"Hadham, cepat lah sikit. Lambat nanti tok kadi bising nanti."
Laungan Puan Wahiza menyebabkan Hadham tergesa gesa keluar daripada biliknya.
"Pergi dulu lah bu. Hadham nak ambil Fauz sekejap dekat rumah dia. Sekejap je."
"Kau nak pergi sendiri je nanti ke rumah pengantin?"
"Fauz ada sekali lah bu. Rumah dia tak jauh, Hadham janji Hadham tak lambat."
"Ye lah baik baik. Jangan lama sangat nanti pihak pengantin perempuan marah."
"Okay bu."
Puan Wahiza beransur pergi dulu dengan semua saudara mara meninggalkan Hadham.
Hadham menghidupkan enjin kereta dan bertolak ke rumah Fauz.
Alamak!! Lagi 10 minit untuk tiba pada waktu yang telah dijanjikan. Mana satu pulak ni rumah Fauz.
Hadham meningkatkan kelajuan keretanya untuk mengejar masa. Tiba tiba handphone Hadham berdering minta diangkat. Hadham mengerling seketika kearah handphonenya ingin melihat siapa yang berada di talian.
Qaula Tiara.
Banggggggggg!!!!
***
Aku berlari keluar daripada rumah menuju ke kereta. Pakaian pengantinku menyebabkan langkah larian aku terhad. Aku hampir banyak kali tersembam menyembah bumi tetapi nasib baik aku berjaya mengimbangkan diri.
Aku segera menghidupkan kereta dan bergegas menuju ke hospital. Air mata aku masih tidak berhenti sedari tadi.
"Assalamualaikum, ini puan Wahiza ibu kepada Hadham Faisy?"
"Waalaikumsalam, ye saya. Siapa ni?"
"Kami pihak polis ingin mengkhabarkan anak puan terlibat dalam kemalangan jalan raya sebentar tadi dan puan diminta untuk kehospital besar sekarang juga untuk mengenal pasti mangsa."
Berita kemalangan Hadham telah meragut separuh jiwa aku pergi. Ya Allah, kenapa mesti jadi macam ni.
Aku menekan pedal minyak dengan kuat dan kereta aku menderum laju membelah keheningan siang itu.
Tidak lama kemudian aku tiba dihospital besar. Aku terus menuju ke kaunter pertanyaan dan bertanyakan tentang pesakit yang bernama Hadham.
Wad kecemasan T13-0098
Aku berlari sekuat hati aku. Aku tidak mempedulikan akan orang sekeliling. Yang aku tahu aku mahu jumpa Hadham sekarang jugak.
Pakaian pengantin aku sudah basah dipenuhi dengan peluh. Solekan aku juga menjadi kotor dan tudung aku dah selekeh. Memang patut pun orang tengok.
Aku tiba di wad kecemasan yang dimaksudkan. Aku melihat dari sebalik cermin yang memisahkan wad itu dengan laluan diluar. Aku melihat keadaan Hadham sangat teruk. Wayar berselirat yang memenuhi tubuhnya mencerminkan lagi betapa sakitnya Hadham menahan kesakitan. Tambahan lagi darah yang berlumuran pada tubuhnya dan pada tilam menbuatkan aku rasa terlalu simpati pada kesakitan yang Hadham tanggung.
Air mata aku sekali lagi membanjiri muka aku yang sudah kotor dengan solekan itu. Aku jatuh tertuduk.
Ya Allah. Apa lagi ya allah ujian yang engkau beri.
Langsir pembedahan ditutup serta merta dan aku tidak lagi lihat wajah bakal suami aku itu.
Puan Wahiza dan Encik Daim tiba diwad itu sebaik sahaja langsir pembedahan ditutup. Mereka tidak datang berdua. Umi, adik beradik aku dan juga kakak Hadham turut sama berada disitu.
Reihan mengangkat aku dan mendudukkan aku dikerusi menunggu. Aku bersandar padanya. Air mata aku masih lagu mengalir dengan deras tidak berpenghujung. Umi mengambil tempat disebelah aku dan memeluk erat bahu aku menghantar kekuatan.
Sejam telah berlalu.
Seorang doktor keluar daripada wad kecemasan. Kami semua terus menghampiri doktor muda itu.
"Keadaan pesakit sudah stabil, kalau nak melawat, hanya ahli terdekat sahaja boleh melawat buat masa ni."
"Terima kasih doktor."
"Tia, Tia masuklah dulu." Puan Wahiza mendekati aku dan menyuruh aku masuk dahulu. Ahli keluarga yang lain tunggu diluar sahaja.
Aku melangkah lemah memasuki wad kecemasan yang menempatkan Hadham.
Aku menghampiri sekujur tubuh yang terbaring lemah diatas katil pesakit itu.
"Tiaaa.."
Hadham memanggil aku. Suaranya sangat lemah. Seakan akan tidak mahu keluar. Peritnya menahan kesakitan. Kesiannya Hadham.
"Am. Macam mana boleh jadi macam ni. Am jangan lah buat Tia risau."
Hadham mencapai tangan aku dan menggenggamnya erat.
"Am tak lama Tia. Tia jaga mak Am ye."
"Tak tak Am. Am akan sihat. Doktor pun cakap Am akan sihat. Am kuat lah"
"Tia. Sebelum ni Im ada jumpa Am."
Aku terdiam. Aku ingin membenarkan dia meneruskan kata-katanya.
"Imran sayang Tia. Tapi disebabkan satu perkara menghalang dia untuk terus menyayangi Tia."
"Perkara apa?"
"Tia akan tau juga nanti. Am cuma nak cakap, Im lebih sayang kan Tia. Am hanya anggap Tia tak lebih sebagai seorang kawan."
"Habis tu kenapa Am melamar Tia padahal Am langsung tak ada perasaan pun pada Tia."
"Im tak nak tengok Tia bersedih. Im nak sekurang-kurangnya masa hari perkahwinannya ada orang yang masih boleh bahagiakan Tia."
"Jadi, Im suruh Am melamar Tia?"
Hadham mengangguk lemah. Tak guna.
"Am minta maaf. Am dah janji dengan Im yang Am akan bahagiakan Tia. Nampaknya Am tak boleh tunaikan janji Am."
"Tak. Am akan sihat. Am akan tunaikan janji Am pada Im. Am tak akan pergi kan? Am kuat lah. Tia dah tak ada siapa siapa dah. Kalau Am pergi siapa nak jaga Tia?"
"Tia..Am mintak maaf. Am doakan Tia akan jumpa lelaki yang lebih baik daripada Am. Lelaki yang sayang Tia sepenuh hati dia. Lelaki yang boleh jaga Tia dengan baik. Tia jangan risau. Tia cantik. Mesti ramai orang suka."
"Am tipu."
"Kenapa Tia cakap gitu?"
"Am dah janji kan Am tak akan tinggalkan Tia. Kenapa Am langsung tak berjuang untuk hidup. Kalau Am bencikan orang lain, sekurang kurangnya fikirkan lah Tia."
"Tia. Jangan cakap macam tu. Am memang dah tak ada harapan Tia. Tia jangan risau, Am akan sentiasa ada dekat dengan Tia. Am janji."
Hadham tiba tina tercungap cungap. Bunyi siren pada komputer entah apa entah namanya sudah tidak stabil seperti tadi. Aku serta merta berteriak memanggil doktor.
Seorang doktor tadi bersama tiga orang nurse bergegas menuju ke wad kecemasan itu.
Seorang nurse meminta aku keluar sementara daripada situ. Aku bersandar pada cermin yang memisahkan wad kecemasan itu dengan koridor, aku memerhatikan langsir pembedahan ditutup.
Kami menunggu lama di luar. Selepas beberapa minit berlalu, seorang doktor keluar daripada wad kecemasan itu.
Semua ahli keluarga berkerumun mengelilingi doktor itu. Kecuali aku dan Reihan. Reihan duduk disebelah aku bagi menenangkan aku.
Air mata aku mengalir dengan lagi. Tiada lagi kata. Ya Allah, betul ke ini kali terakhir aku akan bertemu dengan Hadham?
YOU ARE READING
Pelangi Untuk Qaula
RomanceQaula Tiara. Hidupnya ni umpama sudah jatuh ditimpa tangga. Bala demi bala menimpa. Mula mula lah tabah, lama lama kecundang. Biasalah, hati manusia mana yang mudah untuk tetap kental. Dia sering menyalahkan takdir dan akhirnya dia membuat keputusan...