Bab 33

40 3 0
                                    

Aku tiba di Lapangan Terbang Johor Bahru tepat pukul 11 malam. Lambat 15 minit. Aku harap Reihan tak marah lah.

Aku menuju ke kaunter pertanyaan untuk bertanyakan flight dari sydney sudah tiba atau belum.

"Ye cik boleh saya bantu?"

"Flight dari sydney ke malaysia dah sampai ke belum?"

"Sebentar ye cik."

Sementara menunggu balasan pekerja yang bertugas dikaunter itu, aku melihat pada papan elektrik besar yang terpampang menunjukkan jadual penerbangan pada hari itu. Aku mencari flight daripada Sydney.

Aku ternampak ada tanda merah yang tertulis delayed. Hanya ada satu penerbangan yang delayed. Aku perhatikan penerbangan dari mana yang delayed itu.

Dari Sydney.

Tak mungkin. Aku mendail nombor Reihan. Tidak. Reihan dah sampai 15 minit yang lepas. Apa pulak delayed.

"Cik, flight yang encik cari belum tiba lagi di lapangan terbang."

"Kenapa ye cik?"

"Kami belum dapat sebarang maklumat lagi daripada flight berkenaan. Kalau ada apa apa informasi lanjut, kami akan beritahu cik."

"Terima kasih."

Aku terus menyambung mendail nombor Reihan.

Harap maaf, nombor yang anda dail tiada dalam sambungan. Sila cuba sebentar lagi.

Ahhh tak guna. Handphone Reihan mati pulak. Mana dia pergi ni.

Handphone aku kembali berdering. Aku terus melihat skrin.

Umi.

"Assamualaikum umi."

"Waalaikumsalam, Reihan dan sampai?"

"Belum umi. Kejap lagi kot."

"Okay, kalau dah sampai telefon umi."

"Okay."

Talian dimatikan. Apa dah terjadi ni sebenarnya. Sudah pukul 11.30 tetapi bayang Reihan masih belum nampak. Tanda delayed pada flight Reihan masih belum hilang menandakan flight itu masih belum tiba.

Sudah hampir 20 kali aku menelefon Reihan tetapi tidak diangkat.

Aku menunggu diruang nenunggu. Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam.
Lambatnya.

Handphone aku berdering lagi. Kali ni tak tahu siapa. Aku melihat skrin.

Reihan.

Aku terus mengangkat panggilan itu.

"Reihan. Han dekat mana ni? Lambatnya sampai. Lama Tia tunggu."

"Tia. Han sayang Tia."

"Apa Han cakap ni. Balik lah cepat. Tia penat ni."

"Han rasa Han tak balik dah. Kirim salam.dengan umi. Kata Han sayang umi."

"Apa han cakap ni. Jangan main main lah. Balik lah Han. Tia tunggu ni."

"Selamat tinggal Tia. Han sayang Tia. Jaga umi dengan abah baik baik ya. Asaalamulaikum."

"Hannn..Han.."

"Argghhhhhhhhhhh..Allahuakbar."

Tett..tet..tet..

Talian dimatikan. Suara orang menjerit tadi mengejutkan aku. Tak. Tak mungkin.

Air mata aku mengalir laju. Ya Allah selamatkan lah Reihan. Aku mohon ya Allah. Aku mohon.

Aku terduduk dikerusi itu. Aku merenung kejadual penerbangan itu. Flight Reihan masih belum tiba. Atau langsung tak tiba?

Dari jauh kelihatan umi, along dan waffiy sedang berlari kearah aku. Semakin lama semakin hampir.

"Tia..Han ada call Tia."

"Baru tadi."

Umi memeluk aku. Erat.

"Sabar ya Tia."

Aku menolak pelukan umi.

"Apa umi ni. Reihan kata dia balik. Dia lambat sikit je."

"Reihan tak balik Tia."

"Kan Tia kata Han balikkk, Han balikk lahh!!"

Aku meninggikan suara dan terus berlari keluar daripada lapangan terbang itu. Tak. Tak mungkin Reihan tinggalkan aku. Dia dah janji. Tak. Takkan. Aku tak percaya. Mesti dia sengaja nak kacau aku.

Ya. Dia bergurau je. Aku yakin.

Pelangi Untuk QaulaWhere stories live. Discover now