Bab 11

43 3 0
                                    

"Tiaaaa!! Am datang ni!!"

Waffiy menjerit dari arah ruang tamu. Hah? Hadham datang? Ada apa ni?

Aku terus mencapai tudung sarung di tepi katil dan turun bergegas menuruni anak tangga menuju ke pintu utama di ruang tamu.

"Eh Am, ada apa ni."

Selepas memakai selipar, aku terus keluar ke halaman rumah menerpa kearahnya yang sedang berdiri dihadapan pagar rumahnya.

"Keluar jom, teringin nak pergi taman."

Aku memandangnya dengan riak wajah yang penuh dengan tanda tanya, haih tak pernah pernah pulak ajak aku pergi taman. Biasanya pergi lepak kat shopping mall je.

"Kejap lima minit aku siap siap."

Aku terus masuk ke dalam rumah semula. Aku hanya bersiap ala kadar memakai seluar jeans biru dengan tank top warna pink dan aku mengenakannya dengan tudung yang sama dengan warna jeans aku.

Dengan memakai sedikit bedak dan pengilat bibir, aku mencapai handphone dan terus keluar daripada rumah.

"Haih betul betul simple kau hari ni."

Aku hanya sekadar menjuihkan bibir dan memasuki ke perut kereta milik Hadham.

"Kau tengah buat apa tadi? Aku kacau kau ke?"

Hadham memulakan perbualan selepas lima minit keluar daripada kawasan perumahan aku.

"Takde nya, aku tengah rehat rehat tadi sambil tengok lah mana tau ada offer kerja. Dua hari lagi result keluar."

"Ouh kau nak mintak kerja dekat mana?"

"Tak tau lagi, umi suruh sambung belajar lagi. Entah lah, tengok lah result macam mana."

"Aku rasa aku pun setuju dengan umi, elok kau sambung belajar. Kau muda lagi kot, sayang kalau kerja dulu."

"Tengok lah macam mana, tak tau lagi."

"Aku nak tanya kau ni, kau tau tak Kaiwa Ridaula tu siapa?"

"Dia kawan aku masa sekolah menengah dulu. kenapa?"

Hadham meraup mukanya.

"Bukan itu maksud aku. Kau tau tak Kaiwa tu sebenarnya kakaknya Aria."

Aku terkejut. Betul ke? Hadham ni main main ke?

"Kau buat lawak apa seh"

Aku melepaskan keluhan tanda tidak percaya kaiwa tu adik Aria. Muka tak sama langsung kot, macam mana boleh jadi adik Aria.

"Aku pun baru tahu, tadi masa aku pergi rumah Imran, aku ada jumpa Aria dekat rumah Im tu."

"Dia buat apa pergi rumah Im?"

"Dah adik dia nak kahwin dengan Im, lainlah kalau adik dia kahwin dengan aku, ye lah aku terima dia pergi rumah aku"

Jawapan Hadham buat aku menjelingnya tajam.

"Habis kau buat apa pergi rumah Im? Jadi wali ke?"

"Tak lah jadi backup suami, mana tau si Im tu lari ada backup."

"Lawak ke?"

Dia sekadar menggeleng tanda tidak mahu lagi berbicara tentang perkara itu.

Kami tiba di taman rekreasi berdekatan.

"Jom, ikut aku."

Aku menuruti langkahnya kesuatu tempat. Tak pasti kemana.

Dia mengambil tempat diatas bangku yang menghadap tasik buatan sendiri di taman itu. Aku juga tidak mengambil masa yang lama duduk disebelahnya. Aku melemparkan pandangan aku ke tasik itu.

Pelangi Untuk QaulaWhere stories live. Discover now