Bab 28

40 4 1
                                    

Bunyi ketukan pintu utama menyedarkan aku daripada lamunan. Kenangan lima tahun lalu kembali menerjah kembali kedalam ruang fikiran aku.

Aku berfikir seketika. Patutlah Imran tak boleh pilih aku. Rupanya aku ni adik tiri dia. Dia dah lama tau, sebab tu dia tak pilih aku.

Arghhhhhh!!

Aku membaling bantal peluk tepat kearah cermin meja solek dihadapan aku. Cermin tak pecah pun. Tapi barang atas meja tu bertaburan sedikit.

Aku keluar daripada bilik ingin melihat siapa yang datang. Aku menuruni anak tangga dengan langkah yang agak laju.

Aku menjengah disebalik dinding yang menjadi tembok keselamatan untuk tangga itu.

Abah.

Aku melajukan lagi langkah untuk tiba di ruang tamu. Kelihatan umi sedang duduk berbual dengan abah. Along dengan Waffiy pun ada sekali. Berbincang apa agaknya.

"Ada apa datang rumah aku?"

Soalan aku membuatkan semua mata terarah kepada aku. Yang paling terkejut sebenarnya umi. Mungkin sebab dia pelik, kenapa aku berbahasa kurang ajar begitu terhadap abah.

"Tia, kenapa cakap macam tu. Ni kan abah."

Umi meninggikan suara terhadap aku.

"Abah? Ayah kepada siapa ni sebenarnya?"

Umi baru sahaja ingin bertanya, telefon aku berdering secara tiba tiba. Aku melihat di skrin siapa yang sedang menghubunginya.

Reihan.

Hish budak ni kata nak balik semalam. Dah dua hari dah. Tak guna betul.

Aku menuju kedapur ingin mengangkat panggilan daripada Reihan.

"Assalamualaikum.."

Reihan memberi salam dihujung talian. Ya Allah rindunya dengan hamba Allah seorang ni.

"Waalaikumsalam, Han dekat mana?"

"Han dekat sydney ni. Lupa nak telefon Tia."

"Kata pergi brunei?"

"Ye malam nak balik tu ada client call nak jumpa dekat sydney, tu yang tukar flight. Kelam kabut Han dibuatnya. Tu yang tak sempat nak telefon Tia."

"Ermm tak pe lah."

"Tia tengah buat apa?"

"Han balik lah cepat, Tia banyak nak cerita ni."

"Cerita apa?"

"Han balik dulu. Kalau Tia bagitau sekarang nanti Han tak senang nak buat kerja."

"Han lama sikit kot dekat sini. Esok lusa agaknya baru balik. Tak tau lagi macam mana."

"Tak apa Tia tunggu."

"Tia cerita je lah. Kalau Tia tak cerita Han lagi susah hati."

"Susah lah nak cerita dekat sini."

"Tia nak cerita pasal apa?"

"Han balik dulu boleh tak? Nanti Tia janji Han sampai je rumah Tia terus cerita."

"Okay lah kalau gitu, Tia. Han nak kena gerak dah ni. Nanti Han call balik okay?"

"Okay bye Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

"Love you."

"Me too bye."

Talian dimatikan. Aku merenung keluar jendela. Baru dua hari Reihan tinggalkan aku, aku rasa tak ada tempat aku nak mengadu. Aku baru sahaja kehilangan Hadham. Hal abah lagi. Hal Imran.

Pelangi Untuk QaulaWhere stories live. Discover now