Bab 31

38 3 0
                                    

"Sayang bila naik kerja semula?"

Kaiwa menanyakan soalan kepada Imran sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya dikerusi makan itu.

"Lagi tiga hari. Kenapa?"

"Nak ajak sayang honeymoon. Sekejap pun jadi lah. Nanti baby dah sibuk dengan kerja, tak sempat pulak."

"Nak honeymoon dekat mana?"

"Mana mana je, tak kisah."

"Kita pergi overseas lah. Nanti sayang minta cuti lama sikit."

"Boleh?"

"Boleh je. Bukan selalu pun."

"Ni yang baby sayang sangat ni."

"Baby masak ke ni?"

Imran menunjukkan nasi goreng yang sedang mereka makan pagi itu. Biasalah dah berumah tangga, masaklah. Makan luar je tak boleh juga.

"Tak tau pulak baby ada orang lain dalam rumah ni selain kita."

"Mana tau baby suruh mak yah sebelah tu masakkan."

"Banyak lah. Baby masak sendiri okay. Apa? Ingat baby tak pandai masak ke?"

"Bukan lah, sebab baby mana pernah masak untuk sayang."

"Mengada je dia ni lah. Dah makan."

"Sayang kesian lah tengok Tiara tu."

"Haah lah yang, baby pun kesian tengok dia. Baru je nak nikah dah pergi dah bakal suami dia tu."

"Tu lah. Tak sampai agaknya jodoh Tiara tu dengan dia."

"Sayang. Baby bayangkan kalau baby ada dekat tempat dia. Mesti baby sedih sangat. Baby bunuh diri agaknya."

"Jangan lah macam tu baby. Maknanya dah tak ada jodoh lah tu. Allah beri kita ujian dalam pelbagai bentuk. Baby kena lah kuat."

Kaiwa sekadar mengangguk mendengarkan kata kata Imran.

Tok tok tok!

Bunyi ketukan pintu utama mengejutkan kami yang sedang menjamu selera pada pagi itu.

"Siapa tu yang?"

"Tak tau lah. Datang pagi pagi buta ni. Baby pergi tengok kejap biy."

Kaiwa mengangguk dan menyarungkan tudungnya. Dia melangkah keruang tamu menuju ke pintu utama.

Kaiwa melihat seorang lelaki memakai topi keledar bersama bungkusan hadiah yang besar bersamanya.

"Cari siapa ye encik?"

"Ini rumah cik Kaiwa Ridaula ke?"

"Ya saya Kaiwa Ridaula. Kenapa ye?"

"Ini ada hadiah daripada encik Hadham."

Kaiwa ternyata terkejut mendengarkan kata kata lelaki itu.

"Siapa yang datang baby?"

Kaiwa menoleh kebelakang dan melihat Imran sedang berjalan menghampirinya.

Imran menjengah melihatkan seorang lelaki dengan bungkusan hadiah yang besar diletakkan dibawah.

"Hadiah apa ni encik? Dari siapa?"

"Hadham."

Belum sempat lelaki itu menjawab soalan Imran, Kaiwa terlebih dahulu menyebut nama Hadham.

"Biar betul? Betul ke encik Hadham yang hantar ni?"

"Ya saya. Namanya tertulis disini."

"Tapi dia baru sahaja meninggalkan dua hari lepas?"

Pelangi Untuk QaulaWhere stories live. Discover now