"Ada dapat apa apa maklumat?"
Sudah dua hari berlalu sejak kehilangan Qaula. Tetapi Imran masih gigih mencari kemana Qaula menghilang. Dia masih berhubung dengan Arif, penyiasat persendirian untuk mendapatkan maklumat tentang Qaula.
"Aku berjaya godam status dia tapi tak keseluruhan, disebabkan dia pasang sekuriti berbayar, aku perlu deal dengan sekuriti tu. Tapi aku yakin hundred percent takkan berjaya, jadi aku godam. Dapat lah sikit maklumat."
"Apa maklumatnya."
"Yang aku dapat cuma status Tia tak ada diMalaysia."
"Maksudnya dia tak ada dekat Malaysia."
"Ya. Itu bermaksud dia keluar negara, tapi aku tak dapat kesan dia pergi mana. Setakat ni je aku dapat bantu kau bro, sorry"
"tak pe ini pun dah cukup, aku dah transfer upah kau. Kalau tak cukup inform."
"Okay. Ada lagi satu aku nak cakap, kakak aku naik flight ke Sweden sama flight dengan Tia, aku tunjuk gambar Tia dan kakak aku kata dia ada naik flight tu."
"Maksudnya dia ke sweden?"
"Kakak aku tukar flight masa pertangahan penerbangan sebab dalam perjalanan tu ada delay. Lepas tu dia tak tahu Tia tu ke Sweden atau tempat lain."
"Flight tu stop dekat mana?"
"Hah tu aku tak tanya lagi, nanti aku tanya. Tapi besar kemungkinan memang Tia ke Sweden rasanya."
"Aku ada lagi satu job untuk kau. Kau nak?"
"Apa dia?"
"Boleh kau hack senarai nama flight yang ke Sweden tu? Nanti aku bagi kod flight tu. Aku tak boleh dapatkan senarai penumpang flight tu sebab ada penumpang yang private status."
"Aku cuba."
Talian segera dimatikan.
"Tia..kau pergi mana. Sampai hati kau Tia buat aku macam ni."
"Sayang.."
Kaiwa memanggil Imran. Imran terkejut. Ingatkan siapa lah tadi.
"Ada apa?"
"Baby nak keluar sekejap, sayang duduk rumah ye."
"Nak pergi mana?"
"Jumpa kawan."
"Jangan lama lama."
"Okay sayang.."
Kaiwa segera keluar daripada rumah. Dia memandu keretanya keluar daripada perkarangan rumah. Sekejap sahaja Kaiwa terus hilang daripada pandangan. Dua hari lepas, Imran ada dapat satu envelope dimana terkandung gambar Kaiwa dengan seorang lelaki yang dia sendiri tidak mengenalinya. Gambar lain, tempat yang lain, masa yang lain dan hari yang lain. Itu bermakna Kaiwa sudah banyak kali berjumpa dengan lelaki itu.
"Wat, dia dah keluar."
"Okay bos."
Imran terpaksa upah penyiasat lain untuk menyiasat Kaiwa. Imran tak ada lah sayang sangat dengan Kaiwa, tapi dia lelaki. Dia suami Kaiwa. Imran pantang sama sekali dipermainkan oleh perempuan. Imran cuma nak cari bukti supaya akhirnya dia boleh ceraikan Kaiwa.
"Aku mesti cari Tia."
Memandangkan parents Qaula dah bercerai, jadi Imran nampak ini sebagai peluang untuk dia mendapatkan Qaula semula.
"Ya. Aku mesti dapatkan Tia semula."
***
"Bila you nak tinggalkan suami you tu."
Kaiwa menyedut air tembikai susu yang telah dipesan sebentar tadi sementara menunggu makanan yang dipesan.
"Sabarlah Wan, I ni nak cari bukti yang kukuh dulu dia lebih sayangkan Tia daripada I. Baru lah I boleh serang dia."
Ikhwan memandang Kaiwa tidak puas hati.
"Apa lah u ni. Dia memang sayang Tia kan, apa lagi yang you tunggu?"
"I pernah serang dia lah sekali dulu tapi dia nafikan, i tak boleh nak cakap apa. I kena kumpul bukti dulu yang dia memang betul sayang Tia."
"Habis tu, apa plan you sekarang?"
"Tia dah hilang, you sabar lah. I ada lah plan i sendiri."
"You pun satu, dah tau you sayang I, kenapa you pilih Imran?"
Kaiwa acuh tak acuh sahaja dengan soalan Ikhwan itu. Kaiwa sendiri bingung. Dengan siapa yang dia benar benar sayang sebenarnya. Betul juga. Kenapa dia pilih Imran?
"You tu lah lambat sangat nak luahkan perasaan. Sebab tu i pilih Imran sebab i sakit hati dengan you."
"I ingatkan you memang betul sayangkan Imran."
"Okay right now benda dah jadi. Tak payah ungkit lagi boleh tak? Sekarang ni baik you tolong i fikir cara macam mana i nak lepas daripada Imran tanpa sebarang tuduhan atas I."
"I tengah fikir lah ni. You kata you ada plan?"
"Ye lah i memang ada plan i tapi you kena ingat juga, i ni still wife imran. I tak nak nanti dia pula yang tuduh i curang dengan dia."
"Maksud you?"
"Kita tak boleh jumpa selalu macam ni."
"Cakap je lah you tak nak jumpa i."
"Ikhwan, you kena faham, i nak bercerai dengan dia dan sabitkan tuduhan keatas dia, barulah i akan dapat harta dia."
"Apa sangat lah yang dia tu ada."
"Hey you cakap baik sikit okay, nenek dia kaya tau, i nak pastikan dia letakkan nama Imran semua atas harta dia."
"You ni harap je bertudung, hati tu busuk juga kan?"
"Hey elok sikit ea cakap tu. Nak dibanding jahat i dengan dia siapa lagi jahat?"
"Sama je."
"Hish you ni nak kahwin dengan i ke dengan dia?"
"Tengok lah jodoh i dengan siapa."
Kaiwa menjelingnya tajam. Dia geram dengan perangai selamba Ikhwan. Langsung tak pandai nak jaga mulut.
"Tiara tu lari kemana?"
"Mana lah i tau, i bukan kembar dia."
"Tanyalah kakak u, kakak u kan kawan baik dia."
"Penting sangat ke i kena tau dia lari mana?"
"I cakap je, kalau tak nak tau sudah lah."
"Cakap pasal kakak i, i rasa kakak i still tak tau lagi yang Tiara tu hilang."
"Kenapa you cakap macam tu?"
"Kakak i kan still dekat Korea. I mesti rasa tak ada siapa dapat contact dia."
"Bila dia balik?"
"Entah. Tak balik langsung kot."
"You tak suka ke dengan kakak u?"
"You pun tau kan kenapa?"
"just sebab Tiara."
Kaiwa terdiam mendengarkan kata kata Ikhwan sebentar tadi.
"U ni jangan lah mengada sangat. Disebabkan kakak u selalu lebihkan Tiara tak bermakna dia tak sayang you."
"You diam je lah. You bukan tau apa apa pun."
Mereka terdiam. Hanya lagu balada yang dimainkam memenuhi ruang restoran arab itu.
YOU ARE READING
Pelangi Untuk Qaula
RomanceQaula Tiara. Hidupnya ni umpama sudah jatuh ditimpa tangga. Bala demi bala menimpa. Mula mula lah tabah, lama lama kecundang. Biasalah, hati manusia mana yang mudah untuk tetap kental. Dia sering menyalahkan takdir dan akhirnya dia membuat keputusan...