi waktu waktu beginilah aku sangat memerlukannya. Selepas kehilangan Hadham, aku memang sangat perlukan Reihan.

"Han balikkan esok, Tia tak kisah lah. Dah memandu elok elok. Tia tak nak hilang Han pulak."

"Ye sayang. Tia tunggu Han okay, Han janji paling lambat pun Han sampai esok pagi, nanti malam Han call kalau Han balik malam nanti."

"Ya Han tak payah tergesa gesa pun tak apa, Tia okay lah. Dah lah Han bye assalamulaikum."

"Waalaikumsalam. Love you"

"Ye ye me too bye Han"

Talian segera dimatikan. Reihan bersikap sangat pelik. Kenapa dengan dia ni? Dia tak pernah luahkan perasaannya begitu. Ahh biarlah, agaknya dia turut bersedih atas kehilangan Hadham menyebabkan dia rasa aku perlu kasih sayang yang lebih daripadanya.

Aku melipat tikar yang aku bentang ditepi kubur arwah Hadham dan mengambil bekas air itu dan membawanya bersama memasuki kereta.

Nak pergi majlis Imran pulak. Haih kuat ke aku.

Handphone aku tiba tiba sekali lagi berdering minta diangkat. Kali ni Aria pula yang menghubungi aku.

"Assalamualaikum."

Kedengaran suara Aria memberi salam dihujung talian.

"Waalaikumsalam, ada apa ria?"

"Lambatnya kau sampai, kau dekat mana ni? Lama aku tunggu kau."

"aku ziarah kubur arwah Hadham dulu. Aku dah gerak dah ni. Lagi lima minit aku sampai."

"ouh, aku ingat kau sesat tadi."

"apa benda lah kau ni rumah Im tu sederet rumah aku je mana ada sesat."

"haih berangan apa kau ni, buat dekat dewan besar lah."

"eh hah dewan besar lah aku nak cakap haih aku ni merepek je."

"hah ye lah, jumpa kau kat sana, dah sampai call aku jemput kau nanti."

"ye lah ye lah."

Aku segera mematikan talian kerana aku ingin memandu kereta keluar daripada perkarangan kubur itu dengan cepat. Nanti karang kalau lambat sampai bising pulak minah tu.

Aku memandu keluar kereta George Youth aku tu laju daripada perkarangan kubur itu. Aku melihat kubur arwah Hadham daripada cermin sisi aku.

Hadham, cepatnya kau pergi tinggalkan aku. Kalaulah kau tak kahwin dengan aku, mesti kau takkan pergi tinggalkan aku kan.

Air mata aku terus jatuh darilada tubir matanya.

Arghhhhhhh!!

Aku menjerit sekuat hati aku. Aku menyesali tindakan aku yang menerimanya.

"kenapa kau langgar prinsip kau Hadham. Kalau tak, kau mesti tak akan tinggalkan aku."

Aku menyeka air mata aku. Aku berhenti dibahu jalan seketika. Disebabkan air mata aku yang mengalir telah menyebabkan solekan yang aku kenakan sudah hampir rosak.

Aku berhenti kereta supaya aku boleh membetulkan kembali make up aku. Aku biasanya jarang bermake up tapi disebabkan mata aku yang sembab dan muka aku yang pucat, aku terpaksa memakainya.

Sudah sehari suntuk aku menangis. Siapa tak sedih, bakal suami kau meninggal dunia pada hari pernikahannya. Apa lah nasib aku.

Pelangi Untuk QaulaWhere stories live. Discover now