Aria termenung di bangku halaman rumah Qaula. Dia masih terkejut dengan kepergian Qaula secara tiba-tiba. Dia baru sahaja pulang dari Korea dan dia tidak menyangka Qaula telah pergi meninggalkan dia tanpa sebarang pamitan.
Puan Yaraha berjalan menghampiri Aria.
"Ria, sabarlah. Aunt pun terkejut dengan tindakan Qaula. Aunt sendiri pun tak tahu menahu kenapa dia tinggalkan kami semua. Surat yang dia tinggalkan pun tak menjawab apa apa soalan. Semua orang tengah cuba menjejakinya tetapi sampai sekarang tak dapat dapat."
Aria mengeluh berat. Dia janji untuk belikan hadiah kesukaan Qaula. Katanya dia tak mahu belikan sebab mahal, maklumlah, Qaula memintanya untuk membelikan sebuah beg jenama Tahama. Jenama yang paling mahal dekat Korea. Aria sudah membelikan untuk Qaula tanda kejutan, tetapi sayangnya, Qaula pergi tinggalkan dia sebelum sempat dia membuat Qaula gembira.
Aria simpati dengan nasib Qaula, tetapi tidak bolehkah dia anggap dia masih ada Aria walaupun dia hilang ramai orang yang dia sayang?
"Aria kecil hati aunt. Dia hilang ramai orang yang dia sayang dan anggap seolah olah dia tiada sesiapa lagi. Habis kita ni apa aunt?"
Puan Yaraha terpaku mendengarkan luahan Aria.
"Sekalipun Tia tu tak anggap kita ni masih sayangkan dia. Kita masih ada kalau dia nak luahkan perasaan ke apa ke. Dia tak pernah anggap yang kita ni masih ada untuk dia walaupun ramai yang dah tinggalkan dia."
"Sabarlah Aria. Aunt pun terkilan dengan sikap Tia. Tapi nak buat macam mana, dia tak rapat sangat dengan aunt."
"Aunt. Ni bukan soal rapat atau tak. Dengan Hadham tu pun, dia bukannya rapat sangat, dekat u Tia lagi rapat dengan Aria banding Hadham, kenapa dia masih fikir dia tak ada sesiapa."
"Kalau aunt memang boleh terima kalau dia dah tak hiraukan aunt. Sebab aunt tak rapat dengan Tia. Tia rapat dengan abah dia dan Reihan. Sebab tu dia terkesan sangat bila dua dua hilang tinggalkan dia."
"Tapi dia kena terima lah, walau serapat mana pun dia dengan sesiapa lah tak kisah, fikir lah, kita ni pun ada kot untuk dia. Dia tu je yang tak nampak."
"Entah lah Ria. Aunt pun dah tak tau nak cakap apa."
"Aria balik dulu lah aunt, Aria nak jumpa Imran. Aria letak beg ni dekat sini okay aunt, kalau Tia tak balik balik, aunt ambil je lah."
"Erm ye kah. Terima kasih rantai yang Aria belikan untuk aunt tu. Cantik sangat."
"Sama sama. Aria balik dulu ya, kalau ada masa nanti Aria singgah lagi."
"Iyalah, hati hati bawa kereta tu."
Aria sekadar mengangguk mendengar nasihat Puan Yaraha. Aria memandu laju keretanya keluar daripada perkarangan rumah Qaula menuju kerumah Imran.
Tidak sampai lima minit, dia tiba dirumah Imran. Kereta Kaiwa tak ada, keluar lah ni.
Kring!! Kringg!!
"Assalamualaikum."
Selepas beberapa minit kemudian, Imran keluar daripada rumah dan melihat siapa yang membunyikan loceng rumahnya.
"Eh Aria."
Imran berlari kearah pagar rumah dan membukakan mangganya untuk Aria.
"Ada apa ni tiba tiba datang. Jemputlah masuk."
"Kaiwa mana?"
"Biasalah, keluar dengan kawan."
"Aik? Hujung minggu habiskan masa dengan kawan. Suami duduk terkontang kanting dekat rumah bukannya nak dilayan."
YOU ARE READING
Pelangi Untuk Qaula
RomanceQaula Tiara. Hidupnya ni umpama sudah jatuh ditimpa tangga. Bala demi bala menimpa. Mula mula lah tabah, lama lama kecundang. Biasalah, hati manusia mana yang mudah untuk tetap kental. Dia sering menyalahkan takdir dan akhirnya dia membuat keputusan...