Bab 3

69 3 0
                                    

"Hahhh berangan je minah ni lah haih. Kau nak sangat kawen dengan putera raja ke? Nanti lah aku carikkan." Hadham menekan botol air mineral yang sejuk dipipi aku. Kuat. Cibai punya orang. Terkejut aku seh. Elak aku mati je dekat sini.

"Kau ni jangan kacau aku boleh tak. Dah habis dah ke game? Asal kau ada dekat sini.?" Aku menggosok pipi aku dengan kuat guna telapak tangan aku. Mata aku melilau mencari kelibat Imran. Tak ada. Hurmm

"Tengok tu. Datang sini nak berangan ke nak tengok aku main? Baik tak yah datang sia." Hadham menarik muka dan dengan kasar merentap kain lap yang aku pegang dari tadi. Dia mengelap peluh dimukanya dengan kasar.

"Tak yah nak merajuk sangat lah. Aku blah kang.." Aku terus bangun dari tempat duduk aku dan terus melangkah pantas pergi dari situ. Hadham serta merta bangun dan menarik tangan aku. Dia menghalang aku pergi.

"Okay lah sorry k aku tak kacau kau lagi lepas ni. Promise." Dia tersenyum lebar dan mengangkat tangan separas bahu menandakan itu satu janji. Aku tersenyum kelat dan kembali mengambil tempat duduk aku.

"Tahun ni tahun last aku. Kau pulak ada lagi setahun nak habis. Nampaknya tak grad sesama lah kita kan?" Pandangan aku terus dilemparkan kearah gelanggang basket itu. Aku mengelak mata aku dari bertembung dengannya.

"Takpe lah. Nanti aku dah habis belajar aku cari lah kau. Tapi kau mesti lah janji untuk tunggu aku." Hadham memandang aku. Aku perasan. Tapi aku tidak membalas pandangan itu. Aku takut untuk menatap mata itu.

"Buat apa nak tunggu kau. Aku mestilah dh kahwin dengan orang lain nanti." Aku memandang dia dengan senyuman yang terus melebar. Menggantikan aku, dia pula yang tersenyum kelat dan membuang pandangannya pada gelanggang basket itu.

Maaf Hadham. Aku bukan tak faham apa yang kau cuba sampaikan. Tapi kau tau kan. Aku tak boleh terima kau. Aku hanya boleh terima kau, sayang kau just sebagai kawan je. Harap kau boleh terima. Takkan ada apa apa yang lebih.

Rasa kecewa itu jelas terpancar pada riak wajah polos itu. Ya Allah, aku sakiti dia ke?

"Jom lah balik dah pukul enam setengah ni. Aku nak ke surau hari ni. Nak ikut tak?" Dia pantas mengemaskan barang barangnya dan bersedia untuk beredar. Aku hanya memerhatikan gerak lakunya. Ya Allah serba salahnya aku.

"Aku cuti. Nak lepak tak malam ni? Lepas isyak tempat biasa?" Tanpa menjawab soalan aku, dia terus mengatur langkah pergi dari situ. Aku terhegeh hegeh mengekorinya dari belakang. Aku masih menunggu jawapan darinya.

Dia tiba tiba berhenti. Seketika. Dia berpusing menoleh kearah aku. Aku terpanar. kenapa ni? Apa aku dah buat. Aku salah cakap ke?

"Kau lupa ke? Malam ni kan aku balik kampung."

Alamak!! Macam mana aku boleh lupa dia nak bertolak malam ni. Ala mesti dia lagi kecik hati. Dah lah hari tu aku tolak perlawaan dia untuk ikut dia balik kampung sekali. Maklumlah, cuti sem dia sudah bermula esok. Aku tak boleh ikut balik. Lagi dua minggu aku exam.

Kejap. Cakaplah hari ni hari terakhir aku boleh jumpa dia. Alamak!! Lagi payah ni. Macam mana ni.

"Ouh ya. Maknanya, habis kau cuti sem, aku pun dah tamat belajar. Ini hari terakhir kita jumpa kat sini. Kan?" Aku memandangnya. Dia menundukkan mukanya.

Sejurus selepas itu seseorang datang dengan kereta Hadham berhenti berdekatan kami. Ini bermakna dia perlu pergi.

"Aku nak jumpa kau malam ni. Ada benda aku nak cakap. Tepat 8.30 dekat stesen bas. Jangan lambat. Bye."

Aku menghantar pemergiannya dengan pandangan kosong. Dia membuka pintu kereta dan terus memasuki kereta. Kereta Gutler 546 itu meluncur laju membelah keheningan pada petang itu. Senja kian menghilang dan aku masih terpaku disitu. Lama.

Pelangi Untuk QaulaWhere stories live. Discover now